Armed Forces Act 1972 s 61
s 61 Offences in relation to public and service property
Every person subject to service law under this Act who—
(a) steals or fraudulently misapplies any public or service property or is concerned in or connives at the stealing or fraudulent misapplication of any public or service property;
(b) receives or retains in his possession any public or service property knowing it to have been stolen or to have been fraudulently misapplied or obtained by the commission of any offence against this Act;
(c) wilfully damages or is concerned in the damage of any public or service property; or
(d) by wilful neglect causes damage by fire to any public or service property,
shall, on conviction by court-martial, be liable to imprisonment or any less punishment provided by this Act.
Malay text (authoritative)
Kesalahan berhubung dengan harta awam dan harta perkhidmatan
Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang—
(a) mencuri atau menyalahgunakan secara fraud apa-apa harta awam atau harta perkhidmatan atau ada bersangkut-paut dengan kecurian atau membiarkan kecurian atau penyalahgunaan secara fraud apa-apa harta awam atau harta perkhidmatan;
(b) menerima atau menyimpan dalam milikannya apa-apa harta awam atau harta perkhidmatan dengan mengetahui bahawa harta itu telah dicuri atau telah disalahgunakan secara fraud atau telah diperoleh dengan melakukan apaapa kesalahan terhadap Akta ini;
(c) dengan sengaja merosakkan atau ada bersangkut-paut dengan kerosakan apa-apa harta awam atau harta perkhidmatan; atau
(d) dengan keabaian yang disengajakan menyebabkan apa-apa harta awam atau harta perkhidmatan dirosakkan oleh kebakaran,
boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dipenjarakan atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.
Read this section in the full act → · Open Part V →
Find Act 77 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).