My bookmarksSign up free
← Companies Act 2016

Companies Act 2016 s 252

Companies Act 2016 s 252

s 252 Directors shall prepare directors’ report

(1) The directors of a company shall prepare for each financial year a report and such report shall be attached to the financial statements prepared under section 248. (2) A directors’ report— (a) shall be approved by the Board; and (b) shall be signed on the directors’ behalf by at least two directors, or in the case of a single director, that director. (3) Every copy of directors’ report laid before a company in an annual general meeting under section 340, or sent to a member under section 257 or otherwise circulated, published or issued by the company shall state the name of the person who signed the report on the directors’ behalf. (4) Any director who fails to take all reasonable steps to secure compliance under subsection (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding five hundred thousand ringgit or imprisonment not exceeding one year or to both. (5) The company and every officer who contravene subsection (2) commit an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding twenty thousand ringgit.

Malay text (authoritative)

Pengarah hendaklah menyediakan laporan pengarah

(1) Pengarah syarikat hendaklah menyediakan bagi setiap tahun kewangan suatu laporan dan laporan sedemikian hendaklah dilampirkan dengan penyata kewangan yang disediakan di bawah seksyen 248. (2) Suatu laporan pengarah— (a) hendaklah diluluskan oleh Lembaga; dan (b) hendaklah ditandatangani bagi pihak pengarah oleh sekurang-kurangnya dua orang pengarah, atau dalam hal seorang pengarah tunggal, pengarah itu. (3) Tiap-tiap salinan laporan pengarah yang dibentangkan di hadapan syarikat dalam suatu mesyuarat agung tahunan di bawah seksyen 340, atau dihantar kepada anggota di bawah seksyen 257 atau selainnya diedarkan, disiarkan atau dikeluarkan oleh syarikat itu hendaklah menyatakan nama orang yang menandatangani laporan itu bagi pihak pengarah. (4) Mana-mana pengarah yang gagal mengambil semua langkah yang munasabah untuk memastikan pematuhan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau keduaduanya. (5) Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit.

Read this section in the full act → · Open Subdivision 1 →

Find Act 777 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 August 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next