My bookmarksSign up free
← Companies Act 2016

Companies Act 2016 s 366

Companies Act 2016 s 366

s 366 Power of Court to order compromise or arrangement with creditors and members

(1) The Court may, on an application under this Subdivision, order a meeting in a summary way to be summoned in such manner as the Court directs, by either— (a) the company; (b) any creditor or member of the company; (c) the liquidator, if the company is being wound up; or (d) the judicial manager, if the company is under judicial management. (2) A meeting held pursuant to an order of the Court made under subsection (1) may be adjourned if the resolution for adjournment is approved by seventy-five per centum of the total value of creditors or class of creditors or the members or class of members present and voting either in person or by proxy at the meeting. (3) The compromise or arrangement shall be binding on— (a) all the creditors or class of creditors; (b) the members or class of members; (c) the company; or (d) the liquidator and contributories, if the company is being wound up, if the compromise or arrangement is agreed by a majority of seventy-five per centum of the total value of the creditors or class of creditors or members or class of members present and voting either in person or by proxy at the meeting or the adjourned meeting and has been approved by order of the Court. (4) The Court may grant its approval to a compromise or arrangement subject to such alterations or conditions as the Court thinks just. (5) An order under subsection (3) shall have no effect until an office copy of the order is lodged with the Registrar, and upon being so lodged, the order shall take effect on and from the date of lodgement or such earlier date as the Court may determine and as may be specified in the order. (6) Subject to subsection (7), a copy of every order made under subsection (3) shall be annexed to every copy of the constitution of the company issued after the order has been made, or in the case of a company not having a constitution, to every copy of the instrument issued constituting or defining the constitution of the company. (7) The Court may, by order, exempt a company from complying with the requirements of subsection (6) or determine the period during which the company shall comply with the requirements. (8) If any such compromise or arrangement, whether or not for the purposes of or in connection with a scheme for the reconstruction of any company or the amalgamation of any two or more companies, has been proposed, the directors of the company shall— (a) if a meeting of the members of the company by resolution directs, instruct such accountants or advocates or both as are named in the resolution to report on the proposals and forward their report to the directors as soon as practicable; and (b) make the report available at the registered office of the company for inspection by the shareholders and creditors of the company at least seven days before the date of any meeting ordered by the Court to be summoned in accordance with subsection (1). (9) The company and every officer who contravene subsection (6) or (8) commit an offence.

Malay text (authoritative)

Kuasa Mahkamah untuk memerintahkan supaya dibuat kompromi atau perkiraan dengan pemiutang dan anggota

(1) Mahkamah boleh, atas suatu permohonan di bawah Subpenggal ini, memerintahkan supaya suatu mesyuarat dipanggil secara terus mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah, sama ada oleh— (a) syarikat; (b) mana-mana pemiutang atau anggota syarikat; (c) penyelesai, jika syarikat digulung; atau (d) pengurus kehakiman, jika syarikat di bawah pengurusan kehakiman. (2) Mesyuarat yang diadakan menurut suatu perintah Mahkamah yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh ditangguhkan jika ketetapan bagi penangguhan diluluskan oleh tujuh puluh lima peratus daripada jumlah keseluruhan nilai pemiutang atau kelas pemiutang atau anggota atau kelas anggota yang hadir dan mengundi sama ada dengan sendiri atau melalui proksi dalam mesyuarat itu. (3) Kompromi atau perkiraan itu hendaklah mengikat— (a) semua pemiutang atau kelas pemiutang; (b) anggota atau kelas anggota; (c) syarikat; atau (d) penyelesai dan penyumbang, jika syarikat digulung, jika kompromi atau perkiraan itu dipersetujui oleh suatu majoriti sebanyak tujuh puluh lima peratus daripada jumlah keseluruhan nilai pemiutang atau kelas pemiutang atau anggota atau kelas anggota yang hadir dan mengundi sama ada dengan sendiri atau melalui proksi dalam mesyuarat atau mesyuarat yang ditangguhkan dan diluluskan melalui perintah Mahkamah. (4) Mahkamah boleh memberikan kelulusannya kepada suatu kompromi atau perkiraan tertakluk pada apa-apa perubahan atau syarat sebagaimana yang difikirkan adil oleh Mahkamah. (5) Suatu perintah di bawah subseksyen (3) tidak mempunyai kesan sehingga suatu salinan pejabat perintah itu diserah simpan dengan Pendaftar, dan selepas diserah simpan sedemikian, perintah itu hendaklah berkuat kuasa pada dan dari tarikh penyerahsimpanan itu atau apa-apa tarikh yang lebih awal sebagaimana yang ditentukan oleh Mahkamah dan sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu. (6) Tertakluk pada subseksyen (7), suatu salinan tiap-tiap perintah yang dibuat di bawah subseksyen (3) hendaklah dilampirkan kepada tiap-tiap salinan perlembagaan syarikat yang dikeluarkan selepas perintah itu dibuat, atau dalam hal suatu syarikat yang tidak mempunyai perlembagaan, kepada tiap-tiap salinan surat cara yang dikeluarkan yang membentuk atau menentukan perlembagaan syarikat. (7) Mahkamah boleh, melalui perintah, mengecualikan suatu syarikat daripada pematuhan kehendak subseksyen (6) atau menentukan tempoh yang selama syarikat itu hendaklah mematuhi kehendak itu. (8) Jika mana-mana kompromi atau perkiraan itu, sama ada atau tidak bagi maksud atau berkaitan dengan skim bagi pembentukan semula mana-mana syarikat atau penggabungan mana-mana dua syarikat atau lebih, dicadangkan, pengarah syarikat hendaklah— (a) jika suatu mesyuarat anggota syarikat melalui ketetapan mengarahkan, mengarahkan mana-mana akauntan atau peguam bela atau kedua-duanya sebagaimana yang dinamakan dalam ketetapan itu melaporkan mengenai cadangan itu dan menghantar laporan mereka kepada pengarah dengan secepat yang dapat dilaksanakan; dan (b) menjadikan laporan itu tersedia di pejabat berdaftar syarikat bagi pemeriksaan oleh pemegang syer dan pemiutang syarikat sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum tarikh apaapa mesyuarat yang diperintahkan oleh Mahkamah supaya dipanggil mengikut subseksyen (1). (9) Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar subseksyen (6) atau (8) melakukan suatu kesalahan.

Read this section in the full act → · Open Subdivision 2 →

Find Act 777 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 August 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next