My bookmarksSign up free
← Prevention of Terrorism Act 2015

Prevention of Terrorism Act 2015 s 27

Prevention of Terrorism Act 2015 s 27

s 27 Harbouring

(1) Any person who knowingly harbours or conceals any person who enters any State, district, mukim, town or village in contravention of any order under section 13 commits an offence and shall be punished with imprisonment for a term not exceeding five years or to a fine not exceeding ten thousand ringgit or to both: provided that this subsection shall not apply to the case of a wife harbouring or concealing her husband or a husband harbouring or concealing his wife. (2) Any person aware of the presence in any State, district, mukim, town or village of any person, not being the husband or wife of the first-mentioned person, who has been ordered not to enter the State, district, mukim, town or village or has been ordered to reside in any other State, district, mukim, town or village, and being aware also of the making of the order, shall in the absence of reasonable excuse, proof whereof shall lie on him, forthwith give information thereof to the nearest police officer or Magistrate, and in default of his so doing commits an offence and shall be punished with imprisonment for a term not exceeding three years or to a fine not exceeding five thousand or to both.

Malay text (authoritative)

Perlindungan

(1) Mana-mana orang yang dengan diketahuinya melindungi atau menyembunyikan mana-mana orang yang memasuki manamana Negeri, daerah, mukim, bandar atau kampung berlanggaran dengan mana-mana perintah di bawah seksyen 13 melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang tidak melebihi lima tahun atau denda yang tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya: dengan syarat bahawa subseksyen ini tidak terpakai dalam hal seseorang isteri yang melindungi atau menyembunyikan suaminya atau seseorang suami yang melindungi atau menyembunyikan isterinya. (2) Mana-mana orang yang menyedari kehadiran mana-mana orang dalam mana-mana Negeri, daerah, mukim, bandar atau kampung, yang bukannya suami atau isteri orang yang pertama disebut itu, yang telah diperintahkan supaya tidak memasuki Negeri, daerah, mukim, bandar atau kampung itu atau yang telah diperintahkan untuk bermastautin di mana-mana Negeri, daerah, mukim, bandar atau kampung lain, dan dengan menyedari juga pembuatan perintah itu, hendaklah jika tidak ada alasan yang munasabah, yang bukti mengenainya terletak padanya, dengan segera memberi maklumat mengenainya kepada pegawai polis atau Majistret yang terdekat, dan jika dia ingkar berbuat demikian melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun atau denda yang tidak melebihi lima ribu ringgit atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 769 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next