Malaysian Aviation Commission Act 2015 s 20
Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.
s 20 Delegation of the Commission’s functions and powers
(1) The Commission may, in writing, delegate its functions and powers which relate to operational matters only to—
(a) a member of the Commission; or
(b) a committee.
(2) The Commission may delegate to a member of the Commission or a committee, as the case may be, the authority to sanction expenditure from the Fund or the Public Service Fund or any other moneys vested in and under the control of the Commission up to such limit as the Commission shall specify.
(3) A member of the Commission or committee delegated with such function or power under subsection (1) or (2) shall be bound to observe and have regard to all conditions and restrictions imposed by the Commission and all requirements, procedures and matters specified by the Commission.
(4) Any function or power delegated under this section shall be performed and exercised in the name and on behalf of the Commission.
(5) A delegation under this section shall not preclude the Commission itself from performing or exercising at any time any of the delegated functions or powers.
Malay text (authoritative)
Pewakilan fungsi dan kuasa Suruhanjaya
(1) Suruhanjaya boleh, secara bertulis, mewakilkan fungsi dan kuasanya yang berhubungan dengan perkara operasi sahaja kepada―
(a) seorang anggota Suruhanjaya; atau
(b) suatu jawatankuasa.
(2) Suruhanjaya boleh mewakilkan kepada seorang anggota Suruhanjaya atau suatu jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan, kuasa untuk membenarkan perbelanjaan daripada
Kumpulan Wang atau Kumpulan Wang Perkhidmatan Awam atau apaapa wang lain yang terletak hak pada dan di bawah kawalan Suruhanjaya sehingga apa-apa takat yang dinyatakan oleh Suruhanjaya.
(3) Seseorang anggota Suruhanjaya atau sesuatu jawatankuasa yang diwakilkan dengan apa-apa fungsi atau kuasa di bawah subseksyen (1) atau (2) hendaklah terikat untuk mematuhi dan mengambil kira segala syarat dan sekatan yang dikenakan oleh Suruhanjaya dan segala kehendak, tatacara dan perkara yang dinyatakan oleh Suruhanjaya.
(4) Apa-apa fungsi atau kuasa yang diwakilkan di bawah seksyen ini hendaklah dilaksanakan dan dijalankan atas nama dan bagi pihak Suruhanjaya.
(5) Sesuatu pewakilan di bawah seksyen ini tidaklah menghalang Suruhanjaya sendiri daripada melaksanakan atau menjalankan pada bila-bila masa mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan.
Read this section in the full act → · Open Part III →
Find Act 771 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 August 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).