Armed Forces Act 1972 s 186
s 186 Power of certain officers to take statutory declarations
(1) An officer of the regular forces of a rank not below that of major, lieutenant-commander or squadron leader (hereinafter referred to as “the authorized officer”) may, outside Malaysia, take statutory declarations from persons subject to service law under this Act.
(2) A document purporting to have subscribed thereto the signature of an authorized officer in testimony of a statutory declaration being taken before him in pursuance of this section and containing in the jurat or attestation a statement of the date on which and the place at which the declaration was taken and of the full name and rank of that officer shall be admitted in evidence without proof of the signature being the signature of that officer or of the facts so stated.
Malay text (authoritative)
Kuasa pegawai tertentu untuk mengambil akuan berkanun
(1) Seseorang pegawai angkatan tetap yang berpangkat tidak rendah daripada mejar, komander muda laut atau komander muda udara (kemudian daripada ini disebut “pegawai yang diberi kuasa”) boleh, di luar Malaysia, mengambil akuan berkanun daripada orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini.
(2) Sesuatu dokumen yang berupa sebagai ditandatangani oleh seseorang pegawai yang diberi kuasa sebagai testimoni sesuatu akuan berkanun yang dibuat di hadapannya menurut seksyen ini dan mengandungi dalam jurat atau pengakusaksian itu suatu pernyataan tarikh dan tempat akuan itu dibuat dan nama penuh dan pangkat pegawai itu hendaklah diterima sebagai keterangan tanpa bukti bahawa tandatangan itu ialah tandatangan pegawai itu atau tanpa bukti mengenai fakta yang dinyatakan sedemikian.
Read this section in the full act → · Open Part VII →
Find Act 77 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).