s 169 Powers of command when portions of different Services are serving together
(1) When portions of two or more Services of the armed forces are serving together, command of those portions may be exercised by such officer of any Service of the armed forces as may be designated by the competent authority.
(2) An officer designated as aforesaid shall have command over all officers and servicemen serving in such portions.
(3) When portions of two or more Services of the armed forces are serving together in a composite formation, unit, station or establishment, officers and servicemen serving therein shall, unless the competent authority otherwise directs, obey the orders of all persons, irrespective of their Services, who are senior to them in rank in that formation, unit, station or establishment.
Redress of Complaints
Malay text (authoritative)
Kuasa memerintah apabila bahagian Perkhidmatan yang berlainan berkhidmat bersama
(1) Apabila bahagian daripada dua Perkhidmatan angkatan tentera atau lebih berkhidmat bersama, pemerintahan bahagianbahagian itu bolehlah dijalankan oleh pegawai daripada mana-mana Perkhidmatan angkatan tentera sebagaimana yang dilantik oleh pihak berkuasa yang layak.
(2) Seseorang pegawai yang dilantik seperti yang disebut terdahulu hendaklah mempunyai kuasa memerintah ke atas semua pegawai dan askar-lasykar yang berkhidmat dalam bahagian-bahagian itu.
(3) Apabila bahagian daripada dua Perkhidmatan angkatan tentera atau lebih berkhidmat bersama dalam sesuatu formasi komposit, unit, stesen atau pasukan, pegawai dan askar-lasykar yang berkhidmat di dalamnya hendaklah, melainkan jika pihak berkuasa yang layak mengarahkan selainnya, mematuhi perintah semua orang yang lebih kanan pangkatnya daripada mereka dalam kumpulan pasukan, unit, stesen atau pasukan itu, tidak kira jenis Perkhidmatan mereka.
Pemulihan terhadap Aduan
Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).