My bookmarksSign up free
← Animal Welfare Act 2015

Animal Welfare Act 2015 s 32

Animal Welfare Act 2015 s 32

s 32 Animal fighting venture

(1) A person commits an offence if he— (a) causes an animal fight to take place or attempts to do so; (b) receives money for the admission to an animal fight; (c) publicizes a proposed animal fight; (d) provides information about an animal fight to another person with the intention of encouraging attendance at the fight; (e) makes or accepts a bet on the result of an animal fight; (f) makes or accepts a bet on anything which may occur during the animal fight; (g) takes part in an animal fight; (h) has in his possession, anything designed or adapted for the purposes of an animal fight; (i) keeps or trains any animal for the purpose of an animal fight; or (j) has any premises which is used for animal fight. (2) No person shall, without lawful authority or reasonable excuse— (a) present at an animal fight; or (b) supply, publish, show or possess an audio-visual recording of an animal fight. (3) Paragraph (2)(b) shall not apply— (a) if the audio-visual recording of an animal fight took place outside Malaysia; or (b) if the supply of an audio-visual recording is for the purposes of its inclusion or, publication or showing in a film, documentary and news. (4) For the purposes of this section— “animal fight” means an occasion on which an animal is placed with another animal or with a human, for the purposes of fighting, wrestling or baiting; “supply of an audio-visual recording” means the supply of an audio-visual recording in any manner including any audio-visual recording in the form of data stored electronically for the purposes of transmitting such data; “publication or showing” means to publicize or show a moving image reproduced from an audio-visual recording by any means; “audio-visual recording” means a recording, in any form, from which a moving image may by any means be reproduced and includes data stored in a computer, disc or by other electronic means which is capable of being converted to a moving image; “animal fighting venture” means any event that involves a fight between at least two animal and is conducted for the purposes of sport, wagering or entertainment except the animals are expressing their natural behavior. (5) Any person who contravenes subsection (1) or (2) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine of not less than twenty thousand ringgit and not more than one hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not more than three years or to both.

Malay text (authoritative)

Usaha niaga pelagaan haiwan

(1) Seseorang melakukan kesalahan jika dia— (a) menyebabkan suatu pelagaan haiwan berlaku atau percubaan untuk berbuat sedemikian; (b) menerima wang untuk memasuki suatu pelagaan haiwan; (c) membuat publisiti suatu pelagaan haiwan yang dicadangkan; (d) memberikan maklumat tentang suatu pelagaan haiwan kepada orang lain dengan niat untuk menggalakkan kehadiran ke pelagaan itu; (e) membuat atau menerima suatu pertaruhan ke atas suatu keputusan pelagaan haiwan; (f) membuat atau menerima suatu pertaruhan ke atas sesuatu yang mungkin berlaku semasa pelagaan haiwan itu; (g) mengambil bahagian dalam pelagaan haiwan; (h) ada dalam milikannya, apa-apa yang direka atau disesuaikan bagi maksud pelagaan haiwan; (i) menyimpan atau melatih mana-mana haiwan bagi maksud pelagaan haiwan; atau (j) mempunyai mana-mana premis yang digunakan untuk pelagaan haiwan. (2) Tiada seorang pun boleh, tanpa kuasa yang sah atau sebab yang munasabah— (a) hadir pada suatu pelagaan haiwan; atau (b) membekalkan, menyiarkan, menayangkan atau memiliki suatu rakaman audio-visual pelagaan haiwan. (3) Perenggan (2)(b) tidak terpakai— (a) jika rakaman audio-visual pelagaan haiwan berlaku di luar Malaysia; atau (b) jika pembekalan suatu rakaman audio-visual adalah bagi maksud pemasukan atau, penyiaran atau penayangan dalam filem, dokumentari dan berita. (4) Bagi maksud seksyen ini— “pelagaan haiwan” ertinya suatu keadaan apabila haiwan itu ditempatkan bersama-sama dengan haiwan lain atau dengan manusia, bagi maksud berlaga, bergusti atau mengumpan; “pembekalan suatu rakaman audio-visual” ertinya membekalkan suatu rakaman audio-visual dalam apa-apa cara termasuklah apa-apa rakaman audio-visual dalam bentuk data yang disimpan secara elektronik bagi maksud menghantar data tersebut; “penyiaran atau penayangan” ertinya menyiarkan atau menayangkan suatu imej bergerak yang diterbitkan semula daripada suatu rakaman audio-visual melalui apa-apa cara; “rakaman audio-visual” ertinya suatu rakaman, dalam apa-apa bentuk, yang suatu imej yang bergerak boleh dengan apa-apa cara diterbitkan semula dan termasuklah data yang disimpan dalam komputer, cakera atau cara elektronik lain yang boleh ditukarkan kepada suatu imej yang bergerak; “usaha niaga pelagaan haiwan” ertinya apa-apa acara yang melibatkan suatu pelagaan antara sekurang-kurangnya dua haiwan dan dijalankan bagi maksud sukan, pertaruhan atau hiburan kecuali haiwan itu mempamerkan kelakuan semula jadi mereka. (5) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 772 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next