My bookmarksSign up free
← Armed Forces Act 1972

Armed Forces Act 1972 s 63

Armed Forces Act 1972 s 63

s 63 Miscellaneous offences relating to property

Every person subject to service law under this Act who— (a) loses or by negligence damages any public or service property of which he has the charge or which has been entrusted to his care or which forms part of the property of which he has the charge or which has been entrusted to his care; (b) by negligence causes damage by fire to any public or service property; (c) loses, or by negligence damages, any clothing, arms, ammunition or other equipment issued to him for his use for service purposes; (d) fails to take proper care of any animal or bird used in the public service which is in his charge; or (e) makes away with or disposes of (whether by pawning, selling, destroying or in any other way) any service decoration granted to him or any clothing, arms, ammunition or other equipment issued to him for his use for service purposes, shall, on conviction by court-martial, be liable to imprisonment for a term not exceeding two years or any less punishment provided by this Act: Provided that it shall be a defence for any person charged under this section with losing any property, clothing, arms, ammunition or other equipment that he took reasonable steps for the care and preservation thereof. Offences Relating to, and by, Persons in Custody

Malay text (authoritative)

Kesalahan pelbagai yang berhubungan dengan harta

Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang— (a) menghilangkan atau dengan cuai merosakkan apa-apa harta awam atau harta perkhidmatan yang dia bertanggungjawab menjaganya atau yang telah diamanahkan di bawah jagaannya atau yang menjadi sebahagian daripada harta yang dia bertanggungjawab menjaganya atau yang telah diamanahkan di bawah jagaannya; (b) dengan cuai menyebabkan apa-apa harta awam atau harta perkhidmatan dirosakkan oleh kebakaran; (c) menghilangkan, atau dengan cuai merosakkan apa-apa pakaian, senjata, peluru atau alat kelengkapan lain yang dikeluarkan untuk kegunaannya bagi maksud perkhidmatan; (d) tidak menjaga dengan sepatutnya mana-mana binatang atau burung yang digunakan dalam perkhidmatan awam yang berada dalam jagaannya; atau (e) menghapuskan atau melupuskan (sama ada dengan cara menggadai, menjual, membinasakan atau dengan apa-apa cara lain) apa-apa bintang perkhidmatan yang dikurniakan kepadanya atau apa-apa pakaian, senjata, peluru atau alat kelengkapan lain yang dikeluarkan untuk kegunaannya bagi maksud perkhidmatan, boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini: Dengan syarat bahawa menjadi suatu pembelaan bagi mana-mana orang yang dipertuduh di bawah seksyen ini kerana menghilangkan apa-apa harta, pakaian, senjata, peluru atau alat kelengkapan lain bahawa dia telah mengambil langkah yang munasabah untuk menjaga dan memeliharanya. Kesalahan yang Berhubungan dengan, dan oleh, Orang dalam Jagaan

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 77 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next