My bookmarksSign up free
← Companies Act 2016

Companies Act 2016 s 4

Companies Act 2016 s 4

s 4 Definition of “subsidiary and holding company”

(1) Subject to subsection (3), a corporation shall be deemed to be a subsidiary of another corporation, but only if— (a) the other corporation— (i) controls the composition of the board of directors of the corporation; (ii) controls more than half of the voting power of the corporation; or (iii) holds more than half of the total number of issued shares of the corporation, excluding any part of the share capital which consists of preference shares; or (b) the corporation is a subsidiary of any corporation which is that other corporation’s subsidiary. (2) For the purposes of subparagraph (1)(a)(i), the composition of a corporation’s board of directors shall be deemed to be controlled by another corporation if that other corporation can appoint or remove all or a majority of the directors and for the purposes of this provision, the holding company shall be deemed to have the power to make such an appointment if— (a) a person cannot be appointed as a director without the exercise of such a power in his favour by that other corporation; or (b) a person’s appointment as a director follows necessarily from his being a director or other officer of that other corporation. (3) In determining whether one corporation is a subsidiary of another corporation— (a) any shares held or power exercisable by that other corporation in a fiduciary capacity shall be treated as not held or exercisable by it; (b) subject to paragraphs (c) and (d), any shares held or power exercisable— (i) by any person as a nominee for that other corporation, except where that other corporation is concerned only in a fiduciary capacity; or (ii) by, or by a nominee for, a subsidiary of that other corporation, not being a subsidiary which is concerned only in a fiduciary capacity, shall be treated as held or exercisable by that other corporation; (c) any shares held or power exercisable by any person by virtue of the provisions of any debentures of the corporation or of a trust deed for securing any issue of such debentures shall be disregarded; and (d) any shares held or power exercisable by, or by a nominee for, that other corporation or its subsidiary, not being held or exercisable as mentioned in paragraph (c), shall be treated as not held or exercisable by that other corporation if the ordinary business of that other corporation or its subsidiary, as the case may be, includes the lending of money and the shares are held or power is exercisable as aforesaid by way of security only for the purposes of a transaction entered into in the ordinary course of that business. (4) A reference in this Act to the holding company of a company or other corporation shall be read as a reference to a corporation of which that company or corporation is a subsidiary.

Malay text (authoritative)

Takrif “subsidiari dan syarikat pemegangan”

(1) Tertakluk pada subseksyen (3), sesuatu perbadanan hendaklah disifatkan sebagai suatu subsidiari perbadanan yang lain, tetapi hanya jika— (a) perbadanan yang lain itu— (i) mengawal keanggotaan lembaga pengarah perbadanan itu; (ii) mengawal lebih daripada setengah kuasa mengundi perbadanan itu; atau (iii) memegang lebih daripada setengah keseluruhan jumlah syer dikeluarkan perbadanan itu, tidak termasuk mana-mana bahagian modal syer yang terdiri daripada syer keutamaan; atau (b) perbadanan itu ialah suatu subsidiari mana-mana perbadanan yang menjadi subsidiari perbadanan yang lain itu. (2) Bagi maksud subperenggan (1)(a)(i), keanggotaan sesuatu lembaga pengarah perbadanan hendaklah disifatkan dikawal oleh suatu perbadanan yang lain jika perbadanan yang lain itu boleh melantik atau memecat kesemua atau majoriti pengarah dan bagi maksud peruntukan ini, syarikat pemegangan itu hendaklah disifatkan mempunyai kuasa untuk membuat pelantikan sedemikian jika— (a) seseorang tidak boleh dilantik sebagai pengarah tanpa penjalanan kuasa sedemikian yang memihak kepadanya oleh perbadanan yang lain itu; atau (b) pelantikan seseorang sebagai pengarah semestinya berikutan daripada kedudukannya sebagai pengarah atau pegawai lain perbadanan yang lain itu. (3) Dalam menentukan sama ada satu perbadanan ialah subsidiari kepada suatu perbadanan yang lain— (a) apa-apa syer yang dipegang atau kuasa yang boleh dijalankan oleh perbadanan yang lain itu atas sifat fidusiari hendaklah dikira sebagai tidak dipegang atau tidak boleh dijalankan olehnya; (b) tertakluk pada perenggan (c) dan (d), apa-apa syer yang dipegang atau kuasa yang boleh dijalankan— (i) oleh mana-mana orang sebagai penama bagi perbadanan yang lain itu, kecuali jika perbadanan yang lain itu hanya berkaitan atas sifat fidusiari; atau (ii) oleh, atau oleh penama bagi, subsidiari perbadanan yang lain itu, yang bukannya suatu subsidiari yang berkaitan hanya atas sifat fidusiari, hendaklah dikira sebagai dipegang atau boleh dijalankan oleh perbadanan yang lain itu; (c) apa-apa syer yang dipegang atau kuasa yang boleh dijalankan oleh mana-mana orang menurut kuasa peruntukan manamana debentur perbadanan atau suatu surat ikatan amanah bagi mendapatkan apa-apa keluaran debentur tidak boleh diambil kira; dan (d) apa-apa syer yang dipegang atau kuasa yang boleh dijalankan oleh, atau oleh penama bagi, perbadanan yang lain itu atau subsidiarinya, yang tidak dipegang atau boleh dijalankan sebagaimana yang disebut dalam perenggan (c), hendaklah dikira sebagai tidak dipegang atau boleh dijalankan oleh perbadanan yang lain itu jika perniagaan biasa perbadanan yang lain itu atau subsidiarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, termasuklah peminjaman wang dan syer dipegang atau kuasa boleh dijalankan sebagaimana yang disebut terdahulu dengan cara cagaran hanya bagi maksud suatu transaksi yang dibuat dalam perjalanan biasa perniagaan itu. (4) Sebutan dalam Akta ini mengenai syarikat pemegangan bagi sesuatu syarikat atau perbadanan lain hendaklah dibaca sebagai sebutan mengenai sesuatu perbadanan yang syarikat atau perbadanan itu ialah subsidiarinya.

Read this section in the full act → · Open Part I →

Find Act 777 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 August 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next