My bookmarksSign up free
← Companies Act 2016

Companies Act 2016 s 596

Companies Act 2016 s 596

s 596 Restriction on offering shares, debentures, etc., for subscription or purchase

(1) A person shall not, whether by appointment or otherwise, go from place to place— (a) offering shares for subscription or purchase to the public or any member of the public; or (b) seeking or receiving offers to subscribe for or to purchase shares from the public or from any member of the public. (2) Subsection (1) shall not apply— (a) to an offer for subscription or purchase or invitation to subscribe for or purchase or recommendation to which the Capital Markets and Services Act 2007 applies; and (b) in the case of shares of any corporation— (i) notice of intention to apply for exemption from subsection (1) in the form and manner as determined by the Registrar has been advertised in one widely circulated newspaper in Malaysia in the national language and one widely circulated newspaper in Malaysia in the English language; and (ii) the exemption from the application of subsection (1) has been obtained from the Minister upon the recommendation of the Registrar. (3) For the purposes of subsection (1), a person shall not in relation to a corporation be regarded as not being a member of the public by reasons only that he is a shareholder in the corporation or a purchaser of goods from the corporation. (4) A person shall not make any oral invitation or offer to the public or to any member of the public to subscribe for or to purchase shares. (5) A person shall not make an offer to purchase any shares to the public or to any member of the public who is not a person whose ordinary business is to buy or sell shares, whether as principal or agent. (6) Subsection (5) shall not apply— (a) where the shares to which the offer relates are shares of a class which are quoted on, or in respect of which permission to deal has been granted by a stock exchange and the offer states and specifies the stock exchange; (b) where the shares to which the offer relates are shares which a corporation has allotted or agreed to allot with a view to shares being offered for sale to the public and the offer is accompanied with a document that complies with this Act and any other written law relating to prospectus; (c) to any application for shares in or debentures of a corporation or to any invitation to deposit money with or lend money to a corporation which is issued, circulated, distributed or made subject to and in accordance with Subdivision 9 of Division 1 of Part III or in accordance with the provisions of Division 3 of Part VI of the Capital Market and Services Act 2007; (d) where the offer relates to an interest to which the Interest Schemes Act 2016 applies and is accompanied with a statement in writing as required by that Act; (e) to deposits or loans to a corporation referred to in section 158; or (f) to any advice as to the price at which a management company is prepared to buy or sell any interest to which the Interest Schemes Act 2016 applies, given or sent by the management company to any person to whom the management company has given or sent a statement in writing relating to that interest which complies with the Interest Schemes Act 2016 within the period of six months immediately preceding the giving or sending of the advice. (7) Every person who acts, or incites, causes or procures any person to act, in contravention of this section commits an offence and shall, on conviction, be liable to imprisonment for a term not exceeding five years or to a fine not exceeding three million ringgit or to both. (8) Where a person convicted of an offence under this section is a corporation, every officer concerned in the management of the corporation shall be guilty of a similar offence unless he proves that the act constituting the offence took place without his knowledge or consent. (9) Where any person is convicted of having made an offer in contravention of this section, the Court before which he is convicted may order that any contract made as a result of the offer shall be void and may give such consequential directions as the Court thinks proper for the repayment of any money or the retransfer of any shares. (10) In this section, “shares” means shares of a corporation whether a corporation in existence or to be formed and includes debentures and units and without affecting the generality of the expression “debentures”, all such documents, including those referred to as “bonds”, as confer or purport to confer on the holder any claim against a corporation, whether the claim is present or future or certain or contingent or ascertained or sounding only in damages and also includes any interest as referred to in the Interest Schemes Act 2016. (11) In this section, a reference to an offer or offering of shares for subscription or purchase or for purchase shall be construed as including an offer of shares by way of barter or exchange and a reference to an offer of shares shall subject to subsection (12), be construed as including an offer by means of broadcasting, television or cinematograph. (12) If an offer is made by means of broadcasting, television or cinematograph, the prospectus by which the offer is required to be accompanied under this section shall be deemed to accompany the offer if— (a) the prospectus is prepared by the person on whose behalf the offer is made; (b) the public are informed at the same time and by the same means as that by which the offer is made that a copy of the prospectus will be supplied on request being made at a specified address; (c) if request for a copy of a prospectus is made at that address within thirty days from the offer was made, the person making the request is supplied with a copy within seven days from the request was made; and (d) the offer contains no more information or matter than the information or matter referred to in paragraph 163(1)(a).

Malay text (authoritative)

Sekatan ke atas penawaran syer, debentur, dsb., bagi langganan atau pembelian

(1) Seseorang tidak boleh, sama ada melalui pelantikan atau selainnya, pergi dari tempat ke tempat— (a) menawarkan syer bagi langganan atau pembelian kepada orang awam atau mana-mana orang awam; atau (b) mendapatkan atau menerima tawaran untuk melanggan atau untuk membeli syer daripada orang awam atau daripada mana-mana orang awam. (2) Subseksyen (1) tidak terpakai— (a) bagi tawaran untuk langganan atau pembelian atau pelawaan untuk melanggan atau membeli atau syor yang kepadanya Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 terpakai; dan (b) dalam hal syer mana-mana perbadanan jika— (i) notis tentang niat untuk memohon pengecualian daripada subseksyen (1) mengikut bentuk dan cara yang ditentukan oleh Pendaftar diiklankan dalam satu surat khabar yang diedarkan secara meluas di Malaysia dalam bahasa kebangsaan dan satu surat khabar yang diedarkan secara meluas di Malaysia dalam bahasa Inggeris; dan (ii) pengecualian daripada pemakaian subseksyen (1) diperoleh daripada Menteri atas syor Pendaftar. (3) Bagi maksud subseksyen (1), seseorang tidak boleh berhubung dengan suatu perbadanan dianggap sebagai bukan orang awam hanya disebabkan orang itu menjadi pemegang syer dalam perbadanan itu atau pembeli barang-barang daripada perbadanan itu. (4) Seseorang tidak boleh membuat apa-apa pelawaan atau penawaran secara lisan kepada orang awam atau kepada mana-mana orang awam untuk melanggan atau untuk membeli syer. (5) Seseorang tidak boleh membuat penawaran untuk membeli apaapa syer kepada orang awam atau kepada mana-mana orang awam yang bukan merupakan orang yang urusan biasanya adalah untuk membeli atau menjual syer, sama ada sebagai prinsipal atau ejen. (6) Subseksyen (5) tidak terpakai— (a) jika syer yang berkaitan dengan tawaran itu merupakan syer daripada kelas yang disebut harga, atau yang berkenaan dengannya kebenaran untuk berurus niaga telah diberikan oleh bursa saham dan tawaran itu menyatakan dan menetapkan bursa saham itu; (b) jika syer yang berkaitan dengan tawaran itu merupakan syer yang suatu perbadanan mengumpukkan atau bersetuju untuk mengumpukkan dengan tujuan supaya syer ditawarkan bagi penjualan kepada orang awam dan tawaran itu disertakan dengan suatu dokumen yang mematuhi Akta ini dan manamana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan prospektus; (c) bagi apa-apa permohonan syer dalam atau debentur suatu perbadanan atau bagi apa-apa pelawaan untuk mendeposit wang dengan atau meminjamkan wang kepada suatu perbadanan yang dikeluarkan, diedarkan, diagihkan atau dibuat tertakluk pada dan mengikut Subpenggal 9 Penggal 1 Bahagian III atau mengikut peruntukan Penggal 3 Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; (d) jika tawaran itu berkaitan dengan suatu kepentingan yang kepadanya Akta Skim Kepentingan 2016 terpakai dan disertakan dengan suatu pernyataan secara bertulis sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta itu; (e) bagi deposit atau pinjaman kepada suatu perbadanan yang disebut dalam seksyen 158; atau (f) bagi apa-apa nasihat tentang harga yang padanya suatu syarikat pengurusan bersedia untuk membeli atau menjual apa-apa kepentingan yang kepadanya Akta Skim Kepentingan 2016 terpakai, yang diberikan atau dihantar oleh syarikat pengurusan itu kepada mana-mana orang yang kepadanya syarikat pengurusan itu memberikan atau menghantar suatu pernyataan secara bertulis yang berhubungan dengan kepentingan itu yang mematuhi Akta Skim Kepentingan 2016 dalam tempoh enam bulan sebaik sebelum nasihat itu diberikan atau dihantar. (7) Tiap-tiap orang yang bertindak, atau menghasut, menyebabkan atau memujuk supaya mana-mana orang bertindak, yang berlanggaran dengan seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau kedua-duanya. (8) Jika seseorang yang disabitkan bagi suatu kesalahan di bawah seksyen ini merupakan suatu perbadanan, tiap-tiap pegawai yang terlibat dalam pengurusan perbadanan itu melakukan kesalahan yang serupa melainkan jika pegawai itu membuktikan bahawa perbuatan yang menjadi kesalahan itu berlaku tanpa pengetahuannya atau persetujuannya. (9) Jika mana-mana orang disabitkan kerana membuat suatu tawaran yang berlanggaran dengan seksyen ini, Mahkamah yang di hadapannya orang itu disabitkan boleh memerintahkan bahawa apa-apa kontrak yang dibuat hasil daripada tawaran itu hendaklah terbatal dan boleh memberikan apa-apa arahan berbangkit sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah bagi pembayaran semula apa-apa wang atau pemindahan semula apa-apa syer. (10) Dalam seksyen ini, “syer” ertinya syer sesuatu perbadanan sama ada perbadanan sedia ada atau yang akan ditubuhkan dan termasuklah debentur dan unit dan tanpa menyentuh keluasan ungkapan “debentur”, semua dokumen, termasuk yang disebut “bon”, yang memberi atau berupa untuk memberi pemegang apa-apa tuntutan terhadap sesuatu perbadanan, sama ada tuntutan itu adalah pada masa sekarang atau pada masa hadapan atau adalah tetap atau di luar jangka atau yang ditentukan atau hanya wajar bagi ganti rugi dan termasuklah juga apa-apa kepentingan sebagaimana yang disebut dalam Akta Skim Kepentingan 2016. (11) Dalam seksyen ini, sebutan mengenai suatu tawaran atau penawaran syer bagi langganan atau bagi pembelian hendaklah ditakrifkan sebagai termasuklah suatu tawaran syer secara barter atau pertukaran dan sebutan mengenai suatu tawaran syer hendaklah tertakluk pada subseksyen (12), ditakrifkan sebagai termasuk suatu tawaran melalui penyiaran, televisyen atau sinematograf. (12) Jika sesuatu tawaran dibuat melalui penyiaran, televisyen atau sinematograf, prospektus yang dengannya tawaran itu hendaklah disertakan di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan disertakan dengan tawaran itu jika— (a) prospektus itu disediakan oleh orang yang bagi pihaknya tawaran itu dibuat; (b) orang awam diberitahu pada masa yang sama dan melalui cara yang sama sebagaimana yang melaluinya tawaran itu dibuat bahawa suatu salinan prospektus itu akan dibekalkan atas permintaan yang dibuat di alamat yang ditetapkan; (c) jika permintaan bagi salinan prospektus dibuat di alamat itu dalam masa tiga puluh hari dari tawaran dibuat, orang yang membuat permintaan itu dibekalkan suatu salinan dalam masa tujuh hari dari permintaan itu dibuat; dan (d) tawaran itu tidak mengandungi maklumat atau perkara yang melebihi maklumat atau perkara yang disebut dalam perenggan 163(1)(a).

Read this section in the full act → · Open Subdivision 2 →

Find Act 777 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 August 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next