My bookmarksSign up free
← Traditional and Complementary Medicine Act 2016

Traditional and Complementary Medicine Act 2016 s 44

Traditional and Complementary Medicine Act 2016 s 44

s 44 Self-regulatory framework when practitioner body is ready

(1) The Council may, if the practitioners of a recognized practice area may be better, efficiently and effectively governed by their own practitioner body, determine that the designated practitioner body shall be the governing body of the recognized practice area. (2) The determination by the Council under subsection (1) shall specify the effective date when the designated practitioner body will assume the regulatory role of the Council. (3) All determinations by the Council under subsection (1) shall be recorded in a register. (4) The designated practitioner body shall undertake, perform and discharge the following functions: (a) make recommendations to the Council as to the appropriate academic qualifications or certification issued pursuant to the National Skills Development Act 2006 that an individual would require in order to be eligible to apply to be a registered practitioner of the recognized practice area; (b) discipline those practitioners who have breached the rules of the designated practitioner body or the provisions of this Act or the regulations made thereunder; (c) identify any continuous development programmes for the practitioners which may be offered by any institutions, bodies or individuals within or outside Malaysia; (d) subject to section 33, develop guidelines on the proper marketing, advertising and promotion actions, including but not limited to the training of multi-level marketing personnel, that may be taken by its members; (e) develop and conduct or cause to be conducted appropriate training and continuous professional development programmes; (f) develop guidelines to assist practitioners in referring their patients to medical practitioners or dental practitioners, as the case may be; (g) develop and prescribe any matter relating to or connected with the practice of the recognized practice area or the professionalism of such practice; and (h) develop, prescribe and mandate rules and requirements that may be appropriate or necessary to ensure compliance with the requirements of the Act, including rules or regulations relating to practitioner conduct, record keeping, and maintenance of confidentiality of patient information.

Malay text (authoritative)

Rangka pengawalseliaan kendiri apabila badan pengamal sudah bersedia

(1) Majlis boleh, jika pengamal sesuatu bidang amalan diiktiraf boleh ditadbir dengan lebih baik, lebih cekap dan lebih berkesan oleh badan pengamal mereka sendiri, menentukan bahawa badan pengamal ditetapkan itu hendaklah menjadi badan pentadbir bidang amalan itu. (2) Penentuan oleh Majlis di bawah subseksyen (1) hendaklah menyatakan tarikh kuat kuasa bila badan pengamal ditetapkan itu akan mengambil alih peranan pengawalseliaan Majlis. (3) Segala penentuan oleh Majlis di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam suatu daftar. (4) Badan pengamal ditetapkan hendaklah menjalankan, membuat dan melaksanakan fungsi yang berikut: (a) membuat syor kepada Majlis mengenai kelayakan akademik yang sesuai atau sijil yang dikeluarkan menurut Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 yang diperlukan oleh seseorang individu untuk melayakkannya memohon menjadi pengamal berdaftar bidang amalan yang diiktiraf; (b) mendisiplinkan pengamal yang melanggar kaedah-kaedah badan pengamal ditetapkan atau peruntukan Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya; (c) mengenal pasti apa-apa rancangan pembangunan yang berterusan untuk pengamal yang ditawarkan oleh institusi, badan atau individu dalam atau di luar Malaysia; (d) tertakluk kepada seksyen 33, membangunkan garis panduan tindakan pemasaran, pengiklanan dan promosi, yang sepatutnya, termasuklah tetapi tidak terhad kepada latihan bagi kakitangan untuk pemasaran pelbagai tingkat yang disertai oleh ahli-ahlinya; (e) membangunkan dan mengendalikan atau menyebabkan supaya dijalankan latihan yang sesuai dan program pembangunan profesional yang berterusan; (f) membangunkan garis panduan untuk membantu pengamal merujukkan pesakit mereka kepada pengamal perubatan atau pengamal pergigian, mengikut mana-mana yang berkenaan; (g) membangunkan dan menetapkan apa-apa perkara yang berhubungan atau berkaitan dengan pengamalan bidang amalan diiktiraf atau profesionalisme pengamalan itu; dan (h) membangunkan, menetapkan dan memberi mandat kepada kaedah-kaedah dan kehendak-kehendak yang sesuai atau perlu bagi memastikan pematuhan kepada kehendak Akta ini, termasuk kaedah-kaedah atau peraturanperaturan yang berhubungan dengan kelakuan pengamal, penyimpanan rekod dan penyenggaraan kerahsiaan maklumat pesakit.

Read this section in the full act → · Open Part VIII →

Find Act 775 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next