My bookmarksSign up free
← Armed Forces Act 1972

Armed Forces Act 1972 s 66

Armed Forces Act 1972 s 66

s 66 Resistance to arrest

(1) Every person subject to service law under this Act who, being concerned in any quarrel or disorder, refuses to obey any officer who orders him into arrest, or strikes or otherwise uses violence to, or offers violence to, any such officer shall be guilty of an offence against this section whether or not the officer is his superior officer. (2) Every person subject to service law under this Act who strikes or otherwise uses violence to, or offers violence to, any person, whether subject to service law under this Act or not, whose duty it is to apprehend him or in whose custody he is, shall be guilty of an offence against this section. (3) Every person guilty of an offence under this section shall, on conviction by court-martial, be liable to imprisonment for a term not exceeding two years or any less punishment provided by this Act.

Malay text (authoritative)

Menentang penangkapan

(1) Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang, bersangkut-paut dalam sesuatu pergaduhan atau kekacauan, enggan mematuhi mana-mana pegawai yang memerintahkannya supaya ditangkap, atau memukul atau selainnya menggunakan kekerasan, atau mengancam hendak menggunakan kekerasan, terhadap mana-mana pegawai itu melakukan suatu kesalahan terhadap seksyen ini sama ada pegawai itu ialah pegawai atasannya atau tidak. (2) Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang memukul atau selainnya menggunakan kekerasan, atau mengancam hendak menggunakan kekerasan, terhadap mana-mana orang, sama ada tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini atau tidak, yang menjadi tugas orang itu untuk memberkasnya atau yang di bawah jagaan orang itu dia berada, melakukan suatu kesalahan terhadap seksyen ini. (3) Tiap-tiap orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 77 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next