Prevention of Terrorism Act 2015 s 8
s 8 Prevention of Terrorism Board
(1) A Prevention of Terrorism Board is established which shall consist of the following members to be appointed by the Yang di-Pertuan Agong:
(a) a Chairman, who shall be a legally qualified person with at least fifteen years experience in the legal field;
(b) a Deputy Chairman; and
(c) not less than three and not more than six other members.
(2) Every member of the Board shall, unless he sooner resigns, hold office for a period not exceeding three years and is eligible for re-appointment once for another period of three years.
(3) Every member of the Board may at any time resign his office by giving notice in writing to the Yang di-Pertuan Agong.
(4) The appointment of any member of the Board may at any time be revoked by the Yang di-Pertuan Agong.
(5) The quorum for any sitting of the Board shall be three members.
(6) Subject to this Act, the Board shall determine its own procedure.
(7) Every member of the Board shall be deemed to be a public servant within the meaning of the Penal Code.
Malay text (authoritative)
Lembaga Pencegahan Keganasan
(1) Suatu Lembaga Pencegahan Keganasan ditubuhkan yang terdiri daripada anggota yang berikut yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong:
(a) seorang Pengerusi, yang hendaklah seseorang yang berkelayakan undang-undang dengan pengalaman sekurang-kurangnya lima belas tahun dalam bidang undang-undang;
(b) seorang Timbalan Pengerusi; dan
(c) tidak kurang daripada tiga dan tidak lebih daripada enam anggota lain.
(2) Tiap-tiap anggota Lembaga hendaklah, melainkan jika dia meletakkan jawatan terlebih dahulu, memegang jawatan selama suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dan layak untuk dilantik semula sekali sahaja selama tempoh tiga tahun lagi.
(3) Tiap-tiap anggota Lembaga boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan notis bertulis kepada Yang di-Pertuan Agong.
(4) Pelantikan mana-mana anggota Lembaga boleh pada bilabila masa dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
(5) Kuorum bagi mana-mana persidangan Lembaga adalah tiga anggota.
(6) Tertakluk kepada Akta ini, Lembaga hendaklah menentukan tatacaranya sendiri.
(7) Tiap-tiap anggota Lembaga hendaklah disifatkan sebagai seorang pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan.
Read this section in the full act → · Open Part III →
Find Act 769 on lom.agc.gov.my ↗
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).