Armed Forces Act 1972 s 209
s 209 Persons subject to service law: general provisions
(1) The following persons are subject to service law under this Act:
(a) every officer holding a commission of the Yang di-Pertuan Agong issued under section 6;
(b) every person appointed by the Armed Forces Council under section 10;
(c) every serviceman of the regular forces;
(d) every reservist of the Regular Forces Reserve when called out for service or for training under Part VIII;
(e) every officer and every officer of the Reserve of Officers of a volunteer force constituted under Part IX when performing duty as an officer;
(f) every member of a volunteer force—
(i) when on permanent duty or undergoing continuous training as defined in rules or regulations made under Part IX;
(ii) when on attachment to the regular forces under subsection 201(2); or
(iii) when called out for service by proclamation issued under subsection 202(1).
Malay text (authoritative)
Orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan: peruntukan am
(1) Orang yang berikut tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini:
(a) tiap-tiap pegawai yang memegang tauliah Yang di-Pertuan Agong yang dikeluarkan di bawah seksyen 6;
(b) tiap-tiap orang yang dilantik oleh Majlis Angkatan Tentera di bawah seksyen 10;
(c) tiap-tiap askar-lasykar angkatan tetap;
(d) tiap-tiap anggota simpanan dalam Simpanan Angkatan Tetap apabila dikerah untuk berkhidmat atau untuk latihan di bawah Bahagian VIII;
(e) tiap-tiap pegawai dan tiap-tiap pegawai daripada Simpanan Pegawai bagi sesuatu angkatan sukarela yang ditubuhkan di bawah Bahagian IX apabila menjalankan kewajipan sebagai seorang pegawai;
(f) tiap-tiap anggota sesuatu angkatan sukarela—
(i) apabila bertugas tetap atau menjalani latihan terusmenerus sebagaimana yang ditakrifkan dalam kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Bahagian IX;
(ii) apabila ditugaskan kepada angkatan tetap di bawah subseksyen 201(2); atau
(iii) apabila dikerah untuk berkhidmat melalui perisytiharan yang dikeluarkan di bawah subseksyen 202(1).
Read this section in the full act → · Open Part X →
Find Act 77 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).