My bookmarksSign up free
← Armed Forces Act 1972

Armed Forces Act 1972 s 137

Armed Forces Act 1972 s 137

s 137 Imprisonment and Detention Rules

(1) Subject to the provisions of this Act, the Minister may make rules (hereinafter referred to as “Imprisonment and Detention Rules”) with respect to all or any of the following matters, that is to say: (a) the places in which and the establishments or forms of custody (whether service or not) in which persons may be required to serve the whole or any part of service sentences of imprisonment and detention passed on them; (b) the committal of persons under service sentences of imprisonment or detention to the appropriate establishment or form of custody, their removal from one country or place to another and from one establishment or form of custody to another and their release on the coming to an end of any term of imprisonment or detention; (c) the provision, classification, regulation and management of service establishments; (d) the classification, treatment, employment, discipline and control of persons serving service sentences of imprisonment or detention in service establishments or otherwise in service custody; (e) the temporary release on compassionate grounds of persons serving such sentences in such establishments or custody as aforesaid, the cases in which, periods for which and conditions subject to which they may be allowed out of any such establishment or custody and the remission of part of any such sentence for good conduct and industry; (f) the appointment, powers and duties of inspectors, visitors and officers in charge of persons serving sentences of imprisonment or detention: Provided that such rules shall not authorize the infliction of corporal punishment. (2) The Minister may as respects any area in which persons subject to service law under this Act are on active service delegate his power to make Imprisonment and Detention Rules to the officer commanding the command within which those persons are serving, subject to such restrictions, reservations, exceptions and conditions as the Minister may think fit.

Malay text (authoritative)

Kaedah-Kaedah Pemenjaraan dan Tahanan

(1) Tertakluk pada peruntukan Akta ini, Menteri boleh membuat kaedah-kaedah (kemudian daripada ini disebut “Kaedah- Kaedah Pemenjaraan dan Tahanan”) berkenaan dengan semua atau mana-mana daripada perkara yang berikut, iaitu: (a) tempat yang dalamnya dan institusi atau bentuk jagaan (sama ada perkhidmatan atau tidak) yang dalamnya orang boleh dikehendaki menjalani keseluruhan atau mana-mana bahagian hukuman pemenjaraan perkhidmatan dan hukuman tahanan perkhidmatan yang dijatuhkan ke atas mereka; (b) pengkomitan orang yang di bawah hukuman pemenjaraan perkhidmatan atau hukuman tahanan perkhidmatan ke dalam institusi atau bentuk jagaan yang berkenaan, memindahkan mereka dari satu negara atau tempat ke satu negara atau tempat yang lain dan dari satu institusi atau bentuk jagaan kepada satu institusi atau bentuk jagaan yang lain dan melepaskan mereka apabila apa-apa tempoh pemenjaraan atau tahanan tamat; (c) pengadaan, pengelasan, pengawalseliaan dan pengurusan institusi perkhidmatan; (d) pengelasan, rawatan, pengambilan kerja, tatatertib dan kawalan ke atas orang yang menjalani hukuman pemenjaraan perkhidmatan atau hukuman tahanan perkhidmatan dalam institusi perkhidmatan atau selainnya dalam jagaan perkhidmatan; (e) pelepasan buat sementara atas alasan ihsan orang yang menjalani hukuman itu dalam institusi atau jagaan yang disebut terdahulu, yang hal dalamnya, tempoh yang baginya dan syarat-syarat yang tertakluk padanya mereka boleh dibenarkan keluar dari mana-mana institusi atau jagaan dan meremitkan sebahagian daripada mana-mana hukuman itu oleh sebab kelakuan baik dan kerajinan; (f) pelantikan, kuasa dan tugas pemeriksa, pelawat dan pegawai yang menjaga orang yang menjalani hukuman pemenjaraan atau tahanan: Dengan syarat bahawa kaedah-kaedah itu tidak boleh membenarkan hukuman jasad dikenakan. (2) Menteri boleh, berkenaan dengan mana-mana kawasan di mana orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini berada dalam perkhidmatan giat mewakilkan kuasanya untuk membuat Kaedah-Kaedah Pemenjaraan dan Tahanan kepada pegawai yang memerintah pemerintahan yang dalamnya orang itu berkhidmat, tertakluk pada sekatan, had, kecualian dan syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 77 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next