My bookmarksSign up free
← Animal Welfare Act 2015

Animal Welfare Act 2015 s 55

Animal Welfare Act 2015 s 55

s 55 Forfeiture of item used in or related to the offences

(1) Where a person is convicted of an offence under this Act or any of its subsidiary legislation, the court may order any item relating to the offence and the proceed of any sale, if any, to be forfeited, destroyed or dealt with in such manner as may be specified in the order. (2) Where any item related to the offence has been seized under this Act but the person who is alleged to have committed the offence is unknown or cannot be found, the court may, if it is satisfied that an offence has been committed, order that such item relating to the offence to be forfeited. (3) No order for forfeiture shall be made in respect of a conveyance unless the name of the owner and the place of his residence is known and that he is given an opportunity to be heard. (4) Where there is proceed from any sale of such item relating to the offence seized under this Act, the court may, if it is satisfied that an offence has been committed, order that such proceed to be forfeited. (5) For the purposes of this section, “item” means any things or substance in respect of which an offence has been committed and which is a subject matter in relation to the evidence necessary to establish the commission of the offence.

Malay text (authoritative)

Pelucuthakan item yang digunakan dalam atau berhubung dengan kesalahan

(1) Jika seseorang telah disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiarinya, mahkamah boleh memerintahkan apa-apa item yang berhubungan dengan kesalahan itu dan hasil mana-mana jualan, jika ada, dilucuthakkan, dimusnahkan atau diuruskan dengan cara yang dinyatakan dalam perintah. (2) Apabila apa-apa item berhubungan dengan kesalahan itu disita di bawah Akta ini tetapi orang yang dikatakan melakukan kesalahan itu tidak diketahui atau tidak boleh dijumpai, mahkamah boleh, jika ia berpuas hati bahawa suatu kesalahan telah dilakukan, memerintahkan apa-apa item yang berhubungan dengan kesalahan itu dilucuthakkan. (3) Tiada perintah untuk melucuthakkan boleh dibuat berkenaan dengan suatu pengangkut melainkan nama pemunya dan tempat tinggalnya diketahui dan dia diberikan peluang untuk didengar. (4) Jika terdapat apa-apa hasil daripada jualan item yang berhubungan dengan kesalahan itu yang disita di bawah Akta ini, mahkamah boleh, jika ia berpuas hati bahawa suatu kesalahan telah dilakukan, memerintahkan apa-apa hasil itu dilucuthakkan. (5) Bagi maksud seksyen ini, “item” ertinya apa-apa barang atau bahan berkenaan dengan suatu kesalahan yang telah dilakukan dan yang ialah suatu hal perkara berhubung dengan keterangan yang perlu untuk membuktikan pelakuan kesalahan itu.

Read this section in the full act → · Open Part VIII →

Find Act 772 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next