My bookmarksSign up free
← Armed Forces Act 1972

Armed Forces Act 1972 s 35

Armed Forces Act 1972 s 35

s 35 Validity of attestation, enlistment and re-engagement

(1) Where a person has made such declaration upon his attestation or re-engagement as may be prescribed and has thereafter received pay as a serviceman— (a) the validity of his enlistment or re-engagement shall not be called in question on the grounds of any error or omission in his attestation paper or application for re-engagement; (b) if within three months from the date on which he signed the said declaration he claims that his enlistment is invalid by reason of any non-compliance with the requirements of this Act or regulations made thereunder as to enlistment or re-engagement or any ground whatsoever (not being an error or omission in his attestation paper or application for re-engagement), the claim shall be submitted to the competent authority and if the claim is well founded the competent authority shall cause him to be discharged or his reengagement revoked, as the case may be, with all convenient speed; (c) subject to the provisions of the last foregoing paragraph he shall be deemed as from the expiration of three months from the date on which he made the said declaration to have been validly enlisted or re-engaged, as the case may be, notwithstanding any such non-compliance or other grounds as aforesaid; (d) notwithstanding any such non-compliance or other grounds as aforesaid, or the making of a claim in pursuance of paragraph (b), he shall be deemed to be a serviceman until his discharge. (2) Where a person has received pay as a serviceman without having previously made such declaration as aforesaid, then— (a) he shall be deemed to be a serviceman of the regular forces until discharged; and (b) he may claim his discharge at any time, and if he makes such claim, the claim shall be submitted as soon as may be to the competent authority who shall cause him to be discharged with all convenient speed. (3) Nothing in the foregoing provisions of this section shall be construed as prejudicing the determination of any question as to the term for which a person was enlisted or as preventing the discharge of a person who has not claimed his discharge.

Malay text (authoritative)

Kesahan pengakusaksian, pengambilan masuk dan pertugasan semula

(1) Jika seseorang telah membuat akuan yang ditetapkan pada masa pengakusaksiannya atau pertugasan semulanya dan kemudiannya telah menerima gaji sebagai seorang askar-lasykar— (a) sahnya pengambilan masuk atau pertugasan semulanya itu tidak boleh dipersoalkan atas alasan apa-apa kesilapan atau peninggalan dalam kertas pengakusaksiannya atau permohonannya untuk pertugasan semula; (b) jika dalam masa tiga bulan dari tarikh dia menandatangani akuan tersebut dia menuntut bahawa pengambilan masuknya itu tidak sah oleh sebab apa-apa ketidakpatuhan kehendak Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya mengenai pengambilan masuk atau pertugasan semula atau apa-apa alasan jua pun (iaitu bukan suatu kesilapan atau peninggalan dalam kertas pengakusaksiannya atau permohonannya untuk pertugasan semula), tuntutan itu hendaklah dihantar kepada pihak berkuasa yang layak dan jika tuntutan itu berasaskan sebab yang munasabah pihak berkuasa yang layak itu hendaklah menyebabkan dia diberhentikan kerja atau pertugasan semulanya dibatalkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dengan seberapa segera yang boleh; (c) tertakluk pada peruntukan perenggan terdahulu yang akhir disebut dia hendaklah disifatkan setelah tamat tempoh tiga bulan dari tarikh dia membuat akuan tersebut sebagai telah didaftarkan atau diambil bertugas semula dengan sahnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, walaupun apa-apa ketidakpatuhan atau alasan lain seperti yang disebut terdahulu; (d) walau apa pun apa-apa ketidakpatuhan atau alasan lain seperti yang disebut terdahulu, atau apa-apa tuntutan yang dibuat menurut perenggan (b), dia hendaklah disifatkan sebagai seorang askar-lasykar sehingga dia diberhentikan kerja. (2) Jika seseorang telah menerima gaji sebagai seorang askarlasykar tanpa terlebih dahulu membuat sesuatu akuan seperti yang disebut terdahulu— (a) dia hendaklah disifatkan sebagai seorang askar-lasykar dalam angkatan tetap sehingga diberhentikan kerja; dan (b) dia boleh menuntut supaya diberhentikan kerja pada bilabila masa, dan jika dia membuat tuntutan itu, tuntutan itu hendaklah dihantar dengan seberapa segera yang boleh kepada pihak berkuasa yang layak yang akan menyebabkan dia diberhentikan kerja dengan seberapa segera yang boleh. (3) Tiada apa-apa jua dalam peruntukan seksyen ini yang disebut terdahulu boleh ditafsirkan sebagai menyentuh keputusan mengenai apa-apa soal tentang tempoh seseorang telah diambil masuk atau sebagai menghalang pemberhentian kerja seseorang yang tidak menuntut supaya dia diberhentikan kerja.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 77 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next