My bookmarksSign up free
← Prevention of Terrorism Act 2015

Prevention of Terrorism Act 2015 s 35

Prevention of Terrorism Act 2015 s 35

s 35 Saving and transitional

(1) This Act shall not affect any supervision order or detention order issued under the Prevention of Crime Act 1959 [Act 297] in relation to any person who was engaged in the commission or support of terrorist acts involving listed terrorist organizations in a foreign country or any part of a foreign country before the date of coming into operation of this Act and such person shall continue to be subject to the supervision order or detention order, as the case may be, for so long as the supervision order or detention order is in force. (2) This Act shall not affect any inquiry initiated under the Prevention of Crime Act 1959 in relation to any person who was engaged in the commission or support of terrorist acts involving listed terrorist organizations in a foreign country or any part of a foreign country which is pending at the date of coming into operation of this Act and such inquiry shall be continued until its conclusion under that Act as if this Act had not been enacted and where it is decided that a supervision order or detention order shall be issued, the supervision order or detention order shall be issued under that Act. (3) This Act shall not affect any proceeding initiated under or pursuant to the Prevention of Crime Act 1959 in relation to any person who was engaged in the commission or support of terrorist acts involving listed terrorist organizations in a foreign country or any part of a foreign country which is pending at the date of coming into operation of this Act and such proceeding shall be continued until its conclusion under that Act as if this Act had not been enacted and after that, where any action is required in relation to a supervision order or a detention order issued under that Act which is the subject of such proceeding, such action shall be taken under that Act.

Malay text (authoritative)

Kecualian dan peralihan

(1) Akta ini tidak menjejaskan mana-mana perintah pengawasan atau perintah tahanan yang dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 [Akta 297] berhubung dengan mana-mana orang yang telah terlibat dengan perbuatan melakukan atau menyokong perbuatan keganasan yang melibatkan organisasi pengganas tersenarai di sesuatu negara asing atau di mana-mana bahagian sesuatu negara asing sebelum tarikh Akta ini mula berkuat kuasa dan orang sedemikian hendaklah terus tertakluk kepada perintah pengawasan atau perintah tahanan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, selagi perintah pengawasan atau perintah tahanan itu berkuat kuasa. (2) Akta ini tidak menjejaskan mana-mana siasatan yang dimulakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 berhubung dengan mana-mana orang yang telah terlibat dengan perbuatan melakukan atau menyokong perbuatan keganasan yang melibatkan organisasi pengganas tersenarai di sesuatu negara asing atau di mana-mana bahagian sesuatu negara asing yang belum selesai pada tarikh Akta ini mula berkuat kuasa dan siasatan itu hendaklah diteruskan sehingga ia diselesaikan di bawah Akta itu seolah-olah Akta ini tidak diperbuat dan jika diputuskan bahawa suatu perintah pengawasan atau perintah tahanan hendak dikeluarkan, perintah pengawasan atau perintah tahanan itu hendaklah dikeluarkan di bawah Akta itu. (3) Akta ini tidak menjejaskan mana-mana prosiding yang dimulakan di bawah atau menurut Akta Pencegahan Jenayah 1959 berhubung dengan mana-mana orang yang telah terlibat dengan perbuatan melakukan atau menyokong perbuatan keganasan yang melibatkan organisasi pengganas tersenarai di sesuatu negara asing atau di mana-mana bahagian sesuatu negara asing yang belum selesai pada tarikh Akta ini mula berkuat kuasa dan prosiding itu hendaklah diteruskan sehingga ia diselesaikan di bawah Akta itu seolah-olah Akta ini tidak diperbuat dan selepas itu, jika apaapa tindakan dikehendaki berhubung dengan sesuatu perintah pengawasan atau sesuatu perintah tahanan yang dikeluarkan di bawah Akta itu yang menjadi hal perkara prosiding itu, tindakan itu hendaklah diambil di bawah Akta itu.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part V β†’

Find Act 769 on lom.agc.gov.my β†—

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next