s 119 Rules of Procedure
(1) Subject to the provisions of this section, the Minister may make rules (hereinafter referred to as “Rules of Procedure”) with respect to the investigation and trial of, and awarding of punishment for, offences cognizable by courts-martial, commanding officers and appropriate superior authorities, and with respect to the confirmation and revision of findings and sentences of courts-martial.
(2) Without prejudice to the generality of the foregoing subsection, Rules of Procedure may make provisions with respect to all or any of the following matters, that is to say:
(a) the procedure to be observed in the bringing of charges before commanding officers and appropriate superior authorities;
(b) the manner in which charges so brought are to be investigated, and the taking of evidence (whether orally or in writing, whether or not on oath, and whether or not in full or in summary or abstract form) for the purpose of investigating or dealing summarily with such charges or otherwise as a preliminary to the trial thereof by courtmartial, so however that the Rules of Procedure shall make provision for the application of section 109 in any case where the accused requires that the evidence shall be taken on oath;
(c) the addition to, or substitution for, a charge which has been investigated of a new charge for an offence disclosed by evidence taken on the investigation, and the treating of the investigation as the investigation of the new charge;
(d) the convening and constitution of courts-martial;
(e) the sittings, adjournment and dissolution of courts-martial;
(f) the procedure to be observed in trials by courts-martial;
(g) the representation of the accused at such trials;
(h) procuring the attendance of witnesses before courtsmartial and at the taking of evidence in pursuance of Rules of Procedure made under paragraph (b);
(i) applying in relation to proceedings before commanding officers and appropriate superior authorities and otherwise in relation to proceedings prior to trial by court-martial of all or any of the provisions of the four last foregoing sections;
(j) empowering a court-martial or the convening officer, in such cases and to such extent as may be prescribed, to amend a charge which is being tried by a court-martial;
(k) empowering a court-martial where the particulars proved or admitted at the trial differ from those alleged in the charge but are sufficient to support a finding of guilty of a like offence as that charged, to make a finding of guilty subject to exceptions or variations specified in the finding if it appears to the court that the difference is not so material as to have prejudiced the accused in his defence;
(l) the form of orders and other documents to be made for the purposes of any provisions of this Act or the Rules of Procedure relating to the investigation or trial of, or award of punishment for, offences cognizable by courts-martial, commanding officers or appropriate superior authorities, or to the confirmation and revision of the findings and sentences of courts-martial; and
(m) any other matter which by this Part is required or authorized to be prescribed.
(3) Rules of Procedure made by virtue of paragraph (j) of the last foregoing subsection shall secure that the power to amend charges
shall not be exercisable in circumstances substantially different from those in which charges are amendable by a civil court in Malaysia, or otherwise than subject to the like conditions, as nearly as circumstances permit, as those subject to which charges are so amendable, and shall not be exercisable by a court-martial (otherwise than for the purpose only of correcting a mistake in the name or description of the accused or a clerical error or omission) unless there is a judge advocate present at the trial.
(4) Rules of Procedure shall not make provisions with respect to the carrying out of sentences passed by courts-martial or of other punishments awarded under this Part.
(5) A Rule of Procedure which is inconsistent with the provisions of this Act shall, to the extent of the inconsistency, be void.
Malay text (authoritative)
Kaedah-Kaedah Tatacara
(1) Tertakluk pada peruntukan seksyen ini, Menteri boleh membuat kaedah-kaedah (kemudian daripada ini disebut “Kaedah- Kaedah Tatacara”) berkenaan dengan penyiasatan dan perbicaraan, dan penjatuhan hukuman bagi, kesalahan yang diambil tahu oleh mahkamah tentera, pegawai memerintah dan pihak berkuasa atasan yang berkenaan, dan berkenaan dengan pengesahan dan penyemakan dapatan dan hukuman mahkamah tentera.
(2) Dengan tidak menyentuh keluasan makna subseksyen yang disebut terdahulu, Kaedah-Kaedah Tatacara boleh membuat peruntukan berkenaan dengan semua atau mana-mana perkara yang berikut, iaitu:
(a) tatacara yang kena dipatuhi apabila membawa pertuduhan di hadapan pegawai memerintah dan pihak berkuasa atasan yang berkenaan;
(b) cara bagaimana pertuduhan yang dibawa sedemikian kena disiasat, dan pengambilan keterangan (sama ada secara lisan atau bertulis, sama ada dengan mengangkat sumpah atau tidak, dan sama ada dengan lengkap atau tidak atau bentuk ringkasan atau cabutan) bagi maksud menyiasat atau membicarakan terus pertuduhan itu atau selainnya sebagai penyiasatan awal terhadap perbicaraan itu oleh mahkamah tentera, walau bagaimanapun Kaedah- Kaedah Tatacara hendaklah mengadakan peruntukan bagi pemakaian seksyen 109 dalam apa-apa hal jika tertuduh menghendaki supaya keterangan itu diambil dengan mengangkat sumpah;
(c) menambah, atau menggantikan, sesuatu pertuduhan yang telah disiasat dengan suatu pertuduhan baru bagi suatu kesalahan yang dizahirkan melalui keterangan yang diambil pada masa penyiasatan itu, dan menyifatkan penyiasatan itu sebagai penyiasatan bagi pertuduhan baharu itu;
(d) memanggil untuk bersidang dan menubuhkan mahkamah tentera;
(e) persidangan, penangguhan dan pembubaran mahkamah tentera;
(f) tatacara yang kena dipatuhi dalam perbicaraan oleh mahkamah tentera;
(g) representasi tertuduh dalam perbicaraan itu;
(h) mendapatkan kehadiran saksi-saksi di hadapan mahkamah tentera dan pada masa mengambil keterangan menurut Kaedah-Kaedah Tatacara yang dibuat di bawah perenggan (b);
(i) memakai semua atau mana-mana peruntukan keempat-empat seksyen yang disebut terdahulu berhubung dengan prosiding di hadapan pegawai memerintah dan pihak berkuasa atasan yang berkenaan dan selainnya berhubung dengan prosiding sebelum perbicaraan oleh mahkamah tentera;
(j) memberi kuasa kepada sesuatu mahkamah tentera atau pegawai sidang, untuk meminda sesuatu pertuduhan yang sedang dibicarakan oleh mahkamah tentera dalam hal dan setakat yang ditetapkan;
(k) memberi kuasa kepada sesuatu mahkamah tentera jika butir-butir yang dibuktikan atau diterima dalam perbicaraan itu berbeza daripada butir-butir yang dikatakan dalam pertuduhan itu tetapi cukup untuk menyokong sesuatu dapatan bersalah bagi sesuatu kesalahan yang sama dengan kesalahan yang dipertuduh itu, untuk membuat sesuatu dapatan bersalah tertakluk pada kecualian atau perubahan yang dinyatakan dalam dapatan itu jika ternyata pada mahkamah tentera itu bahawa perbezaan itu tidak material hingga memudaratkan tertuduh dalam pembelaannya;
(l) bentuk perintah atau dokumen lain yang kena dibuat bagi maksud mana-mana peruntukan Akta ini atau Kaedah- Kaedah Tatacara yang berhubungan dengan penyiasatan atau perbicaraan, atau penjatuhan hukuman bagi, kesalahan yang diambil tahu oleh mahkamah tentera, pegawai memerintah atau pihak berkuasa atasan yang berkenaan, atau yang berhubungan dengan pengesahan dan penyemakan dapatan dan hukuman mahkamah tentera; dan
(m) apa-apa perkara lain yang dikehendaki atau dibenarkan supaya ditetapkan oleh Bahagian ini.
(3) Kaedah-Kaedah Tatacara yang dibuat menurut kuasa perenggan (j) subseksyen terdahulu yang akhir disebut hendaklah memastikan supaya kuasa untuk meminda pertuduhan tidak boleh dijalankan dalam hal keadaan yang sebahagian besarnya berlainan daripada hal keadaan yang pertuduhan itu boleh dipinda oleh mahkamah awam di Malaysia, atau melainkan tertakluk pada syarat yang serupa, dengan seberapa hampir yang dibenarkan oleh hal keadaan dengan syarat yang tertakluk padanya pertuduhan boleh dipinda sedemikian, dan tidak boleh dijalankan oleh sesuatu mahkamah tentera (selain bagi maksud hanya membetulkan sesuatu kesilapan pada nama atau perihal tertuduh itu atau sesuatu kesilapan perkeranian atau peninggalan) melainkan jika seorang hakim peguam hadir dalam perbicaraan itu.
(4) Kaedah-Kaedah Tatacara tidak boleh membuat peruntukan berkenaan dengan penjalanan hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah tentera atau hukuman lain yang dijatuhkan di bawah Bahagian ini.
(5) Sesuatu Kaedah Tatacara yang tidak selaras dengan peruntukan Akta ini, setakat ketidakselarasan itu, adalah tidak sah.
Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).