My bookmarksSign up free
← Malaysian Aviation Commission Act 2015

Malaysian Aviation Commission Act 2015 s 5

Malaysian Aviation Commission Act 2015 s 5

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

s 5 Membership of the Commission

(1) The Commission shall consist of the following members: (a) the Executive Chairman who shall be appointed by the Prime Minister; (b) two representatives of the Federal Government consisting of— (i) the Secretary General of the Ministry of Transport; and (ii) the Director General of the Economic Planning Unit of the Prime Minister’s Department; and (c) not less than four but not more than six other members who shall be appointed by the Minister after consultation with the Prime Minister, and who, in the opinion of the Minister, have experience or shown capacity and professionalism in matters relating to economics, finance, aviation, business, administration, law or any other matter relevant to the functions of the Commission. (2) The Executive Chairman shall be a person who, in the opinion of the Prime Minister, has experience, shown capacity and professionalism in matters relating to economics, finance, aviation, business or administration relevant to the functions of the Commission. (3) No person shall be a member of the Commission if he— (a) holds office or employment in or relating to aviation services; (b) is involved in any business or other activity carried on for the purpose of gain in or relating to aviation services; or (c) is or becomes involved in any activity which may interfere with his independence in discharging his duties. (4) Without prejudice to subsection (3), any member of the Commission, other than the members specified in paragraph 5(1)(b), shall not, while being a member of the Commission, hold any other office or employment, whether remunerated or not, without the prior written approval of the Prime Minister.

Malay text (authoritative)

Keanggotaan Suruhanjaya

(1) Suruhanjaya hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut: (a) Pengerusi Eksekutif yang hendaklah dilantik oleh Perdana Menteri; (b) dua orang wakil Kerajaan Persekutuan yang terdiri daripada― (i) Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan; dan (ii) Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri; dan (c) tidak kurang daripada empat tetapi lebih daripada enam orang anggota lain yang hendaklah dilantik oleh Menteri selepas berunding dengan Perdana Menteri, dan yang, pada pendapat Menteri, mempunyai pengalaman atau menunjukkan keupayaan dan profesionalisme dalam perkara yang berhubungan dengan ekonomi, kewangan, penerbangan, perniagaan, pentadbiran, undang-undang atau apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan fungsi Suruhanjaya. (2) Pengerusi Eksekutif hendaklah merupakan seorang yang, pada pendapat Perdana Menteri, mempunyai pengalaman, menunjukkan keupayaan dan profesionalisme dalam perkara yang berhubungan dengan ekonomi, kewangan, penerbangan, perniagaan atau pentadbiran yang berkaitan dengan fungsi Suruhanjaya. (3) Tiada seorang pun boleh menjadi anggota Suruhanjaya jika dia― (a) memegang jawatan atau pekerjaan dalam atau yang berhubungan dengan perkhidmatan penerbangan; (b) terlibat dalam apa-apa perniagaan atau aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud keuntungan dalam atau yang berhubungan dengan perkhidmatan penerbangan; atau (c) terlibat atau menjadi terlibat dalam apa-apa aktiviti yang boleh menjejaskan kebebasannya dalam menunaikan kewajipannya. (4) Tanpa menjejaskan subseksyen (3), mana-mana anggota Suruhanjaya, selain anggota yang dinyatakan dalam perenggan 5(1)(b), tidak boleh, selama dia menjadi anggota Suruhanjaya, memegang apa-apa jawatan atau pekerjaan lain, sama ada yang dibayar saraan atau tidak, tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Perdana Menteri.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 771 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 August 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next