(1) Where it appears to the competent authority that a serviceman is—
(a) a dangerous person of unsound mind; or
(b) a person of unsound mind requiring treatment in a mental hospital,
the competent authority may, if the authority thinks proper and on the recommendation of a medical officer, cause such serviceman to be discharged, and when discharged to be received in a Government mental hospital.
(2) Where it appears to the competent authority that a serviceman is neither a dangerous person of unsound mind nor a person of unsound mind requiring treatment in a mental hospital, the authority may, if the authority thinks proper and on the recommendation of a medical officer, cause such serviceman to be discharged and to be sent on his discharge to any place in Malaysia where he has one or more relatives or friends who are willing to take charge of him.
Malay text (authoritative)
Pemberhentian askar-lasykar yang tidak sempurna akal
(1) Jika ternyata pada pihak berkuasa yang layak bahawa seseorang askar-lasykar ialah—
(a) seorang tidak sempurna akal yang berbahaya; atau
(b) seorang tidak sempurna akal yang memerlukan rawatan dalam hospital mental,
pihak berkuasa yang layak boleh, jika difikirkannya patut dan atas syor seorang pegawai perubatan, menyebabkan askar-lasykar itu diberhentikan kerja, dan apabila diberhentikan kerja supaya dimasukkan ke dalam hospital mental Kerajaan.
(2) Jika ternyata pada pihak berkuasa yang layak bahawa seseorang askar-lasykar itu bukannya seorang tidak sempurna akal yang berbahaya dan juga bukan seorang tidak sempurna akal yang memerlukan rawatan dalam hospital mental, pihak berkuasa itu boleh, jika difikirkannya patut dan atas syor seorang pegawai perubatan, menyebabkan askar-lasykar itu diberhentikan kerja dan dihantar apabila diberhentikan kerja ke mana-mana tempat di Malaysia jika dia mempunyai seorang saudara atau sahabat atau lebih yang sudi menjaganya.
Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).