My bookmarksSign up free
← Traditional and Complementary Medicine Act 2016

Traditional and Complementary Medicine Act 2016 s 62

Traditional and Complementary Medicine Act 2016 s 62

s 62 Offences by body corporate

(1) Where a body corporate commits an offence under this Act or any of its subsidiary legislation, any person who at the time of the commission of the offence was a director, manager, secretary or other similar officer of the body corporate or was purporting to act in any such capacity or was in any manner or to any extent responsible for the management of any of the affairs of the body corporate or was assisting in such management— (a) may be charged severally or jointly in the same proceedings with the body corporate; and (b) where the body corporate is found guilty of the offence, shall be deemed to be guilty of that offence unless, having regard to the nature of his functions in that capacity and to all circumstances, he proves— (i) that the offence was committed without his knowledge, consent or connivance; and (ii) that he took all reasonable precautions and had exercised due diligence to prevent the commission of the offence. (2) Where any person liable under this Act or any of its subsidiary legislation to any punishment or penalty for any act, omission, neglect or default, he shall be liable to the same punishment or penalty for every such act, omission, neglect or default of any practitioner engaged by him, employee or agent of his, or of the employee of such agent, if such act, omission, neglect or default was committed— (a) by a registered practitioner engaged by him; (b) by his employee in the course of his employment; (c) by the agent when acting on his behalf; or (d) by the employee of such agent in the course of his employment by such agent or otherwise on behalf of the agent.

Malay text (authoritative)

Kesalahan oleh badan korporat

(1) Jika suatu badan korporat melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau apa-apa perundangan subsidiarinya, mana-mana orang yang pada masa berlakunya kesalahan itu adalah seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau lain-lain pegawai badan korporat yang serupa atau bermaksud untuk bertindak dalam apaapa kapasiti yang berkenaan atau dalam apa-apa cara atau kepada apa-apa had tanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal-ehwal badan korporat atau telah membantu dalam pengurusan— (a) boleh dituduh dan dibicarakan secara berasingan atau bersama dalam prosiding yang sama dengan badan korporat itu; dan (b) jika badan korporat didapati bersalah, hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu kecuali, dengan mengambil kira sifat fungsinya dalam kapasiti itu dan segala keadaan, ia membuktikan— (i) bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya; dan (ii) bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah dan telah melakukan ketelitian sepenuhnya bagi mencegah berlakunya kesalahan itu. (2) Jika mana-mana orang yang bertanggungjawab di bawah Akta ini atau apa-apa perundangan subsidiarinya kepada apaapa hukuman atau penalti untuk apa-apa tindakan, pengabaian, kecuaian atau keingkaran, dia hendaklah bertanggungjawab kepada hukuman atau penalti yang sama untuk setiap tindakan, pengabaian, kecuaian atau keingkaran mana-mana pengamal yang digajikan olehnya, pekerja atau agen itu, atau pekerja agen itu, jika tindakan, pengabaian, kecuaian atau keingkaran itu telah dilakukan— (a) oleh seorang pengamal berdaftar yang digajikan olehnya; (b) oleh pekerjanya dalam tempoh pekerjaannya; (c) oleh agen yang bertindak mewakili bagi pihaknya; atau (d) oleh pekerja agen yang berkenaan dalam tempoh pekerjaannya atau sebaliknya bagi pihak agen itu.

Read this section in the full act → · Open Part X →

Find Act 775 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next