LawPlayer
My bookmarks
← Animal Welfare Act 2015

Animal Welfare Act 2015 s 29

Animal Welfare Act 2015 s 29

Act no.
Act 772
Type
Act
Data synced
23 September 2026
Cite as
Animal Welfare Act 2015 [Act 772], s 29

s 29 Cruelty offences

(1) Any person who— (a) cruelly beats, kicks, overloads, tortures or terrifies any animals; (b) overrides or overdrives any animal, except for activities in relation to equestrian sports which is listed in the First Schedule of the Sports Development Act 1997 [Act 576]; (c) causes, procures or, being the owner, permits any animal to be so used; (d) being the owner of any animal or, being the person in charge of any animal in confinement, fails or neglects to provide such animal with sufficient food, drink or shelter; (e) by wantonly or unreasonably doing or omitting to do any act, causes any unnecessary pain or suffering, or, being the owner, permits any unnecessary pain or suffering to any animal; (f) causes, procures or, being the owner, permits any animal to be confined, conveyed, lifted or carried in such manner or position as to subject such animal to unnecessary pain or suffering; (g) employs, causes, procures or, being the owner, permits to be employed at any work or labour, any animal which in consequence of any disease, infirmity, wound or sore, or otherwise is unfit to be so employed; (h) mutilates any animal in any manner including ear cropping, tail docking, defanging, declawing, branding, piercing or debarking unless in the manner as determined and certified by a veterinary authority or a registered veterinary surgeon; (i) skins, roasts or kills any live animals for superstitious belief through a procedure which causes pain and suffering to the animals; (j) extracts any parts of any live animals through a procedure which causes pain and suffering to the animals for the purpose of getting skins, oils or other animal products; (k) dynamites, electrifies or poisons any streams, rivers or other water bodies for the purpose of killing, harvesting or catching animals; (l) keeps any animal chained or tethered by using a short or heavy chain or cord, or hobbles the legs of animal; (m) keeps or confines any animal in any cage or other receptacle which does not measure sufficiently in height, length and width to permit the natural movement of the animal; (n) offers for sale any animal which is suffering in pain by reason of mutilation, starvation, thirst, overcrowding or other ill-treatment; (o) possesses, without reasonable cause, any animal which is suffering in pain by reason of mutilation, starvation, thirst, overcrowding or other ill-treatment; (p) abandons any animal in circumstances which the animal is likely to suffer trauma, pain or suffering by reason of relocation, starvation, thirst, injury or illness; (q) being the owner of any animal, willfully or negligently causes any animal to go out unattended in any place while the animal is infected with infectious disease; (r) being the owner of animal, willfully or negligently causes any diseased, disabled or injured animal to die in any place; (s) causes, obtain or assists at the fighting or baiting of any animal, or keeps, uses, manages, or acts or assists in the management of any premises or place for the purpose of fighting or baiting any animal, or permits any premises or place to be so kept, managed or used, or receives or causes or obtains any person to receive, money for the admission of any person to such premises or place; (t) promotes or takes part in any shooting match or competition of which animals are released from captivity for the purpose of such shooting; or (u) organizes, participates, promotes or in any manner is associated with any sport or activity involving the use of animals, where such animals are subjected to cruelty, either during the sport or activity itself or while in training, commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine of not less than twenty thousand ringgit and not more than one hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not more than three years or to both. (2) Notwithstanding subsection (1), the following acts shall not constitute as an offence of cruelty: (a) any acts which the Board has determined to be accepted veterinary management procedures; (b) any baiting of any pest animals for the purposes of public health, disease control, population control and relocation for conservation done by any lawful authority or any person approved by the Board; or (c) feeding of animals as food for other animals in accordance with their natural eating habits.

Malay text (authoritative)

Kesalahan penganiayaan

(1) Mana-mana orang yang— (a) dengan kejamnya memukul, menyepak, melebihkan muatan, mendera atau menakutkan mana-mana haiwan; (b) terlebih naik atau terlebih tunggang mana-mana haiwan, kecuali untuk aktiviti yang berhubung dengan sukan ekuestrian yang disenaraikan di bawah Jadual Pertama kepada Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576]; (c) menyebabkan, memperoleh atau, sebagai pemunya, membenarkan mana-mana haiwan dipergunakan sedemikian; (d) sebagai pemunya mana-mana haiwan atau, sebagai penjaga mana-mana haiwan di dalam kurungan, tidak atau cuai untuk menyediakan makanan, minuman atau tempat perlindungan yang mencukupi untuk haiwan itu; (e) dengan kejamnya atau secara tidak munasabah membuat atau meninggalkan untuk melakukan apa-apa perbuatan, menyebabkan kesakitan atau penderitaan yang tidak sepatutnya, atau, sebagai pemunya, membenarkan apa-apa kesakitan atau penderitaan yang tidak sepatutnya kepada mana-mana haiwan; (f) menyebabkan, memperoleh atau, sebagai pemunya, membenarkan mana-mana haiwan dikurung, diangkut, diangkat atau dibawa dengan apa-apa cara atau kedudukan yang menyebabkan haiwan itu mengalami kesakitan atau penderitaan yang tidak sepatutnya; (g) mengambil kerja, menyebabkan, memperoleh atau, sebagai pemunya, membenarkan diambil bekerja apa-apa kerja atau buruh, mana-mana haiwan yang disebabkan oleh apa-apa penyakit, kerengsaan, luka atau kudis, atau selainnya tidak sesuai untuk diambil bekerja; (h) mencacatkan mana-mana haiwan dengan apa-apa cara termasuklah memotong telinga, memendekkan ekor, mencabut gigi taring, mencabut kuku, menyelar, menindik atau mengurangkan salakan melainkan dengan apa-apa cara yang ditentukan dan diperakukan oleh pihak berkuasa veterinar atau doktor veterinar berdaftar; (i) melapah, memanggang atau membunuh mana-mana haiwan yang masih hidup kerana kepercayaan karut melalui tatacara yang menyebabkan kesakitan dan penderitaan kepada haiwan itu; (j) mengeluarkan mana-mana bahagian haiwan yang masih hidup melalui suatu tatacara yang menyebabkan kesakitan dan penderitaan kepada haiwan bagi maksud untuk mendapatkan kulit, minyak atau produk haiwan yang lain; (k) memasang dinamit, mengelektrikkan atau membubuh racun ke dalam mana-mana anak sungai, sungai atau jasad air yang lain bagi maksud untuk membunuh, menuai atau menangkap haiwan; (l) menyimpan mana-mana haiwan dengan dirantai atau ditambat dengan menggunakan rantai atau tali yang pendek atau berat, atau memincangkan kaki haiwan itu; (m) menyimpan atau mengurung mana-mana haiwan di dalam sangkar atau bekas lain yang ukuran tinggi, panjang dan lebarnya tidak mencukupi bagi membenarkan pergerakan semula jadi haiwan itu; (n) membuat tawaran jualan mana-mana haiwan yang sedang menderita kesakitan disebabkan oleh kecacatan, kebuluran, dahaga, kesesakan atau perbuatan aniaya yang lain; (o) memiliki, tanpa alasan yang munasabah, mana-mana haiwan yang sedang menderita kesakitan disebabkan oleh kecacatan, kebuluran, dahaga, kesesakan atau perbuatan aniaya yang lain; (p) meninggalkan mana-mana haiwan dalam keadaan yang boleh menyebabkan haiwan itu mengalami trauma, kesakitan atau penderitaan atas sebab penempatan semula, kebuluran, dahaga, kecederaan atau penyakit; (q) sebagai pemunya mana-mana haiwan, dengan sengaja atau cuai menyebabkan mana-mana haiwan keluar tanpa pengawasan di mana-mana tempat ketika haiwan itu dijangkiti penyakit berjangkit; (r) sebagai pemunya mana-mana haiwan, dengan sengaja atau cuai menyebabkan mana-mana haiwan yang berpenyakit, tidak berupaya atau cedera untuk mati di mana-mana tempat; (s) menyebabkan, mendapatkan atau membantu dalam pelagaan atau pengumpanan mana-mana haiwan, atau menyimpan, menggunakan, menguruskan, atau melakukan atau membantu dalam pengurusan mana-mana premis atau tempat bagi maksud pelagaan atau pengumpanan mana-mana haiwan, atau membenarkan mana-mana premis atau tempat dijaga, diurus atau digunakan, atau menerima atau menyebabkan atau mendapatkan mana-mana orang untuk menerima, wang bagi kemasukan mana-mana orang ke premis atau tempat itu; (t) menggalakkan atau mengambil bahagian dalam mana-mana pertandingan menembak atau pertandingan yang haiwan dilepaskan dari kurungan bagi maksud penembakan itu; atau (u) menganjurkan, mengambil bahagian, menggalakkan atau dengan apa-apa cara bersekutu dengan apa-apa sukan atau aktiviti yang melibatkan penggunaan haiwan, yang haiwan itu tertakluk kepada penganiayaan, sama ada semasa sukan atau aktiviti itu sendiri atau semasa dalam latihan, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya. (2) Walau apa pun subseksyen (1), perbuatan berikut tidaklah menjadi suatu kesalahan penganiayaan: (a) apa-apa perbuatan yang telah ditentukan oleh Lembaga sebagai tatacara pengurusan veterinar yang diterima pakai; (b) apa-apa pengumpanan mana-mana haiwan perosak bagi maksud kesihatan awam, pengawalan penyakit, pengawalan populasi dan penempatan semula bagi pemuliharaan yang dilakukan oleh pihak berkuasa yang sah atau mana-mana orang yang diluluskan oleh Lembaga; atau (c) memberi makan haiwan sebagai makanan bagi haiwan lain menurut tabiat pemakanan semula jadi haiwan itu.

Read this section in the full act → · Open Part V →

DATA NOTES

About the data

Source

This page

Law
Animal Welfare Act 2015, s 29 is headed “Cruelty offences” and is a provision of Malaysian federal legislation.
Text
The text of Animal Welfare Act 2015, s 29 begins “(1) Any person who: (a) cruelly beats, kicks, overloads, tortures or terrifies any animals; (b) overrides or overdrives any animal, except…”.
Location
Animal Welfare Act 2015, s 29 is placed under “Part V: CRUELTY TO ANIMALS”.
Previous
On LawPlayer, the provision listed immediately before Animal Welfare Act 2015, s 29 is s 28.
Next
On LawPlayer, the provision listed immediately after Animal Welfare Act 2015, s 29 is s 30.
Synced
LawPlayer last synced the text of Animal Welfare Act 2015 from Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers) on 23 September 2026.
Animal Welfare Act 2015, s 29 is reproduced on LawPlayer from Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers).

Source

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).Laws of Malaysia (AGC)

About

LawPlayer is a privately run legal research website for reading Malaysian federal Acts section by section, built for lawyers, in-house counsel and students who need to check the statutory text quickly.Malaysian law entry

What to look at next