My bookmarksSign up free
← Armed Forces Act 1972

Armed Forces Act 1972 s 54

Armed Forces Act 1972 s 54

s 54 Desertion

(1) Every person subject to service law under this Act who— (a) deserts; or (b) persuades, endeavours to persuade, procures or attempts to procure any person subject to service law under this Act to desert, shall, on conviction by court-martial, be liable to imprisonment or any less punishment provided by this Act: Provided that a person shall not be liable to be imprisoned for more than two years unless— (i) if the offence was against paragraph (a), he was on active service or under orders for active service at the time when it was committed; or (ii) if the offence was against paragraph (b), the person in relation to whom it was committed was on active service or under orders for active service at that time. (2) For the purposes of this Act a person deserts who— (a) leaves His Majesty’s Service, or when it is his duty to do so, fails to join or rejoin His Majesty’s Service, with (in either case) the intention, either subsisting at the time of the leaving or failure or formed thereafter, of remaining permanently absent from his duty; (b) absents himself without leave with intent to avoid serving at any place overseas or to avoid service or any particular service when before the enemy; (c) in the case of a sailor having been warned that his vessel is under sailing orders, is absent without proper authority, with the intention of missing that vessel; or (d) being an officer enlists in or enters any of the armed forces without having been relieved of his commission, or being a serviceman enlists in or enters any of the armed forces without having been discharged from his previous enlistment, and references in this Act to desertion shall be construed accordingly. (3) In addition to or in lieu of any punishment provided by subsection (1), the court-martial by whom a serviceman is convicted of desertion may direct that the whole or any part of his service previous to the period as respects which he is convicted of having been a deserter shall be forfeited.

Malay text (authoritative)

Tinggal tugas

(1) Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang— (a) meninggalkan tugas; atau (b) memujuk, berusaha untuk memujuk, mendapatkan atau cuba untuk mendapatkan mana-mana orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini supaya meninggalkan tugas, boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dipenjarakan atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini: Dengan syarat bahawa seseorang tidak boleh dipenjarakan selama tempoh lebih daripada dua tahun melainkan— (i) jika kesalahan itu terhadap perenggan (a), dia telah berada dalam perkhidmatan giat atau di bawah perintah supaya menjalankan perkhidmatan giat pada masa kesalahan itu dilakukan; atau (ii) jika kesalahan itu terhadap perenggan (b), orang yang berkenaan dengannya kesalahan itu telah dilakukan telah berada dalam perkhidmatan giat atau di bawah perintah supaya menjalankan perkhidmatan giat pada masa itu. (2) Bagi maksud Akta ini seseorang meninggalkan tugas jika dia— (a) meninggalkan Perkhidmatan Seri Paduka Baginda, atau apabila menjadi kewajipannya untuk berbuat demikian, tidak masuk atau tidak masuk semula dalam Perkhidmatan Seri Paduka Baginda, dengan (dalam mana-mana satu hal itu) niat, sama ada yang wujud pada masa dia meninggalkan atau tidak masuk atau tidak masuk semula dalam Perkhidmatan Seri Paduka Baginda itu ataupun yang terbentuk kemudiannya, hendak meninggalkan kewajipannya buat selama-lamanya; (b) tidak hadir tanpa cuti dengan niat hendak menghindarkan daripada berkhidmat di mana-mana tempat luar negeri atau untuk menghindar perkhidmatan atau mana-mana perkhidmatan tertentu apabila berhadapan dengan musuh; (c) sebagai seorang kelasi yang telah diberi amaran bahawa veselnya di bawah perintah untuk belayar, tidak hadir tanpa kebenaran yang sepatutnya, dengan niat supaya vesel itu meninggalkannya; atau (d) sebagai seorang pegawai, yang diambil masuk ke dalam atau memasuki mana-mana angkatan tentera tanpa dilucutkan tauliahnya terlebih dahulu, atau sebagai seorang askar-lasykar yang diambil masuk ke dalam atau memasuki mana-mana angkatan tentera tanpa diberhentikan kerja terlebih dahulu daripada pengambilan masuknya yang dahulu, dan sebutan dalam Akta ini mengenai tinggal tugas hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya. (3) Sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti apa-apa hukuman yang diperuntukkan oleh subseksyen (1), mahkamah tentera yang mensabitkan askar-lasykar itu atas kesalahan tinggal tugas boleh mengarahkan supaya dilucut hak kesemua atau mana-mana bahagian daripada perkhidmatannya sebelum dari tempoh yang mengenainya dia telah disabitkan atas kesalahan tinggal tugas itu.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 77 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next