(1) The transitional provisions as set out below shall take effect on the appointed day for the coming into force of this Act (hereinafter referred to as the “appointed day”).
(2) In relation to an offence against any section in Part I of the Malay Regiment Enactment [F.M.S. Cap. 42] or against sections 11 to 14 inclusive of the Air Force Ordinance 1958 [Ord. 20 of 1958], or against sections 2 to 42 inclusive of the Naval Discipline Act 1957 [5 and 6 Eliz. 2.], of the United Kingdom as applied by section 10 of the Navy Ordinance 1958 [Ord. 27 of 1958] (hereinafter collectively referred to as “the said sections”) sections 89 to 144 inclusive and sections 149 to 155 inclusive of this Act and the rules and regulations made under sections 119, 137 and 155 shall apply as if the said sections had been contained in this Act and this Act had been in force when the offence was committed and as if any finding or sentence having effect before the appointed day, and anything done before that day by virtue of or in relation to such finding or sentence had been come to, awarded or done under this Act:
Provided that nothing in this subsection shall render an offence capable of being tried by court-martial or dealt with summarily, if by reason of the time or place of the commission of the offence it could not have been so tried or dealt with under or by virtue of any of the written laws repealed by this Act.
(3) Notwithstanding anything in the foregoing subsection, where any proceedings for such an offence as aforesaid have been begun before the appointed day, any step taken in the proceedings taken after that day shall be deemed to be validly taken if taken under or by virtue of any of the written laws repealed by this Act.
(4) In section 146 references to this Act or to any provision thereof shall be construed as including respectively references to the written
laws repealed by this Act or to the corresponding provisions of the Naval Discipline Act 1957, of the United Kingdom.
(5) Where after the appointed day a person is alleged—
(a) to have committed an offence continuing over a period beginning before that day and ending thereon or thereafter; or
(b) to have committed an offence between two dates falling within such a period,
and the offence would be one against a provision in Part V if this Act had been in force at all material times, he may be proceeded against as if this Act had so been in force.
(6) If immediately before the appointed day any person is being detained in service under section 66 of the Malay Regiment Enactment or under section 15 of the Navy Ordinance 1958, then in calculating for what period he may be retained and his service prolonged under the corresponding provisions of this Act account shall be taken of the period for which he has been so detained, or his service prolonged, under the said provisions of this Act.
(7) If immediately before the appointed day a proclamation of the Yang di-Pertuan Agong made under paragraph 67(iv) of the Malay Regiment Enactment is in force it shall continue in force as if made under the corresponding provisions of this Act.
(8) Any order authorizing the discharge of a person given before the appointed day by an officer prescribed in that behalf under any of the written laws repealed by this Act shall be treated for the purposes of subsection 28(3) as an order of the competent authority.
(9) The powers conferred by this Act of restoring forfeited service and remitting forfeitures and deductions shall be exercisable in relation to service forfeited and forfeitures and deductions imposed under or by virtue of any of the written laws repealed by this Act.
(10) Any forfeiture or deduction from pay having effect under or by virtue of any of the written laws repealed by this Act immediately before the appointed day shall, subject to the last foregoing subsection, continue to have effect on and after the appointed day.
(11) Any order having effect immediately before the appointed day under or by virtue of the provisions of any of the written laws repealed by this Act corresponding with sections 164 and 165 shall continue to have effect as if made under this Act, and section 166 shall apply accordingly.
(12) Any document made before the appointed day which would have been admissible in evidence under or by virtue of the provisions of any of the written laws repealed by this Act, or those provisions as applied by any other enactment, shall be admissible to the like extent and in the like proceedings on and after the appointed day.
(13) If immediately before the appointed day any declaration or renewal is in force under section 123 of the Malay Regiment Enactment, it shall continue in force as if made under the corresponding provisions of this Act.
Malay text (authoritative)
Peruntukan peralihan
(1) Peruntukan peralihan sebagaimana yang dinyatakan kemudian daripada ini hendaklah mula berkuat kuasa pada hari yang ditetapkan bagi permulaan kuat kuasa Akta ini (kemudian daripada ini disebut “hari yang ditetapkan”).
(2) Berhubung dengan sesuatu kesalahan terhadap mana-mana seksyen dalam Bahagian I Enakmen Askar Melayu [N.M.B. Bab 42] atau terhadap seksyen 11 hingga 14 termasuk kedua-duanya Ordinan Tentera Udara 1958 [Ord. 20 tahun 1958], atau terhadap seksyen 2 hingga 42 termasuk kedua-duanya Akta Tatatertib Tentera Laut 1957, United Kingdom [5 dan 6 Eliz. 2.] sebagaimana yang terpakai oleh seksyen 10 Ordinan Tentera Laut 1958 [Ord. 27 tahun 1958], (kemudian daripada ini secara kolektif disebut “seksyen tersebut”) seksyen 89 hingga 144 termasuk kedua-duanya dan seksyen 149 hingga 155 termasuk kedua-duanya Akta ini dan kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 119, 137 dan 155 hendaklah terpakai seolah-olah seksyen tersebut terkandung dalam Akta ini dan Akta ini telah berkuat kuasa apabila kesalahan itu dilakukan dan seolah-olah apa-apa dapatan atau hukuman yang telah berkuat kuasa sebelum hari yang ditetapkan, dan apa-apa jua yang dilakukan sebelum hari itu menurut kuasa atau berhubung dengan dapatan atau hukuman telah tercapai, dijatuhkan atau dilakukan di bawah Akta ini:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh menjadikan sesuatu kesalahan itu boleh dibicarakan oleh mahkamah tentera atau dibicarakan terus, jika oleh sebab masa atau tempat pelakuan kesalahan itu ia tidak boleh dibicarakan atau diuruskan
sedemikian di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang bertulis yang dimansuhkan oleh Akta ini.
(3) Walau apa pun apa-apa jua dalam subseksyen yang disebut terdahulu, jika mana-mana prosiding bagi kesalahan yang disebut terdahulu telah dimulakan sebelum hari yang ditetapkan, apa-apa langkah yang diambil dalam prosiding selepas hari itu hendaklah disifatkan telah diambil dengan sahnya jika diambil di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang bertulis yang dimansuhkan oleh Akta ini.
(4) Dalam seksyen 146 sebutan mengenai Akta ini atau mengenai mana-mana peruntukannya hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk masing-masing sebutan mengenai undang-undang bertulis yang dimansuhkan oleh Akta ini atau mengenai peruntukan yang bersamaan dengan Akta Tatatertib Tentera Laut 1957, United Kingdom.
(5) Jika selepas hari yang ditetapkan seseorang dikatakan—
(a) telah melakukan suatu kesalahan yang berterusan selama suatu tempoh yang bermula sebelum hari itu dan berakhir pada atau selepas hari itu; atau
(b) telah melakukan suatu kesalahan antara dua tarikh yang jatuh dalam sesuatu tempoh itu,
dan kesalahan itu ialah suatu kesalahan terhadap sesuatu peruntukan dalam Bahagian V jika Akta ini telah berkuat kuasa pada semua masa material, dia bolehlah dibicarakan seolah-olah Akta ini telah berkuat kuasa sedemikian.
(6) Jika sebaik sebelum hari yang ditetapkan mana-mana orang ditahan dalam perkhidmatan di bawah seksyen 66 Enakmen Askar Melayu atau di bawah seksyen 15 Ordinan Tentera Laut 1958, pada mengira tempoh yang dia boleh ditahan dan perkhidmatannya dipanjangkan di bawah peruntukan Akta ini yang bersamaan, hendaklah diambil kira tempoh yang dia telah ditahan sedemikian, atau perkhidmatannya dipanjangkan, di bawah peruntukan tersebut dalam Akta ini.
(7) Jika sebaik sebelum hari yang ditetapkan sesuatu proklamasi Yang di-Pertuan Agong dibuat di bawah perenggan 67(iv) Enakmen Askar Melayu berkuat kuasa ia hendaklah terus berkuat kuasa seolaholah ia dibuat di bawah peruntukan yang bersamaan Akta ini.
(8) Apa-apa perintah yang membenarkan pemberhentian kerja seseorang yang diberi sebelum hari yang ditetapkan oleh seseorang pegawai yang ditetapkan bagi maksud itu di bawah mana-mana daripada undang-undang bertulis yang dimansuhkan oleh Akta ini hendaklah disifatkan bagi maksud subseksyen 28(3) sebagai suatu perintah pihak berkuasa yang layak.
(9) Kuasa yang diberikan oleh Akta ini bagi memulangkan balik perkhidmatan yang dilucuthakkan dan meremitkan pelucuthakan dan potongan bolehlah dijalankan berhubung dengan perkhidmatan yang dilucuthakkan dan pelucuthakan dan potongan yang dikenakan di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang bertulis yang dimansuhkan oleh Akta ini.
(10) Apa-apa pelucuthakan atau potongan daripada gaji yang berkuat kuasa di bawah atau menurut kuasa mana-mana daripada undang-undang bertulis yang dimansuhkan oleh Akta ini sebaik sebelum hari yang ditetapkan hendaklah, tertakluk pada subseksyen terdahulu yang akhir disebut, terus berkuat kuasa pada atau selepas hari yang ditetapkan.
(11) Mana-mana perintah yang berkuat kuasa sebaik sebelum hari yang ditetapkan di bawah atau menurut kuasa peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang dimansuhkan oleh Akta ini yang bersamaan dengan seksyen 164 dan 165 hendaklah terus berkuat kuasa seolah-olah dibuat di bawah Akta ini, dan seksyen 166 hendaklah terpakai dengan sewajarnya.
(12) Apa-apa dokumen yang dibuat sebelum hari yang ditetapkan yang bolehlah diterima sebagai keterangan di bawah atau menurut kuasa peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang dimansuhkan oleh Akta ini, atau peruntukan itu sebagaimana yang terpakai oleh mana-mana enakmen lain, hendaklah diterima setakat
yang sama dan dalam prosiding yang sama pada atau selepas hari yang ditetapkan.
(13) Jika sebaik sebelum hari yang ditetapkan apa-apa perisytiharan atau pembaharuan berkuat kuasa di bawah seksyen 123 Enakmen Askar Melayu, ia hendaklah terus berkuat kuasa seolah-olah dibuat di bawah peruntukan yang bersamaan Akta ini.
Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).