My bookmarksSign up free
← Animal Welfare Act 2015

Animal Welfare Act 2015 s 42

Animal Welfare Act 2015 s 42

s 42 Power to stop, search and seize conveyance

(1) If an animal welfare officer has reasonable cause to suspect that any conveyance is carrying any animal, carcass, conveyance, substance or other thing in respect of which an offence under this Act or any of its subsidiary legislation is being or has been committed, he may stop and search the conveyance and may, if on examination he has reasonable cause to believe that such conveyance is or has been used for the commission of such offence, seize the conveyance and any animal, carcass, conveyance, substance or other thing found in the conveyance that is reasonably believed to furnish evidence of the commission of such offence. (2) The person in control or in charge of the conveyance shall, if required to do so by the animal welfare officerβ€” (a) stop the conveyance and allow the animal welfare officer to examine the conveyance; and (b) open all parts of the conveyance for search and take all measures necessary to enable or facilitate the carrying out of the search as the animal welfare officer thinks necessary. (3) Any person who contravenes subsection (2) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine of not less than ten thousand ringgit and not more than fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not more than one year or to both.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk memberhentikan, menggeledah dan menyita pengangkut

(1) Jika seseorang pegawai kebajikan haiwan mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa mana-mana pengangkut sedang membawa mana-mana haiwan, karkas, pengangkut, bahan atau benda lain yang berkenaan dengannya suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiarinya sedang atau telah dilakukan, dia boleh memberhentikan dan menggeledah pengangkut itu dan boleh, jika setelah pemeriksaan itu dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa pengangkut itu sedang atau telah digunakan untuk melakukan kesalahan itu, menyita pengangkut itu dan mana-mana haiwan, karkas, pengangkut, bahan atau benda lain yang dijumpai di dalam pengangkut itu yang dengan semunasabahnya dipercayai untuk memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu. (2) Orang yang mengawal atau menjaga pengangkut itu hendaklah, jika dikehendaki untuk berbuat demikian oleh pegawai kebajikan haiwan ituβ€” (a) memberhentikan pengangkut itu dan membenarkan pegawai kebajikan haiwan itu memeriksa pengangkut itu; dan (b) membuka semua bahagian pengangkut itu untuk digeledah dan mengambil segala langkah yang perlu untuk membolehkan atau memudahkan pelaksanaan penggeledahan itu sebagaimana yang difikirkan perlu oleh pegawai kebajikan haiwan itu. (3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part VII β†’

Find Act 772 on lom.agc.gov.my β†—

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next