My bookmarksSign up free
← Armed Forces Act 1972

Armed Forces Act 1972 s 196

Armed Forces Act 1972 s 196

s 196 Composition of volunteer forces

(1) The volunteer forces shall consist of such corps, units ships, establishments and other components as the Armed Forces Council may from time to time constitute and establish. (2) Every corps, unit, ship, establishment or other component constituted and established under subsection (1)— (a) shall bear and be known by such name or title as the Armed Forces Council may approve; (b) shall consist of such sub-units, wings or squadrons, as the Armed Forces Council may from time to time direct. (3) Any reference in any written law to any corps, unit, ship, establishment or other component constituted and established under subsection (1) by such name or title as may be approved by the Armed Forces Council under paragraph (2)(a) shall be construed as a reference to such corps, unit, ship, establishment or other component or, as the context may require, to the members thereof. (4) The Armed Forces Council may from time to time by order published in the Gazette do any of the following things, that is to say: (a) disband any corps, unit, establishment or other component in whole or in part; (b) amalgamate any corps with any other corps, any unit with any other unit, any establishment with any other establishment or any component with any other component; (c) strike off any ship from the register; or (d) alter or amend the name or title of any corps, unit, ship, establishment or other component.

Malay text (authoritative)

Keanggotaan angkatan sukarela

(1) Angkatan sukarela hendaklah terdiri daripada kor, unit, kapal, pasukan dan komponen lain sebagaimana yang diwujudkan dan ditubuhkan dari semasa ke semasa oleh Majlis Angkatan Tentera. (2) Tiap-tiap kor, unit, kapal, pasukan atau komponen lain yang diwujudkan dan ditubuhkan di bawah subseksyen (1)— (a) hendaklah mempunyai dan dikenali dengan nama atau gelaran sebagaimana yang diluluskan oleh Majlis Angkatan Tentera; (b) hendaklah terdiri daripada unit kecil, cawangan atau skuadron, sebagaimana yang diarahkan oleh Majlis Angkatan Tentera dari semasa ke semasa. (3) Apa-apa sebutan dalam mana-mana undang-undang bertulis mengenai mana-mana kor, unit, kapal, pasukan atau komponen lain yang diwujudkan dan ditubuhkan di bawah subseksyen (1) dengan nama atau gelaran sebagaimana yang diluluskan oleh Majlis Angkatan Tentera di bawah perenggan (2)(a) hendaklah ditafsirkan sebagai suatu sebutan mengenai kor, unit, kapal, pasukan atau komponen lain atau, sebagaimana yang dikehendaki oleh konteksnya, mengenai anggotanya. (4) Majlis Angkatan Tentera boleh dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta melakukan mana-mana perkara yang berikut, iaitu: (a) membubarkan mana-mana kor, unit, pasukan atau komponen lain itu keseluruhannya atau sebahagiannya; (b) menyatukan mana-mana kor dengan mana-mana kor lain, mana-mana unit dengan mana-mana unit lain, mana-mana pasukan dengan mana-mana pasukan lain atau mana-mana komponen dengan mana-mana komponen lain; (c) memotong nama mana-mana kapal daripada daftar; atau (d) mengubah atau meminda nama atau gelaran bagi manamana kor, unit, kapal, pasukan atau komponen lain.

Read this section in the full act → · Open Part IX →

Find Act 77 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next