My bookmarksSign up free
← Armed Forces Act 1972

Armed Forces Act 1972 s 5

Armed Forces Act 1972 s 5

s 5 Composition of regular forces

(1) The regular forces shall consist of such corps, ships, establishments and other components as the Armed Forces Council with the approval of the Yang di-Pertuan Agong may from time to time by order published in the Gazette constitute and establish. (2) Every corps, ship, establishment or other component constituted and established by order made under the provisions of the last foregoing subsection shall bear and be known by such name or title as the Armed Forces Council with the approval of the Yang di-Pertuan Agong may in such order designate. (3) Any reference in any written law to any corps, ship, establishment or other component constituted, established and named as aforesaid shall be construed as a reference to such corps, ship, establishment or other component or, as the context may require, to the members thereof. (4) A corps, establishment or other component shall consist of such units as may be determined by the Armed Forces Council from time to time. (5) The Armed Forces Council with the approval of the Yang di- Pertuan Agong may from time to time by order published in the Gazette do any of the following things, that is to say: (a) disband any corps, establishment or other component in whole or in part; (b) amalgamate any corps with any other corps or any establishment with any other establishment or any component with any other component; (c) strike off any ship from the register; or (d) alter or amend the name or title of any corps, ship, establishment or other component.

Malay text (authoritative)

Keanggotaan angkatan tetap

(1) Angkatan tetap hendaklah terdiri daripada kor, kapal, pasukan dan komponen lain sebagaimana yang diwujudkan dan ditubuhkan dari semasa ke semasa oleh Majlis Angkatan Tentera dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong melalui perintah yang disiarkan dalam Warta. (2) Tiap-tiap kor, kapal, pasukan atau komponen lain yang diwujudkan atau ditubuhkan melalui perintah yang dibuat di bawah peruntukan subseksyen terdahulu yang akhir disebut hendaklah mempunyai dan dikenali dengan nama atau gelaran sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis Angkatan Tentera dengan kelulusan Yang di- Pertuan Agong dalam perintah itu. (3) Apa-apa sebutan dalam mana-mana undang-undang bertulis mengenai mana-mana kor, kapal, pasukan atau komponen lain yang diwujudkan, ditubuhkan dan dinamakan seperti yang disebut terdahulu hendaklah ditafsirkan sebagai suatu sebutan mengenai kor, kapal, pasukan atau komponen lain itu atau, sebagaimana yang dikehendaki oleh konteksnya, mengenai anggotanya. (4) Sesuatu kor, pasukan atau komponen lain hendaklah terdiri daripada unit sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis Angkatan Tentera dari semasa ke semasa. (5) Majlis Angkatan Tentera, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, boleh dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta melakukan mana-mana daripada perkara yang berikut, iaitu: (a) membubarkan mana-mana kor, pasukan atau komponen lain itu keseluruhannya atau sebahagiannya; (b) menyatukan mana-mana kor dengan mana-mana kor lain atau mana-mana pasukan dengan mana-mana pasukan lain atau mana-mana komponen dengan mana-mana komponen lain; (c) memotong nama mana-mana kapal daripada daftar; atau (d) mengubah atau meminda nama atau gelaran mana-mana kor, kapal, pasukan atau komponen lain.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 77 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next