s 21 Enlistment in the Army to be in a particular corps
(1) A person enlisted for service as a soldier shall be enlisted in a particular corps of the Army and shall serve in such corps for the period of his full-time service whether during the term of his enlistment or during any period of re-engagement unless he is transferred to another corps in accordance with the provisions of the next following subsection:
Provided that a person enlisted for service as a soldier before attaining the age of eighteen years may be enlisted for general service and need not be appointed to a corps until he attains that age.
(2) A soldier may, at any time, with his consent be transferred from one corps to another by order of the competent authority:
Provided that while a state of war exists between the Yang di- Pertuan Agong and any foreign power or while a Proclamation of Emergency issued by the Yang di-Pertuan Agong under Article 150 of the Federal Constitution is in force, the soldier may be so transferred without his consent.
(3) Where in pursuance of the last foregoing subsection a soldier is transferred to a corps in an arm or branch of the Army different from that in which he was previously serving, the competent authority may by order vary the conditions of his service so as to correspond with the general conditions of service in the arm or branch to which he is transferred.
(4) No soldier shall be transferred to any corps unless he would have been eligible for enlistment therein.
(5) This section shall apply mutatis mutandis to a serviceman enlisted in the Navy and the Air Force.
Malay text (authoritative)
Pengambilan masuk ke dalam Tentera Darat hendaklah bagi sesuatu kor tertentu
(1) Seseorang yang diambil masuk untuk perkhidmatan sebagai seorang askar hendaklah diambil masuk ke dalam sesuatu kor tertentu dalam Tentera Darat dan hendaklah berkhidmat dalam kor itu selama tempoh perkhidmatan penuh masanya sama ada dalam tempoh pengambilan masuknya atau dalam mana-mana tempoh pertugasan
semula melainkan jika dia ditukarkan kepada suatu kor lain mengikut peruntukan subseksyen yang berikut:
Dengan syarat bahawa seseorang yang diambil masuk untuk berkhidmat sebagai seorang askar sebelum dia mencapai umur lapan belas tahun boleh diambil masuk untuk perkhidmatan am dan tidak perlu dilantik kepada sesuatu kor sehingga dia mencapai umur itu.
(2) Seseorang askar boleh, pada bila-bila masa, dengan keizinannya ditukarkan daripada satu kor kepada suatu kor lain dengan perintah pihak berkuasa yang layak:
Dengan syarat bahawa semasa wujud keadaan perang antara Yang di-Pertuan Agong dengan mana-mana kuasa asing atau dalam masa berkuat kuasanya Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di- Pertuan Agong di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, askar itu boleh ditukarkan sedemikian tanpa keizinannya.
(3) Jika menurut subseksyen terdahulu yang akhir disebut seseorang askar ditukarkan kepada suatu kor dalam suatu bahagian atau cawangan Tentera Darat yang berlainan daripada bahagian atau cawangan yang dalamnya dia dahulunya berkhidmat, pihak berkuasa yang layak boleh dengan perintah mengubah syarat perkhidmatannya supaya sesuai dengan syarat am perkhidmatan dalam bahagian atau cawangan yang kepadanya dia ditukarkan itu.
(4) Tiada seorang pun askar boleh ditukarkan kepada mana-mana kor melainkan jika dia telah layak untuk diambil masuk ke dalam kor itu.
(5) Seksyen ini hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi seseorang askar-lasykar yang diambil masuk dalam Tentera Laut dan Tentera Udara.
Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).