Animal Welfare Act 2015 s 34
s 34 Powers in relation to animals in distress
(1) If a registered veterinary surgeon certifies in writing that an animal shall be destroyed, an animal welfare officer may destroy or arrange for the animal to be destroyed where it is or take it to another place for it to be destroyed.
(2) Notwithstanding subsection (1), an animal welfare officer may destroy an animal without the certification of a registered veterinary surgeon if it appears to him that—
(a) the condition of the animal is such that there is no reasonable alternative to destroy it; or
(b) it is not reasonably practicable to get the certification of a registered veterinary surgeon at that time.
(3) An animal welfare officer may take an animal into possession if a registered veterinary surgeon certifies that—
(a) the animal is suffering; or
(b) the animal is likely to suffer if it is not taken into possession.
(4) An animal welfare officer may act under subsection (3) without the certificate of a registered veterinary surgeon if it appears to him that the animal is suffering or likely to suffer or is not reasonably practicable to get the certificate from a registered veterinary surgeon at that time.
(5) A registered veterinary surgeon or an animal welfare officer may examine and take samples from any animal for the purposes of subsection (1) or (3).
(6) If any animal is taken into possession under subsection (3), an animal welfare officer may—
(a) remove the animal or arrange for it to be removed, to a safe place;
(b) care for the animal or arrange for it to be cared for—
(i) at the premises where the animal was placed when it was taken into possession; or
(ii) at any other place as the animal welfare officer thinks fit; or
(c) mark the animal by using any method or in any manner in accordance with this Act, or arrange for it to be marked, for identification purposes.
(7) Any person may use any equipment at the premises referred to in paragraph (6)(b).
(8) The registered veterinary surgeon or the animal welfare officer shall notify the owner or licensee if any registered veterinary surgeon or animal welfare officer exercises his powers under this section without the knowledge of the owner or the licensee.
(9) The animal welfare officer may make an application to the court for the owner or the licensee to pay any cost and expenses incurred in carrying out his powers under this section.
(10) For the purposes of subsections (3) and (4), “possession” includes the possession of the offspring of any animal taken into possession.
Malay text (authoritative)
Kuasa berhubung dengan haiwan dalam distres
(1) Jika seseorang doktor veterinar berdaftar memperakui secara bertulis bahawa haiwan itu hendaklah dimusnahkan, seseorang pegawai kebajikan haiwan boleh memusnahkan atau mengaturkan supaya haiwan itu dimusnahkan di mana haiwan itu berada atau membawanya ke suatu tempat lain untuk haiwan itu dimusnahkan.
(2) Walau apa pun subseksyen (1), seseorang pegawai kebajikan haiwan boleh memusnahkan suatu haiwan tanpa perakuan doktor veterinar berdaftar jika ternyata kepadanya bahawa—
(a) keadaan haiwan itu menunjukkan tiadanya alternatif yang munasabah untuk memusnahkannya; atau
(b) tidak dapat dilaksanakan secara munasabah untuk mendapatkan perakuan doktor veterinar berdaftar pada masa itu.
(3) Seseorang pegawai kebajikan haiwan boleh mengambil milik haiwan itu jika seseorang doktor veterinar berdaftar memperakui bahawa—
(a) haiwan itu sedang menderita; atau
(b) haiwan itu berkemungkinan akan menderita jika haiwan itu tidak diambil milik.
(4) Seseorang pegawai kebajikan haiwan boleh bertindak di bawah subseksyen (3) tanpa perakuan seseorang doktor veterinar berdaftar jika ternyata kepadanya bahawa haiwan itu sedang menderita atau berkemungkinan akan menderita atau tidak dapat dilaksanakan secara munasabah untuk mendapatkan perakuan seseorang doktor veterinar berdaftar pada masa itu.
(5) Seseorang doktor veterinar berdaftar atau seseorang pegawai kebajikan haiwan boleh memeriksa dan mengambil sampel daripada mana-mana haiwan bagi maksud subseksyen (1) atau (3).
(6) Jika mana-mana haiwan diambil milik di bawah subseksyen (3), seseorang pegawai kebajikan haiwan boleh—
(a) mengalihkan haiwan itu atau mengaturkannya supaya ia dialihkan, ke suatu tempat selamat;
(b) menjaga haiwan itu atau mengaturkan supaya ia dijaga—
(i) di premis di mana haiwan itu diletakkan apabila ia diambil milik; atau
(ii) di mana-mana tempat lain yang difikirkan oleh pegawai kebajikan haiwan sesuai; atau
(c) menandakan haiwan itu dengan menggunakan apa-apa kaedah atau apa-apa cara menurut Akta ini, atau mengaturkan supaya ia ditandakan, bagi maksud pengecaman.
(7) Mana-mana orang boleh menggunakan apa-apa peralatan di premis yang disebut dalam perenggan (6)(b).
(8) Doktor veterinar berdaftar atau pegawai kebajikan haiwan hendaklah memaklumkan pemunya atau pemegang lesen jika doktor veterinar berdaftar atau pegawai kebajikan haiwan menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini tanpa pengetahuan pemunya atau pemegang lesen.
(9) Pegawai kebajikan haiwan itu boleh membuat suatu permohonan kepada mahkamah untuk pemunya atau pemegang lesen untuk membayar apa-apa kos dan perbelanjaan yang ditanggung dalam melaksanakan kuasanya di bawah seksyen ini.
(10) Bagi maksud subseksyen (3) dan (4), “milik” termasuklah pemilikan anak mana-mana haiwan yang diambil milik.
Read this section in the full act → · Open Part VI →
Find Act 772 on lom.agc.gov.my ↗
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).