Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.
s 69 Consumer code
(1) The Commission may prescribe a consumer code to be published in the Gazette which may include requirements on minimum policies and practices for–
(a) reasonably meeting consumer requirements;
(b) the handling of consumer complaints and compensation of consumers in case of a breach of the consumer code;
(c) raising consumer awareness including the provision of information to consumers regarding aviation services, charges and minimum service levels and standards of performance;
(d) the protection of consumer information;
(da) the determination of fees or charges imposed on consumers by providers of aviation services; and
(e) any other matters of concern to consumers.
(2) In the preparation and any subsequent amendment of the consumer code under subsection (1), the Commission shall consult the stakeholders including airlines, aerodrome operators and other relevant bodies and organizations in the civil aviation industry.
(3) A person who provides any aviation service shall comply with the consumer code.
(4) The Commission may impose a financial penalty for any non-compliance an amount not exceeding two hundred thousand ringgit, and in the case of a second or subsequent non-compliance, an amount ten times of the financial penalty which was imposed for the first non-compliance.
Malay text (authoritative)
Kod pengguna
(1) Suruhanjaya boleh menetapkan suatu kod pengguna yang hendaklah disiarkan dalam Warta yang boleh termasuk kehendak mengenai dasar dan amalan minimum bagi—
(a) memenuhi dengan munasabahnya kehendak pengguna;
(b) pengendalian aduan pengguna dan pampasan pengguna dalam hal pelanggaran kod pengguna;
(c) meningkatkan kesedaran pengguna termasuklah pengadaan maklumat kepada pengguna mengenai perkhidmatan penerbangan, caj dan tahap perkhidmatan dan standard pelaksanaan yang minimum;
(d) perlindungan maklumat pengguna;
(da) penentuan fi atau caj yang dikenakan ke atas pengguna oleh penyedia perkhidmatan penerbangan; dan
(e) apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan pengguna.
(2) Dalam penyediaan dan apa-apa pindaan kod pengguna yang berikutnya di bawah subseksyen (1), Suruhanjaya hendaklah berunding dengan pihak berkepentingan termasuklah syarikat penerbangan, pengendali aerodrom dan badan dan organisasi yang berkaitan yang lain dalam industri penerbangan awam.
(3) Seseorang yang memberikan apa-apa perkhidmatan penerbangan hendaklah mematuhi kod pengguna.
(4) Suruhanjaya boleh mengenakan penalti kewangan bagi apa-apa ketidakpatuhan sebanyak suatu amaun yang tidak melebihi dua ratus ribu ringgit, dan dalam hal ketidakpatuhan kedua atau berikutnya, suatu amaun sepuluh kali daripada penalti kewangan yang dikenakan bagi ketidakpatuhan yang pertama.
Text as at 1 August 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).