(1) The Board may, at any time, direct that the operation of any detention order under subsection 13(1) be suspended subject to the imposition of all or any of the restrictions and conditions under subsection 13(3).
(2) Where a detention order is suspended under subsection
(1), subsection 13(3) shall have effect as if the restrictions and conditions on which the detention order is suspended were restrictions and conditions imposed by a restriction order made under subsection 13(3).
(3) The Board may revoke the suspension of any detention order if it is satisfied that—
(a) the person against whom the detention order was made has failed to comply with any restriction or condition imposed upon him; or
(b) it is necessary in the interest of public order or public security that the suspension should be revoked,
and in any such case the revocation of the suspension shall be sufficient authority to any police officer to re-arrest without warrant the person against whom the detention order was made, and that person shall as soon as practicable be returned to his former place of detention or, if the Board so directs, sent to another place of detention.
(4) The suspension of any detention order under this section shall, subject to subsection 13(4) as applied by subsection (2) and subject also to subsection (3), continue in force for the unexpired portion of the period of the order specified under subsection 13(1).
Malay text (authoritative)
Penggantungan perintah tahanan
(1) Lembaga boleh, pada bila-bila masa, mengarahkan supaya kuat kuasa mana-mana perintah tahanan di bawah subseksyen 13(1) digantung tertakluk kepada pengenaan semua atau mana-mana daripada sekatan dan syarat di bawah subseksyen 13(3).
(2) Jika suatu perintah tahanan digantung di bawah subseksyen
(1), subseksyen 13(3) hendaklah berkuat kuasa seolah-olah sekatan dan syarat yang berdasarkannya perintah tahanan itu digantung adalah sekatan dan syarat yang dikenakan oleh suatu perintah sekatan yang dibuat di bawah subseksyen 13(3).
(3) Lembaga boleh membatalkan penggantungan mana-mana perintah tahanan jika Lembaga berpuas hati bahawa—
(a) orang yang terhadapnya perintah tahanan itu dibuat tidak mematuhi mana-mana sekatan atau syarat yang dikenakan ke atasnya; atau
(b) adalah perlu demi ketenteraman awam atau keselamatan awam untuk penggantungan itu dibatalkan,
dan dalam mana-mana hal sedemikian pembatalan penggantungan itu hendaklah menjadi kuasa yang mencukupi bagi mana-mana pegawai polis untuk menangkap semula tanpa waran orang yang terhadapnya perintah tahanan itu telah dibuat, dan orang itu hendaklah seberapa cepat yang dapat dilaksanakan dikembalikan ke tempat tahanannya yang terdahulu atau, jika diarahkan sedemikian oleh Lembaga, dihantar ke suatu tempat tahanan yang lain.
(4) Penggantungan mana-mana perintah tahanan di bawah seksyen ini hendaklah, tertakluk kepada subseksyen 13(4) sebagaimana yang terpakai oleh subseksyen (2) dan tertakluk juga kepada subseksyen
(3), terus berkuat kuasa bagi bahagian tempoh perintah itu yang belum tamat yang dinyatakan di bawah subseksyen 13(1).
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).