My bookmarksSign up free
← National Security Council Act 2016

National Security Council Act 2016 s 33

National Security Council Act 2016 s 33

s 33 Power to order destruction of certain unoccupied buildings

(1) If in any security area any building or structure is left unoccupied by reason of the operation of any order made under this Part, the Director of Operations or any person authorized by the Director of Operations may if it appears to him— (a) to be likely that the building or structure will, if left standing, be used by persons who intend, or are about, to act or have recently acted in a manner prejudicial to national security or by any other person who is likely to harbour any such person; and (b) to be impracticable in any other way to prevent such use, destroy or authorize the destruction of that building or structure. (2) Compensation shall be paid to any aggrieved person in respect of the destruction of any building or structure under this section if the aggrieved person satisfies the Director General that— (a) the building or structure was erected by or with the consent of the person lawfully entitled to the land on which the building or structure was erected; and (b) the building or structure was not liable to forfeiture under any written law. (3) Compensation may be paid to the aggrieved person in relation to any building or structure erected by or with the consent of the person lawfully entitled to the land on which it was erected, notwithstanding that the building or structure is liable to forfeiture under any written law, if the aggrieved person satisfies the Director General that the building or structure was used by persons who intend, or are about, to act or have recently acted, in a manner prejudicial to national security or that those persons were being or had been harboured by his servant or agent, as the case may be, without his knowledge or consent, and that he exercised all due diligence to prevent the building or structure being so used or the harbouring of those persons, as the case may be. (4) Any compensation payable under this section shall be as assessed by the Director General.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk memerintahkan pemusnahan bangunan tertentu yang tidak dihuni

(1) Jika di dalam mana-mana kawasan keselamatan mana-mana bangunan atau struktur ditinggalkan tanpa berpenghuni oleh sebab kuat kuasa mana-mana perintah yang dibuat di bawah Bahagian ini, Pengarah Operasi atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pengarah Operasi boleh jika dia mendapati— (a) ada kemungkinan bahawa bangunan atau struktur itu akan, jika dikekalkan, digunakan oleh orang yang berniat, atau hampir, untuk bertindak atau telah baru-baru ini bertindak dengan cara yang memudaratkan keselamatan negara atau oleh mana-mana orang lain yang mungkin akan melindungi mana-mana orang demikian; dan (b) adalah tidak praktik untuk menghalang penggunaan sedemikian dengan apa-apa cara yang lain, memusnahkan atau membenarkan pemusnahan bangunan atau struktur itu. (2) Pampasan hendaklah dibayar kepada mana-mana orang yang terkilan berkenaan dengan pemusnahan mana-mana bangunan atau struktur di bawah seksyen ini jika orang yang terkilan itu memuaskan hati Ketua Pengarah bahawa— (a) bangunan atau struktur itu telah didirikan oleh atau dengan persetujuan orang yang berhak menurut undang-undang ke atas tanah yang di atasnya bangunan atau struktur itu didirikan; dan (b) bangunan atau struktur itu tidak boleh dilucuthakkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis. (3) Pampasan boleh dibayar kepada orang yang terkilan berhubung dengan mana-mana bangunan atau struktur yang didirikan oleh atau dengan persetujuan orang yang berhak menurut undang-undang ke atas tanah yang di atasnya bangunan atau struktur itu didirikan, walaupun bangunan atau struktur itu boleh dilucuthakkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, jika orang yang terkilan itu memuaskan hati Ketua Pengarah bahawa bangunan atau struktur itu telah digunakan oleh orang yang berniat, atau hampir, untuk bertindak atau telah baru-baru ini bertindak, dengan cara yang memudaratkan keselamatan negara atau bahawa orang itu dilindungi atau telah dilindungi oleh pekhidmat atau ejennya, mengikut mana-mana yang berkenaan, tanpa pengetahuan atau persetujuannya, dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk menghalang bangunan atau struktur itu daripada digunakan sedemikian atau pelindungan orang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan. (4) Apa-apa pampasan yang kena dibayar di bawah seksyen ini hendaklah sebagaimana yang ditaksirkan oleh Ketua Pengarah.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 776 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next