Armed Forces Act 1972 s 190
s 190 Calling out for service by proclamation
(1) The Yang di-Pertuan Agong may, by Proclamation, call out for service the whole or any part of the Regular Forces Reserve.
(2) Every reservist called out for service under subsection (1) shall report for service at such time and place as the Armed Forces Council or an officer authorized on its behalf may, by notification in the Gazette or otherwise, appoint.
(3) Every reservist shall upon being called out for service by a Proclamation under this section be deemed to be a person subject to service law under Part V and shall if he fails, without leave being lawfully granted or without any reasonable excuse, to report in accordance with subsection (2) be liable to be tried for an offence of desertion within the meaning of section 54.
(4) Every reservist when called out for service shall be liable to serve as an officer or serviceman in the regular forces until his services are no longer required, so, however, that he shall not be required to serve for a period exceeding in the whole the remaining unexpired term of his service in the Regular Forces Reserve and in the case of a reservist who is a serviceman for a further period not exceeding twelve months as provided under subsection 27(2).
Malay text (authoritative)
Kerahan untuk berkhidmat melalui proklamasi
(1) Yang di-Pertuan Agong boleh, melalui Proklamasi, mengerahkan untuk berkhidmat keseluruhan atau mana-mana bahagian Simpanan Angkatan Tetap.
(2) Tiap-tiap anggota simpanan yang dikerah untuk berkhidmat di bawah subseksyen (1) hendaklah melaporkan diri untuk berkhidmat pada masa dan di tempat sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis Angkatan Tentera atau seseorang pegawai yang diberi kuasa bagi pihaknya, melalui pemberitahuan dalam Warta atau selainnya.
(3) Tiap-tiap anggota simpanan apabila dikerah untuk berkhidmat melalui sesuatu Proklamasi di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai seseorang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Bahagian V dan jika dia gagal, tanpa cuti yang diberikan dengan sah atau tanpa apa-apa alasan yang munasabah, untuk melaporkan diri menurut subseksyen (2) dia boleh dibicarakan bagi kesalahan tinggal tugas mengikut pengertian seksyen 54.
(4) Tiap-tiap anggota simpanan yang dikerah untuk berkhidmat boleh kena berkhidmat sebagai seorang pegawai atau askar-lasykar dalam angkatan tetap sehingga perkhidmatannya tidak lagi diperlukan, walau bagaimanapun, dia tidak boleh dikehendaki untuk berkhidmat selama tempoh yang pada keseluruhannya melebihi kesemua baki tempoh perkhidmatannya dalam Simpanan Angkatan Tetap dan dalam hal seseorang anggota simpanan yang merupakan seorang askarlasykar bagi suatu tempoh selanjutnya yang tidak melebihi dua belas bulan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 27(2).
Read this section in the full act → · Open Part VIII →
Find Act 77 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).