My bookmarksSign up free
← Armed Forces Act 1972

Armed Forces Act 1972 s 207

Armed Forces Act 1972 s 207

s 207 Power of the Armed Forces Council to make regulations

(1) Subject to section 206, the Armed Forces Council may make regulations including regulations providing for matters which may be issued by Perintah Majlis Angkatan Tentera to carry out the purposes of this Part. (2) In particular, and without prejudice to the generality of the foregoing power, such regulations may— (a) define the class of persons who may be commissioned or enrolled in the volunteer forces and the minimum period for which such persons may be commissioned or enrolled; (b) prescribe the manner in which, and conditions subject to which, persons desiring to be commissioned or enrolled may so offer themselves and the form of declaration to be taken by such persons; (c) prescribe the extent of service required of officers and volunteers or of officers in the Reserve of Officers, which service may include service outside Malaysia when the volunteer forces or part thereof has been called out; (d) prescribe the conditions of physical fitness required of persons for acceptance in the volunteer forces; (e) prescribe the conditions under which an officer or volunteer may resign from the volunteer forces; (f) define the manner in which and the conditions under which officers and volunteers may be called out; (g) prescribe the training to be carried out by officers and volunteers which training may consist of instruction, exercises or operations on land, air or sea or in any vessel or other craft whatsoever, whether belonging to the Malaysia or not, and whether within or without the territorial limits of the Malaysia; (h) prescribe the seniority of officers and provide for their appointment, promotion and tenure of commissioned rank; (i) provide for the seniority and rank for purposes of command and discipline of officers and volunteers; and (j) provide for minor offences including the procedural matters relating thereto and minor punishments not provided for in this Part.

Malay text (authoritative)

Kuasa Majlis Angkatan Tentera untuk membuat peraturan- peraturan

(1) Tertakluk pada seksyen 206, Majlis Angkatan Tentera boleh membuat peraturan-peraturan termasuk peraturan-peraturan yang memperuntukkan perkara yang boleh dikeluarkan melalui Perintah Majlis Angkatan Tentera untuk menjalankan maksud Bahagian ini. (2) Khususnya, dan dengan tidak menjejaskan keluasan kuasa yang disebut terdahulu, peraturan-peraturan itu boleh— (a) mentakrifkan kelas orang yang boleh ditauliahkan atau didaftarkan dalam angkatan sukarela dan tempoh minimum yang baginya orang itu boleh ditauliahkan atau didaftarkan; (b) menetapkan cara bagaimana, dan syarat yang tertakluk padanya, orang yang ingin ditauliahkan atau didaftarkan boleh menawarkan diri mereka dan bentuk akuan yang kena diambil oleh orang itu; (c) menetapkan takat perkhidmatan yang dikehendaki bagi pegawai dan anggota sukarela atau bagi pegawai dalam Simpanan Pegawai, yang perkhidmatan itu bolehlah termasuk perkhidmatan di luar Malaysia apabila angkatan sukarela atau sebahagiannya telah dikerah; (d) menetapkan syarat kesihatan jasmani yang dikehendaki bagi orang diterima masuk ke dalam angkatan sukarela; (e) menetapkan syarat yang di bawahnya seseorang pegawai atau anggota sukarela boleh meletakkan jawatannya daripada angkatan sukarela; (f) mentakrifkan cara bagaimana dan syarat yang di bawahnya pegawai dan anggota sukarela boleh dikerah; (g) menetapkan latihan yang akan dijalani oleh pegawai dan anggota sukarela yang latihan itu mengandungi arahan, eksesais atau gerakan di atas tanah, di udara atau di laut atau dalam apa-apa vesel atau apa jua kapal lain, sama ada dipunyai oleh Malaysia atau tidak, dan sama ada di dalam atau di luar had sempadan Malaysia; (h) menetapkan kekananan pegawai dan mengadakan peruntukan bagi pelantikan, kenaikan pangkat dan tempoh pangkat bertauliah mereka; (i) mengadakan peruntukan bagi kekananan dan pangkat bagi maksud perintah dan tatatertib pegawai dan anggota sukarela; dan (j) mengadakan peruntukan bagi kesalahan kecil termasuk perkara tatacara yang berhubungan dengannya dan hukuman ringan yang tidak diperuntukkan dalam Bahagian ini.

Read this section in the full act → · Open Part IX →

Find Act 77 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next