My bookmarksSign up free
← Armed Forces Act 1972

Armed Forces Act 1972 s 97

Armed Forces Act 1972 s 97

s 97 Further proceedings on charges against an appointed officer, servicemen and volunteers below the rank of warrant officer

(1) The following provisions of this section shall have effect where the commanding officer has investigated a charge against an appointed officer or against a serviceman or volunteer (when subject to service law under this Act) below the rank of warrant officer. (2) If— (a) the charge is not one which can be dealt with summarily and the commanding officer has not dismissed it; or (b) the charge is one which can be dealt with summarily but the commanding officer is of the opinion that it should not be so dealt with, he shall take the prescribed steps with a view to the charge being tried by court-martial. (3) In any other case, the commanding officer shall proceed to deal with the charge summarily; and if he records a finding of guilty he may, subject to subsection (4), award one or more of the following punishments, that is to say: (a) detention for a period not exceeding ninety days, or if the accused being a non-commissioned officer or private or its equivalent is on active service, field punishment not exceeding ninety days: Provided that— (i) a punishment of detention or field punishment awarded by a commanding officer to a noncommissioned officer shall not be carried into effect until it has been approved by an approving authority and only to the extent so approved; (ii) where a commanding officer awards more than twenty-eight days’ detention or field punishment, the portion in excess of twenty-eight days shall be effective only if approved by, and to the extent approved by, an approving authority; (b) reduction to the ranks or any less reduction in rank or disrating to a rank not lower than a private or its equivalent in the Army, able rate in the Navy or aircraftman I in the Air Force, as the case may be, but, except as provided in subsections (5) and (6), a punishment of reduction to the ranks or any less reduction in rank or disrating to a rank not lower than a private or its equivalent in the Army, able rate in the Navy or aircraftman I in the Air Force, as the case may be, imposed by a commanding officer shall be effective only if approved by, and to the extent approved by, an approving authority; (c) a fine; (d) if the accused is an appointed officer or non-commissioned officer, severe reprimand or reprimand; (e) forfeiture of good conduct badges, but where such forfeiture will entail the forfeiture of a long service and good conduct medal, a punishment of forfeiture of good conduct badges shall be effective only if approved by an approving authority; (f) where the offence has occasioned any expense, loss or damage, stoppages; (g) any minor punishments for the time being authorized in regulations made under this Part: Provided that no fine or minor punishment shall be awarded for an offence for which detention is awarded, and that no fine shall be awarded for an offence for which field punishment is awarded. (4) If the accused is an appointed officer the commanding officer shall not award any punishment other than those set out in paragraphs (c), (d), (f) and (g) of the last foregoing subsection. (5) Where the accused is a lance corporal or lance bombardier, and the commanding officer finds him guilty, the commanding officer may, if he awards no other punishment or no other punishment except stoppages, order the accused to be reduced to the ranks. (6) Where the accused is an acting warrant officer or acting noncommissioned officer, and the commanding officer finds him guilty, the commanding officer may, if he awards no other punishment or no other punishment except stoppages, order the accused to revert to his permanent rank or rate. (7) Where a non-commissioned officer is awarded any period of detention or field punishment, he shall also be ordered to be reduced to the ranks or to be disrated to a grade lower than that of leading rating, as the case may be: Provided that, if the commanding officer fails to order him to be so reduced, the sentence of the commanding officer shall not be invalid but shall be deemed to include a sentence of reduction to the ranks or of disrating to a grade lower than that of leading rating as the case may be. (8) Where a commanding officer awards a fine as a punishment for drunkenness, the amount of the fine shall not exceed thirty ringgit. (9) Notwithstanding anything contained in subsection (3), where the commanding officer has determined that the accused is guilty and if the charge is dealt with summarily will award punishment other than severe reprimand, reprimand, fine or a minor punishment, or where a finding of guilty (whatever the punishment awarded) will involve a forfeiture of pay (other than a fine), the commanding officer shall not record a finding until after affording the accused an opportunity of electing to be tried by court-martial; and if the accused so elects and does not subsequently, in accordance with regulations made under this Part withdraw his election, the commanding officer shall not record a finding of guilty but shall take the prescribed steps with a view to the charge being tried by court-martial. (10) In this section “approving authority” means any officer not below the rank of colonel or its equivalent designated by the Armed Forces Council as an approving authority for the purposes of this section. (11) Where a charge is one that can be dealt with summarily, but the commanding officer has taken steps with a view to its being tried by court-martial, any higher authority to whom the charge is referred may refer the charge back to the commanding officer to be dealt with summarily; and on any such reference the commanding officer shall dispose of the charge as if he had originally been of the opinion that the charge should be dealt with summarily: Provided that a charge shall not be referred back where the accused has elected to be tried by court-martial and has not withdrawn his election.

Malay text (authoritative)

Prosiding selanjutnya mengenai pertuduhan terhadap pegawai dilantik, askar-lasykar dan anggota sukarela yang berpangkat rendah daripada pegawai waran

(1) Peruntukan yang berikut dalam seksyen ini hendaklah berkuat kuasa jika pegawai memerintah itu telah menyiasat pertuduhan terhadap seseorang pegawai dilantik, atau terhadap seseorang askarlasykar atau anggota sukarela (apabila tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini) yang berpangkat rendah daripada pegawai waran. (2) Jika— (a) pertuduhan itu bukan suatu pertuduhan yang boleh dibicarakan terus dan pegawai memerintah tidak menolaknya; atau (b) pertuduhan itu ialah suatu pertuduhan yang boleh dibicarakan terus tetapi pegawai memerintah berpendapat bahawa pertuduhan itu tidak boleh dibicarakan sedemikian, dia hendaklah mengambil langkah yang ditetapkan dengan tujuan supaya pertuduhan itu dibicarakan oleh mahkamah tentera. (3) Dalam apa-apa hal lain, pegawai memerintah hendaklah meneruskan untuk membicarakan terus pertuduhan itu; dan jika dia merekodkan suatu dapatan bersalah dia boleh, tertakluk pada peruntukan subseksyen (4), menjatuhkan satu hukuman atau lebih daripada hukuman yang berikut, iaitu: (a) tahanan selama tempoh tidak melebihi sembilan puluh hari, atau jika tertuduh itu seorang pegawai tidak bertauliah atau prebet atau yang setaraf dengannya yang berada dalam perkhidmatan giat, hukuman medan yang tidak melebihi sembilan puluh hari: Dengan syarat bahawa— (i) sesuatu hukuman tahanan atau hukuman medan yang dijatuhkan oleh pegawai memerintah ke atas seseorang pegawai tidak bertauliah tidak boleh dijalankan sehingga hukuman itu telah diluluskan oleh sesuatu pihak berkuasa yang meluluskan dan hanya setakat yang diluluskan sedemikian; (ii) jika seseorang pegawai memerintah menjatuhkan hukuman tahanan atau hukuman medan selama tempoh melebihi dua puluh lapan hari, bahagian yang lebih daripada dua puluh lapan hari itu hendaklah berkuat kuasa hanya jika diluluskan oleh, dan setakat yang diluluskan oleh, sesuatu pihak berkuasa yang meluluskan; (b) penurunan ke pangkat biasa atau apa-apa penurunan pangkat yang lebih rendah atau penurunan taraf, ke suatu pangkat yang tidak rendah daripada prebet atau yang setaraf dengannya dalam Tentera Darat, lasykar kelas 1 dalam Tentera Laut atau lasykar udara 1 dalam Tentera Udara, mengikut mana-mana yang berkenaan, tetapi, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (5) dan (6), sesuatu hukuman supaya diturunkan ke pangkat biasa atau apa-apa penurunan pangkat yang lebih rendah atau penurunan taraf yang dikenakan oleh seseorang pegawai memerintah hendaklah berkuat kuasa hanya jika diluluskan oleh, dan setakat yang diluluskan oleh, pihak berkuasa yang meluluskan; (c) denda; (d) jika tertuduh itu seorang pegawai dilantik atau pegawai tidak bertauliah, amaran keras atau amaran; (e) pelucuthakan lencana kelakuan baik, tetapi jika pelucuthakan itu mengakibatkan pelucuthakan pingat perkhidmatan lama dan kelakuan baik, sesuatu hukuman pelucutan lencana kelakuan baik hendaklah berkuat kuasa hanya jika diluluskan oleh sesuatu pihak berkuasa yang meluluskan; (f) jika kesalahan itu telah menyebabkan apa-apa perbelanjaan, kerugian atau kerosakan, tahanan gaji; (g) apa-apa hukuman ringan yang dibenarkan pada masa ini dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Bahagian ini: Dengan syarat bahawa tiada denda atau hukuman ringan boleh dikenakan bagi sesuatu kesalahan yang dikenakan hukuman tahanan, dan tiada denda boleh dikenakan bagi sesuatu kesalahan yang dikenakan hukuman medan. (4) Jika tertuduh seorang pegawai dilantik, pegawai memerintah tidak boleh menjatuhkan apa-apa hukuman selain hukuman yang dinyatakan dalam perenggan (c), (d), (f ) dan (g) subseksyen terdahulu yang akhir disebut. (5) Jika tertuduh seorang lans koperal atau lans koperal meriam dan pegawai memerintah mendapatinya bersalah, pegawai memerintah boleh, jika dia tidak menjatuhkan apa-apa hukuman lain atau tiada apaapa hukuman lain kecuali tahanan gaji, memerintahkan tertuduh itu supaya diturunkan ke pangkat biasa. (6) Jika tertuduh seorang pemangku pegawai waran atau pemangku pegawai tidak bertauliah, dan pegawai memerintah mendapatinya bersalah, pegawai memerintah itu boleh, jika dia tidak menjatuhkan apa-apa hukuman lain atau tiada apa-apa hukuman lain kecuali tahanan gaji, memerintahkan tertuduh itu kembali ke pangkat atau taraf tetapnya. (7) Jika seseorang pegawai tidak bertauliah dijatuhi apa-apa tempoh hukuman tahanan atau hukuman medan, dia hendaklah juga diperintahkan supaya diturunkan ke pangkat biasa atau diturunkan taraf hingga ke gred yang lebih rendah daripada taraf lasykar kanan, mengikut mana-mana yang berkenaan: Dengan syarat bahawa, jika pegawai memerintah tidak memerintahkannya supaya diturunkan pangkat sedemikian, hukuman pegawai memerintah itu sah tetapi hendaklah disifatkan termasuk suatu hukuman penurunan ke pangkat biasa atau penurunan taraf hingga ke gred yang lebih rendah daripada gred lasykar kanan, mengikut mana-mana yang berkenaan. (8) Jika seseorang pegawai memerintah mengenakan denda sebagai suatu hukuman bagi kesalahan mabuk, jumlah denda itu tidak boleh melebihi tiga puluh ringgit. (9) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam subseksyen (3), jika pegawai memerintah telah memutuskan bahawa tertuduh itu bersalah dan jika pertuduhan itu telah dibicarakan terus dia hendaklah menjatuhkan hukuman lain selain amaran keras, amaran, denda atau hukuman ringan, atau jika dapatan bersalah itu (walau apa jua pun hukuman yang dijatuhkan) akan melibatkan pelucuthakan gaji (selain denda), pegawai memerintah tidak boleh merekodkan sesuatu dapatan sehingga tertuduh itu telah diberi peluang memilih supaya dibicarakan oleh mahkamah tentera; dan jika tertuduh memilih sedemikian dan tidak menarik balik pilihannya kemudiannya mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Bahagian ini, pegawai memerintah itu tidak boleh merekodkan sesuatu dapatan bersalah tetapi hendaklah mengambil langkah yang ditetapkan dengan tujuan supaya pertuduhan itu dibicarakan oleh mahkamah tentera. (10) Dalam seksyen ini “pihak berkuasa yang meluluskan” ertinya mana-mana pegawai yang berpangkat tidak rendah daripada kolonel atau yang setaraf dengannya yang ditetapkan oleh Majlis Angkatan Tentera sebagai pihak berkuasa yang meluluskan bagi maksud seksyen ini. (11) Jika sesuatu pertuduhan itu ialah suatu pertuduhan yang boleh dibicarakan terus, tetapi pegawai memerintah telah mengambil langkah dengan tujuan supaya pertuduhan itu dibicarakan oleh mahkamah tentera, mana-mana pihak berkuasa yang lebih tinggi yang kepadanya pertuduhan itu telah dirujukkan boleh merujukkan kembali pertuduhan itu kepada pegawai memerintah supaya dibicarakan terus; dan apabila rujukan sedemikian itu dilakukan pegawai memerintah itu hendaklah membicarakan pertuduhan itu seolah-olah dari mula dia berpendapat bahawa pertuduhan itu patut dibicarakan terus: Dengan syarat bahawa sesuatu pertuduhan tidak boleh dirujukkan kembali jika tertuduh telah memilih supaya pertuduhan itu dibicarakan oleh mahkamah tentera dan tidak menarik balik pilihannya.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 77 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next