My bookmarksSign up free
← Armed Forces Act 1972

Armed Forces Act 1972 s 18

Armed Forces Act 1972 s 18

s 18 Mode of enlistment and attestation

(1) A person offering to enlist in the regular forces shall be given a notice in the prescribed form setting out the questions to be answered on attestation and stating the general conditions of the engagement to be entered into by him; and a Magistrate or recruiting officer shall not enlist any person in the regular forces unless satisfied that such person has been given such a notice, understands it and wishes to be enlisted. (2) The procedure for enlisting a person in the regular forces shall be that set out in the First Schedule to this Act. (3) A recruiting officer shall not enlist any person under the age of seventeen and a half years without the written consent of his parents or of his guardian. (4) Where the recruiting officer is satisfied, by the production of a certified copy of an entry in the register of births or by any other evidence appearing to him to be sufficient, that a person offering to enlist has or has not attained the age of eighteen years, that person shall be deemed for the purposes of this Act to have attained or, as the case may be, not to have attained that age. (5) The date at which a person signs the declaration and takes the oath prescribed in an attestation paper shall be deemed to be the date of attestation of such person. (6) A Magistrate or a recruiting officer may at any time, if satisfied that an error in the attestation paper of a person which is not so material as to render it just that the person should be discharged, amend the error in the attestation paper, and the paper as amended shall thereupon be deemed valid as if the matter of the amendment had formed part of the original matter of such paper. (7) Where there are duplicate attestation papers signed and attested, this section shall apply both to such duplicates, and in the event of any amendment of an attestation paper the amendments shall be made in both the duplicate attestation papers.

Malay text (authoritative)

Cara pengambilan masuk dan pengakusaksian

(1) Seseorang yang menawarkan diri untuk diambil masuk ke dalam angkatan tetap hendaklah diberi suatu notis dalam borang yang ditetapkan yang membentangkan soalan untuk dijawab semasa pengakusaksian dan menyatakan syarat am pertugasan yang akan dibuat olehnya; dan seseorang Majistret atau pegawai merekrut tidak boleh mengambil masuk mana-mana orang ke dalam angkatan tetap melainkan jika dia berpuas hati bahawa orang itu telah diberi notis itu, memahaminya dan mahu diambil masuk. (2) Tatacara bagi mengambil masuk seseorang ke dalam angkatan tetap hendaklah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama kepada Akta ini. (3) Seseorang pegawai merekrut tidak boleh mengambil masuk mana-mana orang yang berumur kurang daripada tujuh belas tahun setengah tanpa keizinan bertulis ibu bapa atau penjaganya. (4) Jika pegawai merekrut berpuas hati dengan pengemukaan salinan yang diperakui mengenai sesuatu catatan dalam daftar kelahiran, atau dengan apa-apa keterangan lain yang ternyata padanya mencukupi bahawa seseorang yang menawarkan diri untuk diambil masuk itu telah mencapai atau belum mencapai umur lapan belas tahun, orang itu hendaklah disifatkan bagi maksud Akta ini telah mencapai atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, belum mencapai umur itu. (5) Tarikh seseorang menandatangani akuan dan mengangkat sumpah yang ditetapkan dalam kertas pengakusaksian itu hendaklah disifatkan sebagai tarikh pengakusaksian orang itu. (6) Seseorang Majistret atau pegawai merekrut boleh pada bilabila masa, jika berpuas hati bahawa sesuatu kesilapan dalam kertas pengakusaksian seseorang tidak begitu material sehingga boleh menyebabkan patut orang itu diberhentikan kerja, meminda kesilapan dalam kertas pengakusaksian itu, dan kertas yang dipinda itu hendaklah dengan itu disifatkan sebagai sah seolah-olah perkara yang dipinda telah menjadi sebahagian daripada perkara asal dalam kertas itu. (7) Jika ada kertas pendua pengakusaksian ditandatangani dan diakusaksikan, seksyen ini hendaklah terpakai bagi pendua itu, dan sekiranya apa-apa pindaan dibuat dalam sesuatu kertas pengakusaksian, pindaan itu hendaklah dibuat dalam kertas pendua pengakusaksian itu.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 77 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next