(1) When any person is brought before an Inquiry Officer under section 5, the Inquiry Officer shall inquire and report in writing to the Board whether there are reasonable grounds for believing that the person is engaged in the commission or support of terrorist acts involving listed terrorist organizations in a foreign country or any part of a foreign country.
(2) An inquiry held under subsection (1) shall be held in such manner and in accordance with such procedure as the Board may direct.
(3) An Inquiry Officer may, for the purpose of any inquiry under this Act—
(a) procure and receive all such evidence, in any form and whether the evidence be admissible or not under any written law for the time being in force relating to evidence or criminal procedure, which he may think necessary or desirable;
(b) summon and examine witnesses on oath or affirmation, and may for those purposes administer any oath or affirmation;
(c) require the production of any document or other thing in his opinion relevant to the inquiry;
(d) if he considers it necessary in the public interest or to protect a witness or his family or associates, receive evidence in the absence of the person who is the subject of the inquiry;
(e) give any direction as may be necessary.
(4) For the purposes of paragraph (3)(d), where any evidence is received in the absence of the person who is the subject of the inquiry, the Inquiry Officer shall communicate to the person the substance of the evidence, so far as he may consider it compatible with the public interest or the need to protect a witness or his family or associates so to do, and shall in every such case include in any report made under paragraph 12(2)(a) a statement of the circumstances in which the evidence was received.
(5) Any person summoned as a witness under subsection (3) who without reasonable excuse fails to attend at the time and place mentioned in the summons or who, having attended, refuses to answer any question that may lawfully be put to him or to produce any document or thing which is in his power to produce, commits an offence and shall be punished with imprisonment for a term not exceeding six months or to a fine not exceeding two thousand ringgit or to both.
(6) Neither the person who is the subject of the inquiry nor a witness at an inquiry shall be represented by an advocate and solicitor at the inquiry except when his own evidence is being taken and recorded by the Inquiry Officer.
(7) The Public Prosecutor may appear at an inquiry to assist the Inquiry Officer.
(8) The Minister may by regulations prescribe the allowances to be paid to witnesses summoned under subsection (3).
Malay text (authoritative)
Kewajipan dan kuasa Pegawai Siasatan
(1) Apabila mana-mana orang dibawa di hadapan seorang Pegawai Siasatan di bawah seksyen 5, Pegawai Siasatan itu hendaklah menyiasat dan melapor secara bertulis kepada Lembaga sama ada terdapat alasan yang munasabah bagi mempercayai
bahawa orang itu terlibat dengan perbuatan melakukan atau menyokong perbuatan keganasan yang melibatkan organisasi pengganas tersenarai di sesuatu negara asing atau di mana-mana bahagian sesuatu negara asing.
(2) Siasatan yang diadakan di bawah subseksyen (1) hendaklah diadakan dengan cara dan mengikut tatacara yang diarahkan oleh Lembaga.
(3) Pegawai Siasatan boleh, bagi maksud mana-mana siasatan di bawah Akta ini—
(a) mendapatkan dan menerima segala keterangan, dalam apa-apa bentuk dan sama ada keterangan itu boleh diterima atau tidak boleh diterima di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan keterangan atau tatacara jenayah, yang difikirkannya perlu atau wajar;
(b) memanggil dan memeriksa saksi atas sumpah atau ikrar, dan boleh bagi maksud itu mengendalikan apa-apa sumpah atau ikrar;
(c) menghendaki pengemukaan apa-apa dokumen atau benda lain yang pada pendapatnya berkaitan dengan siasatan itu;
(d) jika didapatinya perlu demi kepentingan awam atau untuk melindungi saksi atau keluarganya atau rakannya, menerima keterangan tanpa kehadiran orang yang menjadi subjek siasatan itu;
(e) memberi apa-apa arahan yang perlu.
(4) Bagi maksud perenggan (3)(d), jika apa-apa keterangan diterima tanpa kehadiran orang yang menjadi subjek siasatan itu, Pegawai Siasatan hendaklah memberitahu orang itu mengenai isi keterangan itu, setakat yang didapatinya selaras dengan kepentingan awam atau keperluan untuk melindungi saksi atau keluarganya atau rakannya untuk berbuat sedemikian, dan hendaklah dalam tiaptiap kes sedemikian memasukkan dalam mana-mana laporan yang dibuat di bawah perenggan 12(2)(a) suatu pernyataan mengenai hal keadaan yang keterangan itu telah diterima.
(5) Mana-mana orang yang dipanggil sebagai saksi di bawah subseksyen (3) yang tanpa alasan yang munasabah tidak hadir pada masa dan di tempat yang disebut dalam saman itu atau yang, setelah hadir, enggan menjawab mana-mana soalan yang dikemukakan kepadanya dengan sah atau mengemukakan apa-apa dokumen atau benda yang ada dalam kuasanya untuk dikemukakan, melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau kedua-duanya.
(6) Orang yang menjadi subjek siasatan itu dan saksi dalam suatu siasatan tidak boleh diwakili oleh peguam bela dan peguam cara dalam siasatan itu kecuali apabila keterangannya sendiri sedang diambil dan direkodkan oleh Pegawai Siasatan.
(7) Pendakwa Raya boleh hadir dalam sesuatu siasatan untuk membantu Pegawai Siasatan.
(8) Menteri boleh melalui peraturan-peraturan menetapkan elaun yang kena dibayar kepada saksi yang dipanggil di bawah subseksyen (3).
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).