(1) The Minister may, on the recommendation of the Council make regulations prescribing—
(a) any offence under this Act and any regulations made under the Act that may be compounded;
(b) criteria for compounding such offence; and
(c) method and procedure for compounding such offence.
(2) The authorized officer may, with the consent in writing of the Public Prosecutor, compound any offence committed by any person under this Act and prescribed to be a compoundable offence by making a written offer to the person suspected to have committed the offence to compound the offence upon payment to the authorized officer of an amount of money not exceeding fifty per centum of the amount of maximum fine for that offence within such time as may be specified in his written offer.
(3) An offer under subsection (2) may be made at any time after the offence has been committed but before any prosecution for it has been instituted.
(4) If the amount specified in the offer is not paid within the time specified in the offer or such extended time as the authorized officer may grant, prosecution for the offence may be instituted at any time after that against the person to whom the offer was made.
(5) Where an offence has been compounded under subsection (2), no prosecution shall be instituted in respect of the offence against the person to whom the offer to compound was made, and any document or thing seized in connection with the offence may be released by the Council, subject to such terms as the Council thinks fit.
Malay text (authoritative)
Pengkompaunan kesalahan
(1) Menteri boleh, atas syor Majlis membuat peraturan-peraturan bagi menetapkan—
(a) mana-mana kesalahan di bawah Akta ini dan apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta yang boleh dikompaun;
(b) kriteria bagi mengkompaun kesalahan; dan
(c) kaedah dan tatacara mengkompaun kesalahan.
(2) Pegawai diberi kuasa boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini dan yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan boleh dikompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada pegawai diberi kuasa suatu amaun yang tidak melebihi lima puluh peratus amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran bertulisnya.
(3) Suatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.
(4) Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
(5) Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (2), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat, dan mana-mana dokumen atau benda yang disita berkaitan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh Majlis tertakluk kepada apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Majlis.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).