(1) Any act done or action taken prior to the commencement of this Act by the existing National Security Council established by the Federal Government shall be deemed to have been done or taken under this Act and may accordingly be continued by the Council.
(2) Any directive, order or decision made by the existing National Security Council and in force immediately before the commencement of this Act shall, upon the commencement of this Act, so far as it is not inconsistent with this Act continue to remain in force until it is revoked by the Council.
Malay text (authoritative)
Majlis Keselamatan Negara yang sedia ada
(1) Apa-apa perbuatan yang dilakukan atau tindakan yang diambil sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini oleh Majlis Keselamatan Negara yang sedia ada yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan hendaklah disifatkan telah dilakukan atau diambil di bawah Akta ini dan boleh diteruskan dengan sewajarnya oleh Majlis.
(2) Apa-apa arahan, perintah atau keputusan yang dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara yang sedia ada dan berkuat kuasa sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, apabila Akta ini mula berkuat kuasa, setakat yang ia selaras dengan Akta ini terus berkuat kuasa sehingga ia dibatalkan oleh Majlis.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).