Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.
s 81 Power to require information
(1) The authorized officer may make an order under subsection
(2) against any person if he has reasonable grounds to believe that that person—
(a) has any information or any document that is relevant to the performance of functions and powers under this Act; or
(b) is capable of giving any evidence which the authorized officer has reasonable grounds to believe that the evidence is relevant to the performance of functions and powers under this Act.
(2) The order under subsection (1) may require the person—
(a) to give the authorized officer any such information;
(b) to produce to the Commission any such documents, whether in a physical form or in electronic media;
(c) to make copies of any such documents and to produce those copies to the Commission;
(d) if the person is an individual, to appear, at a private hearing, before the Commission at a time and place specified in the notice to give any evidence, either orally or in writing, and produce any such documents, whether in a physical form or in electronic media;
(e) if the person is a body corporate or a public body, to cause a competent officer of the body corporate or the public body to appear, at a private hearing, before the Commission at a time and place specified in the notice to give any such evidence, either orally or in writing, and produce any documents, whether in a physical form or in electronic media; or
(f) if the person is a partnership, to cause an individual who is a partner in the partnership or an employee of the partnership to appear, at a private hearing, before the Commission at a time and place specified in the notice to give any evidence, either orally or in writing, and produce any documents, whether in a physical form or in electronic media.
(3) The person so ordered under subsection (1) shall—
(a) provide the required information or documents within such time as specified in the order or such extended time as the Commission may grant; and
(b) ensure that the information or documents provided are true, accurate and complete and shall provide a representation to that effect, including a representation that he is not aware of any other information or document which would make the information or document provided untrue or misleading.
(4) A person who fails to comply with an order of the Commission under this section commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding five hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both.
Malay text (authoritative)
Kuasa untuk menghendaki maklumat
(1) Pegawai diberi kuasa boleh membuat suatu perintah di bawah subseksyen (2) terhadap mana-mana orang jika dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa orang itu—
(a) mempunyai apa-apa maklumat atau apa-apa dokumen yang berkaitan dengan pelaksanaan fungsi dan kuasa di bawah Akta ini; atau
(b) berupaya memberikan apa-apa keterangan yang pegawai diberi kuasa mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa keterangan itu berkaitan dengan pelaksanaan fungsi dan kuasa di bawah Akta ini.
(2) Perintah di bawah subseksyen (1) boleh menghendaki orang itu—
(a) untuk memberi pegawai diberi kuasa apa-apa maklumat itu;
(b) untuk mengemukakan kepada Suruhanjaya apa-apa dokumen, sama ada dalam bentuk fizikal atau perantara elektronik;
(c) untuk membuat salinan apa-apa dokumen dan mengemukakan salinan itu kepada Suruhanjaya;
(d) jika orang itu ialah seorang individu, untuk hadir, dalam suatu pendengaran tertutup, di hadapan Suruhanjaya pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan mana-mana dokumen itu, sama ada dalam bentuk fizikal atau perantara elektronik;
(e) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan atau badan awam, untuk menyebabkan pegawai berwibawa pertubuhan perbadanan atau badan awam itu supaya hadir, pada pendengaran tertutup, di hadapan Suruhanjaya pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen, sama ada dalam bentuk fizikal atau perantara elektronik; atau
(f) jika orang itu ialah suatu perkongsian, untuk menyebabkan seorang individu yang merupakan seorang pekongsi dalam perkongsian itu atau seorang pekerja dalam perkongsian itu supaya hadir, dalam suatu pendengaran tertutup di hadapan Suruhanjaya pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen, sama ada dalam bentuk fizikal atau perantara elektronik.
(3) Orang yang diperintahkan sedemikian di bawah subseksyen (1) hendaklah—
(a) memberikan maklumat atau dokumen yang dikehendaki dalam masa yang dinyatakan dalam perintah itu atau apaapa masa lanjutan yang diberikan oleh Suruhanjaya; dan
(b) memastikan bahawa maklumat atau dokumen yang diberikan adalah benar, tepat dan lengkap dan hendaklah memberikan suatu representasi mengenai hakikat itu, termasuklah representasi bahawa dia tidak tahu tentang apaapa maklumat atau dokumen lain yang mungkin menjadikan maklumat atau dokumen yang diberikan itu tidak benar atau mengelirukan.
(4) Seseorang yang tidak mematuhi perintah Suruhanjaya di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau keduaduanya.
Text as at 1 August 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).