My bookmarksSign up free
← Companies Act 2016

Companies Act 2016 Third Schedule

Companies Act 2016 Third Schedule

Third Schedule THIRD SCHEDULESupplementary

[Section 212] PROCEEDINGS OF THE BOARD Chairperson 1. The directors may elect one of their numbers as chairperson of the Board and determine the period for which he is to hold office. 2. If no chairperson is elected, or if at any meeting of the Board the chairperson is not present within fifteen minutes after the time appointed for the commencement of the meeting, the directors present may choose one of their numbers to be chairperson of the meeting. Notice of meeting 3. A director or, if requested by a director to do so, a secretary, may convene a meeting of the Board by giving notice in accordance with paragraph 4. 4. A notice of a meeting of the Board shall be sent to every director who is in Malaysia, and the notice shall include the date, time and place of the meeting and the matters to be discussed. 5. An irregularity in the notice of a meeting is waived if all directors entitled to receive notice of the meeting attend the meeting without objection to the irregularity. Methods of holding meetings 6. A meeting of the Board may be held either— (a) by a number of the directors who constitute a quorum, being assembled together at the place, date and time appointed for the meeting; or (b) by means of audio, or audio and visual, communication by which all directors participating and constituting a quorum can simultaneously hear each other throughout the meeting. Quorum 7. A quorum for a meeting of the Board shall be fixed by the Board and if not so fixed shall be a majority of the directors. 8. No business may be transacted at a meeting of the Board if a quorum is not present. Voting 9. Every director has one vote. 10. The chairperson shall have a casting vote. 11. A resolution of the Board is passed if it is agreed to by all directors present without dissent or if a majority of the votes cast on it are in favour of it. 12. A director present at a meeting of the Board is presumed to have agreed to, and to have voted in favour of, a resolution of the Board unless he expressly dissents from or votes to object against the resolution at the meeting. Minutes 13. The Board shall ensure that the minutes of all proceedings at meetings of the Board are kept. Resolution passed at adjourned meetings 14. Where a resolution is passed at an adjourned meeting of the Board, the resolution shall, for all purposes, be treated as having been passed on the date on which it was in fact passed and shall not to be deemed to have been passed on any earlier date. Resolution in writing 15. A resolution in writing, signed or assented to by all directors then entitled to receive notice of meeting of the Board, is as valid and effective as if it had been passed at a meeting of the Board duly convened. 16. Any such resolution may consist of several documents, including facsimile or other similar means of communication, in similar form and each document shall be signed or assented to by one or more directors. 17. A copy of any such resolution shall be entered in the minute book of Board proceedings. Other proceedings 18. Except as provided in this Schedule, the Board may regulate its own proceedings. Committees of the Board 19. The Board may delegate any of its powers to committees consisting of such member or members of its body as the Board thinks fit and any committee so formed shall in the exercise of the powers so delegated conform to any terms or conditions that may be imposed on it by the Board. 20. A committee may elect a chairperson of its meetings and may determine its own proceedings. 21. Any questions arising at any meeting of a committee shall be determined by a majority of votes of the members present, and in the case of an equality of votes the chairman shall have a second or casting vote. Managing Directors 22. The Board may, from time to time, appoint one or more of its body to the office of managing director for such period and on such terms as the Board thinks fit and may revoke any such appointment. 23. A director appointed to the office of managing director shall not, while holding that office, be subject to retirement by rotation or be taken into account in determining the rotation of retirement of directors, but his appointment shall be automatically determined if he ceases from any cause to be a director. 24. A managing director shall, subject to the terms of any agreement entered into in any particular case, receive such remuneration, whether by way of salary, commission, or participation in profits, or partly in one way and partly in another, as the Board may determine. 25. The Board may entrust to and confer upon a managing director any of the powers exercisable by the Board upon such terms and conditions and with such restrictions as the Board may think fit, and either collaterally with or to the exclusion of the Board’s own powers, and may from time to time revoke, withdraw, alter or vary all or any of those powers. Associate Directors 26. The Board may, from time to time, appoint any person to be an associate director and may from time to time revoke any such appointment. 27. The Board may fix, determine and vary the powers, duties and remuneration of any person so appointed, but a person so appointed shall not have any right to attend or vote at any meeting of the Board except by the invitation and with the consent of the Board.

Malay text (authoritative)

JADUAL KETIGA

[Seksyen 212] PROSIDING LEMBAGA Pengerusi 1. Pengarah boleh memilih salah seorang daripada anggota sebagai pengerusi Lembaga dan menentukan tempoh bagi orang itu memegang jawatan. 2. Jika tiada pengerusi dipilih, atau jika pada mana-mana mesyuarat Lembaga pengerusi tidak hadir dalam masa lima belas minit selepas masa yang ditetapkan bagi permulaan mesyuarat itu, pengarah yang hadir boleh memilih salah seorang daripada anggota sebagai pengerusi mesyuarat itu. Notis mesyuarat 3. Seorang pengarah atau, jika diminta oleh seorang pengarah untuk berbuat demikian, seorang setiausaha, boleh mengadakan mesyuarat Lembaga dengan memberikan notis mengikut perenggan 4. 4. Suatu notis mesyuarat Lembaga hendaklah dihantar kepada tiap-tiap pengarah yang berada di Malaysia, dan notis itu hendaklah mengandungi tarikh, masa dan tempat mesyuarat dan perkara yang akan dibincangkan. 5. Suatu ketidakteraturan dalam notis mesyuarat diketepikan jika semua pengarah yang berhak menerima notis mesyuarat itu menghadiri mesyuarat tanpa bantahan kepada ketidakteraturan itu. Kaedah mengadakan mesyuarat 6. Suatu mesyuarat Lembaga boleh diadakan sama ada— (a) oleh suatu bilangan pengarah yang menjadi kuorum, yang berhimpun bersama di tempat, pada tarikh dan masa yang ditetapkan bagi mesyuarat itu; atau (b) melalui audio, atau audio dan visual, yang melalui komunikasi itu semua pengarah yang menyertai dan membentuk kuorum boleh mendengar satu sama lain secara serentak sepanjang mesyuarat. Kuorum 7. Suatu kuorum bagi suatu mesyuarat Lembaga hendaklah ditetapkan oleh Lembaga dan jika tidak ditetapkan sedemikian hendaklah suatu majoriti pengarah. 8. Tiada urusan pun boleh dijalankan pada suatu mesyuarat Lembaga jika kuorum tidak hadir. Mengundi 9. Tiap-tiap pengarah mempunyai satu undi. 10. Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus. 11. Suatu ketetapan Lembaga diluluskan jika dipersetujui oleh semua pengarah yang hadir tanpa menentang atau jika suatu majoriti undi yang dibuat ke atas ketetapan itu menyokongnya. 12. Seorang pengarah yang hadir pada mesyuarat Lembaga dianggap bersetuju dengan, dan mengundi menyokong, ketetapan Lembaga melainkan jika pengarah itu menentang secara nyata atau mengundi untuk membantah terhadap ketetapan itu dalam mesyuarat itu. Minit 13. Lembaga hendaklah memastikan bahawa minit semua prosiding dalam mesyuarat Lembaga disimpan. Ketetapan yang diluluskan dalam mesyuarat yang ditangguhkan 14. Jika suatu ketetapan diluluskan dalam mesyuarat Lembaga yang ditangguhkan, ketetapan itu hendaklah, bagi segala maksud, dianggap sebagai diluluskan pada tarikh yang ketetapan itu sebenarnya diluluskan dan tidak boleh disifatkan telah diluluskan pada apa-apa tarikh yang lebih awal. Ketetapan secara bertulis 15. Suatu ketetapan secara bertulis, yang ditandatangani atau dipersetujui oleh semua pengarah yang dahulunya berhak untuk menerima notis mesyuarat Lembaga, adalah sah dan mempunyai kesan seolah-olah ketetapan itu diluluskan dalam suatu mesyuarat Lembaga yang diadakan dengan sewajarnya. 16. Mana-mana ketetapan boleh mengandungi beberapa dokumen, termasuk faksimile atau cara perhubungan lain seumpamanya, dalam bentuk yang serupa dan setiap dokumen hendaklah ditandatangani atau dipersetujui oleh seorang pengarah atau lebih. 17. Suatu salinan mana-mana ketetapan itu hendaklah dimasukkan dalam buku minit prosiding Lembaga. Tatacara lain 18. Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam Jadual ini, Lembaga boleh mengawal selia tatacaranya sendiri. Jawatankuasa Lembaga 19. Lembaga boleh mewakilkan mana-mana kuasanya kepada jawatankuasa yang terdiri daripada mana-mana anggota atau anggota pertubuhannya sebagaimana yang Lembaga fikirkan sesuai dan mana-mana jawatankuasa yang dibentuk sedemikian hendaklah dalam menjalankan kuasa yang diwakilkan sedemikian mematuhi apa-apa terma atau syarat yang dikenakan ke atasnya oleh Lembaga. 20. Suatu jawatankuasa boleh memilih seorang pengerusi bagi mesyuaratnya dan boleh menentukan tatacaranya sendiri. 21. Apa-apa persoalan yang berbangkit dalam mana-mana mesyuarat suatu jawatankuasa hendaklah ditentukan oleh suatu majoriti undi anggota yang hadir, dan dalam hal bilangan undi yang sama banyak, pengerusi hendaklah mempunyai undi kedua atau undi pemutus. Pengarah Urusan 22. Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, melantik satu atau lebih daripada pertubuhannya ke jawatan pengarah urusan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Lembaga dan boleh membatalkan mana-mana pelantikan itu. 23. Seorang pengarah yang dilantik ke jawatan pengarah urusan tidak boleh, semasa memegang jawatan itu, tertakluk pada persaraan mengikut giliran atau diambil kira dalam menentukan giliran persaraan pengarah, tetapi pelantikannya hendaklah ditentukan secara terus jika dia terhenti menjadi pengarah atas apa-apa sebab. 24. Seorang pengarah urusan hendaklah, tertakluk pada terma mana-mana perjanjian yang dibuat dalam mana-mana hal tertentu, menerima apa-apa saraan, sama ada melalui gaji, komisen, atau penyertaan dalam keuntungan, atau sebahagiannya melalui satu cara dan sebahagiannya melalui cara yang satu lagi, sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga. 25. Lembaga boleh mengamanahkan dan memberi kepada pengarah urusan mana- mana kuasa yang boleh dijalankan oleh Lembaga atas apa-apa terma dan syarat dan dengan apa-apa sekatan sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Lembaga, dan sama ada secara bersampingan dengan atau dengan mengecualikan kuasa Lembaga sendiri, dan boleh dari semasa ke semasa membatalkan, menarik balik, menukar atau mengubah segala atau mana-mana satu daripada kuasa itu. Pengarah Bersekutu 26. Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, melantik mana-mana orang sebagai pengarah bersekutu dan boleh dari semasa ke semasa membatalkan mana-mana pelantikan itu. 27. Lembaga boleh menetapkan, menentukan dan mengubah kuasa, kewajipan dan saraan mana-mana orang yang dilantik sedemikian, tetapi seorang yang dilantik sedemikian tidak mempunyai apa-apa hak untuk menghadiri atau mengundi dalam mana-mana mesyuarat Lembaga kecuali melalui pelawaan dan dengan persetujuan Lembaga.

Read this section in the full act →

Find Act 777 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 August 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next