My bookmarksSign up free
← Traditional and Complementary Medicine Act 2016

Traditional and Complementary Medicine Act 2016 s 22

Traditional and Complementary Medicine Act 2016 s 22

s 22 Provisional registration

(1) A person intending to practise traditional and complementary medicine in any recognized practice area shall apply to the Council to be provisionally registered as a practitioner by submitting the prescribed form to the Registrar and shall comply with any qualifications as may be specified by the Council for that recognised practice area. (2) The Council may refuse to provisionally register an applicant under subsection (1). (3) Where the Council refuses to provisionally register an applicant, the applicant may appeal against that decision to the Minister within fourteen days from the date he was notified of the refusal. (4) The Minister shall make a decision within seven days from the receipt of the appeal and his decision shall be final. (5) A provisionally registered practitioner shall undergo a period of residency of not less than one year with any hospital or institution in Malaysia which is approved by the Council to enable him to be registered under section 23. (6) A provisionally registered practitioner may be subject to such restrictions and conditions as may be imposed by the Council. (7) The Council shall issue a certificate in the prescribed form to the provisionally registered practitioner as evidence of his registration. (8) The Council may extend the residency of a provisionally registered practitioner for not more than one year if the Council is not satisfied with the performance of the practitioner. (9) The Council shall revoke the provisional registration of a practitioner if he fails to complete the period of residency under subsection (5) or any extension under subsection (8). (10) The Council may, subject to such terms as it may impose, exempt any person from the provisions of this section if the Council is satisfied that the person is a practitioner and has substantial experience, knowledge and skills in any recognized practice area. (11) Any practitioner exempted under subsection (10) shall be issued a certificate in the prescribed form as evidence of his exemption.

Malay text (authoritative)

Pendaftaran sementara

(1) Seseorang yang berhasrat untuk mengamal perubatan tradisional dan komplementari dalam mana-mana bidang amalan diiktiraf hendaklah memohon kepada Majlis untuk didaftarkan secara sementara sebagai pengamal dengan menghantar borang yang ditetapkan kepada Pendaftar dan hendaklah memenuhi apa-apa kelayakan yang ditentukan oleh Majlis bagi bidang amalan diiktiraf itu. (2) Majlis boleh menolak untuk mendaftarkan secara sementara pemohon di bawah subseksyen (1). (3) Jika Majlis menolak untuk mendaftarkan pemohon secara sementara, pemohon berkenaan boleh merayu terhadap keputusan itu kepada Menteri dalam masa empat belas hari dari tarikh pemohon diberitahu tentang penolakan tersebut. (4) Menteri hendaklah membuat keputusan dalam masa tujuh hari dari penerimaan rayuan dan keputusan Menteri adalah muktamad. (5) Pengamal berdaftar sementara hendaklah menjalani kursus latihan selama tidak kurang daripada satu tahun dengan mana-mana hospital atau institusi di Malaysia yang diluluskan oleh Majlis untuk membolehkannya didaftarkan di bawah seksyen 23. (6) Pengamal berdaftar sementara tertakluk kepada apa-apa sekatan dan syarat sebagaimana yang dikenakan oleh Majlis. (7) Majlis hendaklah mengeluarkan perakuan dalam borang yang ditetapkan kepada pengamal berdaftar sementara sebagai bukti pendaftaran. (8) Majlis boleh melanjutkan kursus latihan seseorang pengamal berdaftar sementara tidak lebih daripada satu tahun jika Majlis tidak berpuas hati dengan prestasi pengamal itu. (9) Majlis hendaklah membatalkan pendaftaran sementara seorang pengamal jika dia gagal untuk menyempurnakan tempoh kursus latihan di bawah subseksyen (5) atau pelanjutan tempoh di bawah subseksyen (8). (10) Majlis boleh, tertakluk kepada apa-apa syarat yang dikenakan oleh Majlis, mengecualikan mana-mana orang daripada peruntukan seksyen ini jika Majlis berpuas hati bahawa orang itu seorang pengamal dan mempunyai pengalaman yang luas, pengetahuan dan kemahiran yang layak dalam mana-mana bidang amalan diiktiraf. (11) Mana-mana pengamal yang dikecualikan di bawah subseksyen (10) hendaklah diberikan suatu perakuan dalam borang yang ditetapkan sebagai bukti pengecualian.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 775 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next