s 2 Interpretation
In this Act, unless the context otherwise requires—
“Director General of Immigration” means the Director General of Immigration appointed under section 3 of the Immigration Act 1959/63 [Act 155];
“listed terrorist organization” means any specified entity declared under sections 66b and 66c of the Anti-Money Laundering, Anti- Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001 [Act 613];
“Minister” means the Minister charged with the responsibility for home affairs;
“property” means—
(a) assets of every kind, whether corporeal or incorporeal, moveable or immovable, tangible or intangible, however acquired; or
(b) legal documents or instruments in any form, including electronic or digital, evidencing title to, or interest in, such assets, including currency, bank credits, deposits and other financial resources, traveller’s cheques, bank cheques, money orders, capital market products, drafts and letters of credit,
whether situated within or outside Malaysia, and includes a legal or equitable interest, whether full or partial, in any such property;
“terrorist act” has the same meaning assigned to it by the Penal Code [Act 574];
“travel document” means a passport or any form of valid document of identity issued by any government for the purpose of travel across international boundaries.
Malay text (authoritative)
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“dokumen perjalanan” ertinya suatu pasport atau apa-apa bentuk dokumen pengenalan diri yang sah yang dikeluarkan oleh mana-mana kerajaan bagi maksud perjalanan merentasi sempadan antarabangsa;
“harta” ertinya—
(a) tiap-tiap jenis aset, sama ada yang zahir atau tidak zahir, harta alih atau tak alih, yang ketara atau tidak ketara, walau bagaimanapun diperoleh; atau
(b) dokumen atau surat cara undang-undang dalam apa-apa bentuk, termasuk elektronik atau digital, yang menjadi keterangan tentang hakmilik, atau kepentingan mengenai, aset itu, termasuk mata wang, kredit bank, deposit dan sumber kewangan yang lain, cek kembara, cek bank, kiriman wang, produk pasaran modal, draf dan surat kredit,
sama ada terletak di dalam atau di luar Malaysia, dan termasuklah kepentingan di sisi undang-undang atau ekuiti, sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya, mengenai mana-mana harta itu;
“Ketua Pengarah Imigresen” ertinya Ketua Pengarah Imigresen yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155];
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal dalam negeri;
“organisasi pengganas tersenarai” ertinya mana-mana entiti ditentukan yang diisytiharkan di bawah seksyen 66b dan 66c Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613];
“perbuatan keganasan” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya oleh Kanun Keseksaan [Akta 574].