(1) Officers in the volunteer forces shall be commissioned by the Yang di-Pertuan Agong.
(2) A commission granted under subsection (1) may be either for an indefinite period or for a specified time and shall in either case be in the form prescribed by regulations made under section 207 and shall be issued under the Sign Manual of the Yang di-Pertuan Agong and impressed with the Public Seal of the Federation.
(3) A commission issued for a stated period may be extended by the Yang di-Pertuan Agong for such period or periods as may be deemed expedient.
(4) The Yang di-Pertuan Agong may, without publication of any reason therefor, cancel any commission.
(5) The Yang di-Pertuan Agong may grant honorary commissions in the volunteer forces to such persons as he may think fit.
(6) Officers of the volunteer forces may from time to time be promoted or advanced in rank by the Yang di-Pertuan Agong at his discretion.
Malay text (authoritative)
Mentauliahkan pegawai
(1) Pegawai dalam angkatan sukarela hendaklah ditauliahkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
(2) Sesuatu tauliah yang dikurniakan di bawah subseksyen (1) boleh dikurniakan sama ada bagi sesuatu tempoh yang tidak ditentukan atau bagi sesuatu masa tertentu dan hendaklah dalam salah satu hal mengikut bentuk yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 207 dan hendaklah dikeluarkan di bawah Mohor Yang di-Pertuan Agong dan dicapkan dengan Mohor Besar Persekutuan.
(3) Sesuatu tauliah yang dikeluarkan bagi sesuatu tempoh yang dinyatakan boleh dilanjutkan oleh Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh atau tempoh-tempoh sebagaimana yang difikirkan suai manfaat.
(4) Yang di-Pertuan Agong boleh, tanpa menyiarkan apa-apa sebab baginya, membatalkan mana-mana tauliah.
(5) Yang di-Pertuan Agong boleh mengurniakan tauliah kehormat dalam angkatan sukarela kepada orang yang difikirkannya patut.
(6) Pegawai angkatan sukarela boleh dari semasa ke semasa dinaikkan pangkat oleh Yang di-Pertuan Agong menurut budi bicaranya.
Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).