Traditional and Complementary Medicine Act 2016 s 33
s 33 Advertisement and promotion
(1) A registered practitioner or any person engaging or employing the practitioner shall not make any spurious claim in any advertisement, journal, article, pamphlet, website or media commercial in respect of the curative, medicinal, or health properties of any traditional and complementary medicine services that is provided by the registered practitioner.
(2) A registered practitioner or any person engaging or employing the practitioner shall not make any false or misleading representation in respect of any traditional and complementary medicine services so as to induce, influence or cause a patient to enter into a contract for the purchase of such services.
(3) Any person who contravenes subsection (1) or (2), commits an offence and shall, on convictionโ
(a) in respect of a first offence, to a fine not exceeding thirty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding two years or to both; and
(b) in respect of a subsequent offence, to fine a not exceeding fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both.
(4) For the purposes of this section, โmisleading representationโ means any action which is likely to mislead the publicโ
(a) as to the nature, characteristics, suitability for the purpose, or quantity, of the service being provided;
(b) that the provided services are of a particular kind, standard, quality or quantity;
(c) in advertising the provided services for particular diseases as listed under the Medicines (Advertisement and Sale) Act 1956 [Act 290];
(d) that the services are provided by any particular person or by any person of a particular trade, qualification or skill; or
(e) as to the price of the service being provided.
Malay text (authoritative)
Pengiklanan dan promosi
(1) Pengamal berdaftar atau mana-mana orang yang mengambil kerja atau menggaji pengamal itu tidak boleh membuat apa-apa pernyataan palsu dalam apa-apa iklan, jurnal, artikel, risalah, laman web atau media komersil berkenaan dengan khasiat penyembuhan, perubatan atau kesihatan apa-apa perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari yang disediakan oleh pengamal berdaftar.
(2) Pengamal berdaftar atau mana-mana orang yang mengambil kerja atau menggaji pengamal itu tidak boleh membuat apa-apa pernyataan palsu atau yang mengelirukan berkenaan dengan apa-apa perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari dengan tujuan untuk mendorong, mempengaruhi atau menyebabkan seseorang pesakit membuat kontrak untuk membeli perkhidmatan itu.
(3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkanโ
(a) berkenaan dengan kesalahan pertama, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi dua tahun atau keduaduanya; dan
(b) berkenaan dengan kesalahan yang berikutnya, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi tiga tahun atau keduaduanya.
(4) Bagi maksud seksyen ini, โpernyataan mengelirukanโ ertinya apa-apa perbuatan yang berkemungkinan mengelirukan orang ramaiโ
(a) tentang sifat, ciri-ciri, kesesuaian bagi tujuan, atau kuantiti, perkhidmatan yang diberikan;
(b) bahawa perkhidmatan yang diberikan adalah dari jenis standard, kualiti atau kuantiti tertentu;
(c) dengan mengiklankan bahawa perkhidmatan yang disediakan adalah bagi penyakit-penyakit tertentu yang disenaraikan di bawah Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956 [Akta 290];
(d) bahawa perkhidmatan diberikan oleh mana-mana orang tertentu atau oleh mana-mana orang dengan kebolehan, kelayakan atau kemahiran tertentu; atau
(e) tentang harga bagi perkhidmatan yang diberikan.
Read this section in the full act โ ยท Open Part V โ
Find Act 775 on lom.agc.gov.my โ
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).