My bookmarksSign up free
← Traditional and Complementary Medicine Act 2016

Traditional and Complementary Medicine Act 2016 s 40

Traditional and Complementary Medicine Act 2016 s 40

s 40 Patient’s rights

(1) All patient information, directly or indirectly, provided to or obtained by a registered practitioner or any person engaging or employing the practitioner, shallβ€” (a) be kept in confidence; and (b) not be disclosed to any other party unless with the prior consent of the patient or by an order of the court. (2) A registered practitioner shall properly notify and inform the patient of any harmful, unsafe or other effects which the traditional and complementary medicine services provided may produce, by themselves or in combination with other medicines, prior to providing, supplying or prescribing the patient with such services and shall maintain a record of such notification and information. (3) Where any traditional and complementary medicine services are provided, supplied or replaced pursuant to paragraph (4)(a) by a registered practitioner or any person engaging or employing the practitioner to a patient, there shall be the following implied terms or guarantees: (a) an implied term that the traditional and complementary medicine services are free of any undisclosed illegal compound or substance or defect; (b) an implied term that the traditional and complementary medicines are safe for human consumption, ingestion or application and that there are no unknown effects or consequences; (c) an implied guarantee that the traditional and complementary medicines are fit for the particular purpose for which traditional and complementary medicine goods of the type or nature in question are supplied unless the patient did not rely on the practitioner’s skill or judgment or that it was unreasonable for the patient to so rely; (d) an implied guarantee that the registered practitioner is suitably qualified, experienced and sufficiently trained to perform the traditional and complementary medicine services; (e) an implied guarantee that the traditional and complementary medicine services shall be carried out with reasonable care and skill; (f) an implied guarantee that the traditional and complementary medicine services resulting from the supplied services will be reasonably fit for any particular purpose and of such nature and quality that it can reasonably be expected to achieve the particular result or effect that the registered practitioner has advised the patient of; and (g) an implied guarantee that the patient may reasonably rely on the registered practitioner’s skill or judgment, unless the circumstances show otherwise. (4) If any registered practitioner or any person engaging or employing the registered practitioner fails to comply with the implied terms or guarantees under subsection (3), the patient may choose to exercise the following rights: (a) cancel the contract with the registered practitioner or the person engaging or employing the practitioner, without any liability; or (b) obtain from the registered practitioner and the person engaging or employing the practitioner, compensation for any loss or damage suffered; or (c) obtain a refund of all monies paid by the patient to the registered practitioner and the person engaging or employing the practitioner, as the case may be. (5) Subsections (1), (2), (3) and (4) shall have effect notwithstanding anything to the contrary in any agreement. (6) If a registered practitioner is engaged or employed by any person, the person shall be jointly liable with the practitioner for any failure to comply with subsections (1), (2), (3) and (4) and it shall not be a defence for such person that such failure to comply with subsections (1), (2), (3) and (4) was due to the registered practitioner acting on his own.

Malay text (authoritative)

Hak pesakit

(1) Segala maklumat pesakit, secara langsung atau tidak langsung, yang diberikan kepada atau diperolehi oleh pengamal berdaftar atau mana-mana orang yang mengambil kerja atau menggaji pengamal itu, hendaklahβ€” (a) dipelihara kerahsiaannya; dan (b) tidak didedahkan kepada mana-mana pihak lain melainkan dengan kebenaran terdahulu pesakit atau dengan suatu perintah mahkamah. (2) Pengamal berdaftar hendaklah memberitahu dan memaklumkan kepada pesakit dengan sewajarnya, apa-apa kesan yang memudaratkan, yang tidak selamat atau kesan lain yang boleh disebabkan oleh perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari, apabila diambil sendiri atau apabila dicampur dengan ubat-ubatan lain, sebelum membekalkan atau mempreskripsikan pesakit dengan perkhidmatan itu dan hendaklah menyenggara suatu rekod apaapa pemberitahuan dan makluman itu. (3) Jika apa-apa perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari diberikan, dibekalkan atau digantikan menurut perenggan (4)(a) oleh seseorang pengamal berdaftar atau mana-mana orang yang mengambil kerja atau menggaji seseorang pengamal untuk seseorang pesakit, maka hendaklah ada syarat-syarat atau jaminan tersirat yang berikut: (a) syarat tersirat bahawa perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari itu bebas daripada apa-apa sebatian atau bahan yang menyalahi undang-undang yang tidak didedahkan atau yang rosak; (b) syarat tersirat bahawa perubatan tradisional dan komplementari itu adalah selamat untuk dimakan atau digunakan oleh manusia dan bahawa tiada kesan atau akibat yang tidak diketahui; (c) jaminan tersirat bahawa perubatan tradisional dan komplementari itu adalah sesuai bagi maksud tertentu yang baginya bekalan dari jenis dan sifat yang berkenaan dibekalkan kecuali jika pesakit tidak percaya dengan kemahiran atau pertimbangan pengamal atau adalah tidak munasabah untuk mempercayainya; (d) jaminan tersirat bahawa pengamal berdaftar mempunyai kelayakan yang sesuai, berpengalaman dan dilatih secukupnya bagi memberikan perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari; (e) jaminan tersirat bahawa perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari akan dijalankan dengan ketelitian dan kemahiran yang munasabah; (f) jaminan tersirat bahawa perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari yang terhasil daripada perkhidmatan yang dibekalkan itu adalah semunasabahnya sesuai bagi apa-apa maksud tertentu dan adalah dari jenis dan kualiti yang boleh dijangkakan secara munasabah dapat mencapai hasil atau kesan yang tertentu sebagaimana yang dinasihatkan oleh pengamal berdaftar kepada pesakit itu; dan (g) jaminan tersirat bahawa pesakit boleh semunasabahnya percaya dengan kemahiran dan keputusan pengamal, melainkan jika hal keadaan menunjukkan sebaliknya. (4) Jika mana-mana pengamal berdaftar atau mana-mana orang yang mengambil kerja atau menggaji pengamal berdaftar tidak mematuhi syarat atau jaminan tersirat di bawah subseksyen (3), pesakit berhak menuntut hak yang berikut: (a) membatalkan kontrak dengan pengamal berdaftar itu atau orang yang mengambil kerja atau menggaji pengamal itu, tanpa apa-apa liabiliti; (b) memperoleh daripada pengamal berdaftar itu dan orang yang mengambil kerja atau menggaji pengamal itu, ganti rugi untuk apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami; atau (c) memperoleh suatu bayaran balik segala wang yang dibayar oleh pesakit kepada pengamal berdaftar itu dan orang yang mengambil kerja atau menggaji pengamal itu, mengikut mana-mana yang berkenaan. (5) Subseksyen (1), (2), (3) dan (4) hendaklah berkuat kuasa walau apa pun apa-apa yang bertentangan dalam apa-apa perjanjian. (6) Jika seseorang pengamal berdaftar diambil kerja atau digaji oleh mana-mana orang, orang itu hendaklah bertanggungjawab secara bersesama dengan pengamal itu bagi apa-apa kegagalan untuk mematuhi subseksyen (1), (2), (3) dan (4) dan ia tidak boleh dijadikan sebagai pembelaan oleh orang itu bahawa kegagalan pengamal berdaftar itu untuk mematuhi subseksyen (1), (2), (3) dan (4) adalah tindakan pengamal itu secara bersendirian.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part VII β†’

Find Act 775 on lom.agc.gov.my β†—

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next