(1) Every person subject to service law under this Act who in such manner as to show wilful defiance of authority disobeys any lawful command of his superior officer shall, on conviction by courtmartial, be liable to imprisonment or any less punishment provided by this Act.
(2) Every person subject to service law under this Act who, whether wilfully or through neglect, disobeys any lawful command of his superior officer shall, on conviction by court-martial, be liable to imprisonment or any less punishment provided by this Act:
Provided that if the offence was not committed on active service, he shall not be liable to be imprisoned for more than two years.
Malay text (authoritative)
Tidak patuh kepada pegawai atasan
(1) Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang, dengan cara yang menunjukkan bantahan yang sengaja terhadap kuasa, tidak mematuhi apa-apa perintah yang sah daripada pegawai atasannya boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dipenjarakan atau dikenakan apaapa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.
(2) Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang, sama ada dengan sengaja atau oleh sebab keabaian, tidak mematuhi apa-apa perintah yang sah daripada pegawai atasannya boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dipenjarakan atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini:
Dengan syarat bahawa jika kesalahan itu tidak dilakukan dalam perkhidmatan giat, dia tidak boleh dipenjarakan selama tempoh melebihi dua tahun.
Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).