My bookmarksSign up free
← Prevention of Terrorism Act 2015

Prevention of Terrorism Act 2015 s 17

Prevention of Terrorism Act 2015 s 17

s 17 Board’s power to extend detention order, restriction order or suspended detention order

(1) The Board may at any time before the expiration of the duration of— (a) a detention order made under subsection 13(1); (b) a restriction order made under subsection 13(3); or (c) a detention order suspended under subsection 15(1) (“suspended detention order”), direct that the duration of the order be extended for such further period, not exceeding two years for a detention order or five years for a restriction order, as the Board may specify, commencing immediately upon the expiration of its then current duration. (2) Where the Board directs for the duration of a detention order, restriction order or suspended detention order to be extended under subsection (1), it shall set out in the direction the grounds for the extension and state whether such grounds are— (a) the same as the grounds on which the order was originally made; (b) different from the grounds on which the order was originally made; or (c) partly the same grounds and partly different grounds. (3) Where the duration of a suspended detention order is extended under subsection (1), the duration of the direction for its suspension under subsection 15(1) shall be deemed to be extended for the duration of the extension of the suspended detention order together with the restrictions and conditions imposed in respect of such suspension, subject, if the Board so directs, to the requirement that the person against whom the detention order was made shall enter into a fresh bond as provided in paragraph 13(3)(k), and section 15 shall apply to such extended suspension in the same manner as it applies to an original suspension under subsection 15(1). (4) Where the direction under subsection (1) for the extension of the duration of a detention order or a suspended detention order is on grounds which fall under paragraph (2)(b) or (c), subsection 13(9) shall apply to such direction as if the direction were a fresh detention order. (5) The duration of a detention order, restriction order or suspended detention order which is extended under subsection (1) may be further extended from time to time for further periods not exceeding two years at a time, and the provisions of this section shall apply mutatis mutandis in relation to each such extension.

Malay text (authoritative)

Kuasa Lembaga untuk melanjutkan perintah tahanan, perintah sekatan atau perintah tahanan yang digantung

(1) Lembaga boleh pada bila-bila masa sebelum habis tempoh masa— (a) sesuatu perintah tahanan yang dibuat di bawah subseksyen 13(1); (b) sesuatu perintah sekatan yang dibuat di bawah subseksyen 13(3); atau (c) sesuatu perintah tahanan yang digantung di bawah subseksyen 15(1) (“perintah tahanan yang digantung”), mengarahkan supaya tempoh masa perintah itu dilanjutkan selama suatu tempoh selanjutnya, yang tidak melebihi dua tahun bagi suatu perintah tahanan atau lima tahun bagi suatu perintah sekatan, sebagaimana yang dinyatakan oleh Lembaga, bermula sebaik sahaja tempoh masa semasanya pada waktu itu habis tempoh. (2) Jika Lembaga mengarahkan supaya tempoh masa sesuatu perintah tahanan, perintah sekatan atau perintah tahanan yang digantung dilanjutkan di bawah subseksyen (1), Lembaga hendaklah menyatakan dalam arahan itu alasan bagi perlanjutan itu dan menyatakan sama ada alasan itu— (a) sama dengan alasan yang atasnya perintah itu dibuat pada asalnya; (b) berlainan daripada alasan yang atasnya perintah itu dibuat pada asalnya; atau (c) sebahagiannya adalah alasan yang sama dan sebahagiannya adalah alasan yang berlainan. (3) Jika tempoh masa sesuatu perintah tahanan yang digantung dilanjutkan di bawah subseksyen (1), tempoh masa arahan bagi penggantungannya di bawah subseksyen 15(1) hendaklah disifatkan telah dilanjutkan selama tempoh masa perlanjutan perintah tahanan yang digantung itu bersama dengan sekatan dan syarat yang dikenakan berkenaan dengan penggantungan itu, tertakluk, jika Lembaga mengarahkan sedemikian, kepada kehendak bahawa orang yang terhadapnya perintah tahanan itu dibuat hendaklah mengikat suatu bon baru sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan 13(3)(k), dan seksyen 15 hendaklah terpakai bagi penggantungan yang dilanjutkan itu mengikut cara yang sama sebagaimana yang ia terpakai bagi suatu penggantungan asal di bawah subseksyen 15(1). (4) Jika arahan di bawah subseksyen (1) bagi perlanjutan tempoh masa sesuatu perintah tahanan atau sesuatu perintah tahanan yang digantung adalah atas alasan yang termasuk di bawah perenggan (2)(b) atau (c), subseksyen 13(9) hendaklah terpakai bagi arahan itu seolah-olah arahan itu adalah suatu perintah tahanan yang baru. (5) Tempoh masa sesuatu perintah tahanan, perintah sekatan atau perintah tahanan yang digantung yang dilanjutkan di bawah subseksyen (1) boleh dilanjutkan seterusnya dari semasa ke semasa bagi tempoh lanjutan yang tidak melebihi dua tahun pada sesuatu masa, dan peruntukan seksyen ini hendaklah terpakai mutatis mutandis berhubung dengan setiap perlanjutan sedemikian.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 769 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next